Ujian kekerasan Vickers

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ujian kekerasan Vickers ialah sebuah ujian kekerasan yang dibangunkan sebagai ujian kekerasan alternatif kepada ujian kekerasan Brinell. Unit bagi kekerasan Vickers ialah HV atau DPH (diamond pyramid hardness, "kekerasan piramid berlian").

Ujian ini pada awalnya dicipta oleh Robert L. Smith and George E. Sandland di syarikat Vickers Ltd.[1] Ujian ini tertakluk kepada piawaian seperti ISO 6507 yang terbahagi kepada empat bahagian.

Mekanisme ujian[sunting | sunting sumber]

Pelekuk yang digunakan dalam ujian kekerasan Vickers.
Rajah skema berkenaan dengan ujian kekerasan Vickers.

Ujian kekerasan Vickers menggunakan sebuah pelekuk dengan hujungnya ialah suatu piramid berlian bersudut 138°. Suatu daya dikenakan terhadap bahan uji oleh pelekuk. Nilai daya yang boleh dikenakan adalah agak bebas memandangkan suatu bahan uji homogen akan memiliki nilai kekerasan Vickers yang malar tanpa mengira nilai daya.[2]

Nilai kekerasan Vickers ditentukan menerusi formula am tekanan, yakni daya dibahagi dengan luas permukaan, seperti di bawah:

apabila:

  • F ialah daya yang dikenakan oleh pelekuk dalam kgf; dan
  • A ialah luas permukaan yang terhasil oleh pelekuk pada bahan uji dalam mm2.

A boleh ditentukan oleh rumus di bawah:

apabila d ialah purata dua jarak di antara dua bucu bertentangan pada lekuk, d1 dan d2.

Nilai HV yang diperoleh adalah dalam kgf/mm2. Untuk mendapatkan nilai HV dalam bentuk unit SI, nilai daya perlu ditukar ke dalam unit Newton, N daripada kgf dengan membahagikan nilai kepada nilai pecutan graviti, 9.806 65. Rumus yang terhasil akan menjadi seperti di bawah:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ R.L. Smith & G.E. Sandland, "An Accurate Method of Determining the Hardness of Metals, with Particular Reference to Those of a High Degree of Hardness," Proceedings of the Institution of Mechanical Engineers, Vol. I, 1922, p 623–641.
  2. ^ The Vickers Hardness Testing Machine. UKcalibrations.co.uk.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]