Ujian peluru berpandu Korea Utara 2006

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peluru berpandu Taepodong (dilancarkan 1998)

Dua pusingan ujian peluru berpandu telah dilancarkan Korea Utara pada 5 Julai 2006. Korea Utara dilaporkan melancarkan sebanyak tujuh peluru berpandu berasingan.[1]. Ini termasuk dua peluru berpandu berjarak dekat Nodong-2, satu peluru berpandu Scud dan sehingga dua peluru berpandu jarak jauh Taepodong-2[2] yang dipercayai boleh sampai ke bahagian barat Amerika Syarikat iaitu negeri Alaska dan bahagian barat Kanada. Sesetengah pemerhati, seperti Menteri Luar Negeri Australia Alexander Downer, percaya yang Korea Utara akan cuba melancarkan lagi ujian peluru berpandu pada hari-hari akan datang.[3] Ia dilaporkan juga oleh saluran media NBC pada 5 Julai yang peluru berpandu Taepodong-2 kedua atau ketiga mungkin akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Tidak seperti yang dilaporkan kebanyakan saluran media, ujian ini bukannya ujian kali pertama Korea Utara semenjak tahun 1998, atau yang pertama sejak satu persefahaman mengenai peluru berpandu telah dimeterai pada 13 September 1999 (disahkan 2004) dan Deklarasi Pyongyang 2002 antara Korea Utara dan Jepun. Korea Utara telahpun tidak mengotakan janjinya pada persefahaman-persefahaman di atas apabilia ia melancarkan ujian peluru Nodong-B pada 17 Januari 2006[4].

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Lokasi mungkin impak peluru berpandu (kawasan bertandakan biru)

Peluru-peluru berpandu ini telah dilancarkan daripada Fasiliti Ujian Peluru Berpandu Musudan-ri, dan semua daripada peluru-peluru berkenaan telah mendarat di Lautan Timur (500-600 kilometer daripada pulau utara Jepun Hokkaido) di perairan antarabangsa lebih kurang 100 kilometer selatan bandar Vladivostok dan Nadohka negara Rusia.[5]

Akan tetapi, Korea Selatan percaya yang hanya Taepodong-2 telah dilancarkan daripada Musudan-ri. Peluru-peluru Scud dan Nodong telah dilancarkan dari Gitdaeryung, Anbyun, Wilayah Gangwon (lihat juga bahagian seterusnya).[5]

Jabatan Negara Amerika Syarikat telah berkata yang peluru Taepodong-2 gagal dalam pertengahan udara selepas lebih kurang 40 minit penerbangan[6]. Sebabnya tidak diketahui.

Peluru pertama telah dilancarkan pada hari Rabu, 5 Julai pada 3:32 AM (waktu piawai Korea) (4 Julai 1832 UTC) dan yang keduanya lagi pada 4:04 dan 5:01 AM (waktu tempatan). Pelancaran pertama muncul beberapa minit selepas kejayaan pelancaran bolak-balik angkasa lepas Discovery di negeri Florida (2:37 PM EST, 1937 UTC), pada Hari Kemerdekaan A.S. Lancaran ketiga peluru terakhir, termasuk peluru jarak jauh Taepodong-2, muncul beberapa jam kemudian daripada ketiga yang awalnya. Sesetengah pemerhati telah membuat spekulasi bahawa ujian peluru berpandu jarak sederhana telah menjadi umpan untuk mengalih fokus dari peluru Taepodong-2.[7]

Butiran[sunting | sunting sumber]

Wikinews-logo.svg
Wikinews mempunyai berita berkaitan dengan:
# Waktu Lancaran (Waktu Tempatan Korea) Tapak Lancaran Jenis Waktu Impak Tapak Impak
1 3:33AM (WTK) (4 Julai 1833 UTC) Kittaeryong Scud-C Lautan Jepun
2 4:04AM Kittaeryong Nodong atau Scud Lautan Jepun
3 5:01AM Tapak ujian Taepodong
40°50'49.66" N 129°37'42.59" E
Taepodong-2 42 saat kemudian Lautan Jepun
4 5:12AM Kittaeryong Scud 5:17AM Lautan Jepun
5 5:31AM Kittaeryong Nodong 5:36AM Lautan Jepun
6 8:20AM Kittaeryong Nodong Lautan Jepun
7 5:22PM Kittaeryong Nodong atau Scud 5:28PM Lautan Jepun

Nota:Laporan mengenai peluru keenam dipertikai
Sumber: Taklimat Akhbar Rumah Putih(peluru 1-6) dan Agensi Pertahanan Jepun

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Lihat juga Hubungan Amerika Syarikat-Korea Utara, Korea Utara dan senjata pemusnah besar dan Valiant Shield

Korea Utara mendakwa dirinya punyai senjata nuklear, dan dipercayai mempunyai arsenal senjata kimia, yang boleh dihantar secara artileri menentang Korea Selatan. Korea Utara berundur daripada Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear pada tahun 2003. Baru-baru ini semasa "Persidangan Enam Pihak" Korea Utara telah bersetuju secara prinsipnya untuk mengakhiri program senjata nuklearnya sebagai sebahagian pakej komprehensif untuk menghalibkan hubungan-hubungan. Cubaan diplomatik untuk menyelesaikan situasi Korea Utara adalah rumit oleh sebab kepentingan dan tujuan berbeza negara-negara serantau. Di mana tiada negara yang mahukan Korea Utara dengan senjata nuklear, Jepun dan Korea Selatan amat bimbang akan tindak balas Korea Utara terhadap apa-apa tindakan ketenteraan ke atasnya. Republik Rakyat China dan Korea Selatan juga amat bimbang akan kesan ekonomi dan sosial jika situasi ini menyebabkan kerajaan Korea Utara roboh.

  • Pada lewat Januari 2003, Pengarah Agensi Pertahanan Jepun, Shigeru Tshiba memberitahu pemberita bahawa jika Korea Utara "membuat persediaan untuk menyerang Jepun, sebagai contoh dengan mengisikan peluru-pelurunya dengan minyak, kami akan menanggap Korea Utara akan menyerang dan akan membuat serangan awal premis-premis peluru di Korea Utara. [1]
  • Pada 12 Mei 2003, Korea Utara mengistiharkan persetujuan 1992 dengan Korea Selatan untuk membiarkan semenanjung Korea bebas daripada senjata nuklear terbatal, dengan alasan bahawa permusuhan Amerika Syarikat mengancam kedaulatannya.[2] Korea Selatan menanggap persejutuan itu masih berkuatkuasa.
  • Pada 28 Ogos, 2003, Korea Utara mengistiharkan di perjumpaan enam di Beijing bahawa ia bersedia "mendeklarasikan dirinya secara formal sebagai negara senjata nuklear" dan mendakwa mempunyai keupayaan senjata nuklear. Delegasi Korea Utara juga berkata bahawa negara mereka akan mengadakan demonstrasi keupayaan nuklearnya dalam masa terdekat.[3]
  • Korea Utara mengistiharkan pada tarikh 10 Februari 2005 bahawa ia telah menciptakan senjata nuklear untuk pertahanan diri dan menggantung kehadirannya dalam perjumpaan enam pihak. [4]
  • Pada 19 September 2005, Perjumpaan enam pihak telah berakhir dengan persetujuan bahawa Korea Utara akan melepaskan program senjata nuklearnya untuk pertolongan dan kooperasi, mengulangi haknya untuk penggunaan tenaga nuklear secara aman, dan Amerika Syarikat pula "mengiktiraf kedaulatan Korea Utara" dan berjanji tidak akan menyerangnya. Provisi untuk satu reaktor air ringan nuklear akan dibincangkan "pada masa yang wajar"; A.S. dan Korea Utara terus tidak sepakat akan bilakah masa ini.
  • Pada bulan April 2006, Korea Utara membuat tawaran akan menyambung semula perbincangan jika Amerika Syarikat membebaskan pembekuan aset kewangan Korea Utara yang diletakkan dalam satu bank di Macau.
  • Pada pertengahan bulan Jun 2006, Korea Utara mula mengisi minyak sesetengah peluru Taepodong-2 yang ia punyai.
  • 23 Jun 2006, - AS dan Jepun menandatangani satu perjanjian untuk membuat secara bersama teknologi peluru anti-balistik (ABM) dan menjalankan pengawasan dan pengesanan untuk mengumpulkan data kritikal untuk berwaspada akan kemungkinan Korea Utara membuat ujian peluru balistik. AS juga bersetuju untuk menghantar beberapa bateri peluru Patriot PAC-3 untuk melindungi Okinawa.[5]
  • 30 Jun 2006, Bush dan Perdana Menteri Jepun Junichiro Koizumi melawat Graceland selepas dua hari perbicaraan politik yang bertujuan mengeratkan hubungan antara Jepun dan AS.[6]
  • 4 Julai 2006, -- Misi bolak-balik angkasa lepas Discovery STS-121 dilancarkan, di mana sesetengah pemerhati Korea Utara menyatakan bahawa ia bukanlah satu kebetulan.[7]

Valiant Shield merupakan satu latihan ketenteraan yang dilancarkan ketenteraan Amerika Syarikat di Lautan Pasifik pada bulan Jun 2006. Latihan ini bermula pada 19 Jun 2006 dan berlanjutan sehingga lima hari, dan berakhir pada 24 Jun 2006. Mengikut Tentera Laut, Valient Shield berfokuskan kooperasi antara cabang-cabang tentera dan mengenai pengesanan, pengikutan dan pertemuan unit-unit di laut, udara, dan darat sebagai tindak balas kepada pelbagai misi.[8] Latihan melibatkan 22,000 anggota, 280 kapal terbang, dan 30 kapal laut, termasuk supercarrier USS Kitty Hawk, USS Abraham Lincoln, dan USS Ronald Reagan. Ia menjadi latihan ketenteraan yang terbesar dilalukan Amerika Syarikat di perairan pasifik semenjak Perang Vietnam. Latihan menandakan detik pertama apa yang akan menjadi latihan dwitahunan melibatkan cabang-cabang berbeza ketenteraan A.S.

Para pemerhati daripada Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat telah dijemput menghadiri latihan, dan juga pegawai daripada Ketenteraan Singapura, Ketenteraan Jepun, Ketenteraan Australia, Ketenteraan Korea Selatan, Ketenteraan Rusia, Tentera Nasional Indonesia dan Angkatan Tentera Malaysia. Ia merupakan kali pertama pemerhati daripada Republik Rakyat China dijemput menghadiri permainan perang A.S.[9] Republik ini telah menghantar delegasi sepuluh orang, termasuk satu pegawai status tinggi dari angkatan tentera laut, darat dan udaranya, dan juga pegawai-pegawai daripada kementerian luar negaranya.[10] Mengikut ahkbar Amerika USA Today, pemerhati ketenteraan China berkata bahawa pemerhatian latihan-latihan ini memberikan mereka lebih kefahaman mengenai senjata dan tindak tanduk A.S. Laksamana Muda Zhang Leiyu, kedua delegasi ini, memanggil lawatan latihan berhampiran pulau Guam "satu langkah positif dalam perhubungan ketenteraan A.S.-China".

Hubungan ketenteraan Amerika Syarikat dan China tidak dekat semenjak satu kerajaan komunis mendapat kuasa di China. Laksamana William J. Fallon, komander tertinggi A.S. di lautan Pasifik, berkata bahawa ia adalah "permulaan" bahawa China telah menerima perlawaannya untuk memerhatikan latihan besar-besaran ini.[11] Fallon juga berharap bahawa China akan membalas perlawaan ini dengan satu perlawaan untuk melihat aktiviti ketenteraan China pula. Akan tetapi, tidak Zhang mahupun laporan Xinhua memberi sebarang indikasi akan perlawaan sedemikian akan menjadi.[12]

Latihan ini juga merupakan implikasi untuk kejadian dunia yang lainnya juga, termasuk bertindak sebagai satu tunjuk kuasa untuk menghalang Ketenteraan Korea Utara daripada memulakan ujian lancaran peluru berpandu Taepodong-2nya.[13]

Ujian peluru berpandu ini manjadi selepas beberapa minggu spekulasi yang mengatakan bahawa Korea Utara sedang bersedia melancarkan satu peluru, tetapi tidak kuantiti mahupun tapaknya diduga. A.S., Jepun, dan yang lainnya mengamar Korea Utara sebelum insiden ini bahawa ujian sebegini akan dianggap sebagai tindakan provokasi. Korea Utara membalas terikan ini dengan mengancam serangan nukear "bertubi-tubi" jika Amerika Syarikat atau negara lainnya cuba bertindak memusnahkan peluru sebelum atau selepas ia dilancarkan.[14]

United States Northern Command atau NORAD dan Pentadbiran Aviasi Persekutuan telah pada hari-hari sebelumnya, meletakkan sekatan terhadap penerbangan komersial dalam kawasan-kawasan sekeliling Vandenberg Air Force Base, California dan Fort Greely, Alaska, rumah peluru sekatan peluru berpandu A.S.[15]

Gerak balas[sunting | sunting sumber]

Ujian ini berlaku pada masa perbicaraan enam pihak antara Korea Utara, China, Jepun, Rusia, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Stok dan nilai mata wang Asia menurun, manakala komoditi emas dan perak telah naik secara mendadak kesan berita mengenai peluru berpandu Korea Utara.[16]

Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Presiden Bush telah diberitahu mengenai perkara ini pada waktu 4:20 PM EDT (2140 UTC). Dia bercakap di Pejabat Oval mengenai ujian-ujian ini pada 5hb Julai 2006 dengan mengatakan bahawa ujian-ujian ini "hanya akan memulaukan Korea Utara".

Christopher Hill, pembantu setiausaha negara A.S., akan pergi ke kawasan terbabit pada hari Rabu. Penasihat Keselamatan Dalam Negeri Stephen Hadley menggambarkan ujian-ujian ini sebagai "kelakuan provokasi".[17]

NORAD diletakkan pada taraf kewaspadaan tinggi dalam dua minggu kebelakangan ini dan Agensi Pertahanan Peluru Berpandu A.S. memberitahu CNN bahawa dua peluru berpandu untuk tampanan peluru balistik telah dihidupkan di California sebelum lancaran Korea Utara.

Korea Selatan[sunting | sunting sumber]

Menteri Penyatuan Lee Jong-seok menyidangkan suatu perjumpaan kecemasan untuk menentukan objektif lancaran peluru-peluru, yang dijangka akan membuat A.S. dan para sekutunya mengambil tindakan hukuman seperti sekatan ekonomi yang lebih teruk ke atas negara totalitarianisme ini, mengikut kata pegawai-pegawai kementerian.[18]

Jepun[sunting | sunting sumber]

Jepun menaikkan status kewaspadaannya kepada tinggi selepas lancaran peluru. Pegawai-pegawai tinggi Jepun, termasuk Setiausaha Ketua Kabinet Shinzo Abe dan ketua Agensi Pertahanan Fukushiro Nukaga berjumpa di rumah rasmi perdana menteri untuk membincangkan respons Jepun. Abe kemudiannya berkata bahawa Jepun hendaklah membawa isu lancaran ini ke muka Majlis Keselamatan PBB.[19]

Beberapa jam selepas lancaran peluru-peluru ini, Jepun memulai sekatan ekonomi terhadap Korea Utara dengan menguatkuasakan larangan kemasukan pegawai, anak kapal, penerbangan komersial dan satu-satunya hubungan penumpang antara kedua-dua negara, perkhidmatan feri Manyongbong-92.[20]

China[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Julai, Kementerian Luar Negara China menyatakan rasa kebimbangan atas ujian-ujian peluru berpandu Korea Utara. Jurucakapnya Liu Jianchao mengulangi panggilan untuk bertenang dan ketegahan "kesemua pihak terlibat". Dia merayui kesemua pihak untuk bertegah daripada sebarang tindakan yang akan merumitkan lagi situasi di Semenanjung Korea.[21]

Di New York, duta China ke PBB mengatakan bahawa ujian peluru Korea Utara "dikesali".[22]

Australia[sunting | sunting sumber]

Perdana Menteri Australia John Howard memanggil ujian-ujian ini "amatlah provokasi" dan telak dipetik oleh Badan Penyiar Australia, "Saya harap apa yang dilakukan Korea Utara akan dikutuk sebagai provokasi bukan sahaja oleh Australia dan Jepun, tetapi juga oleh negara-negara lain dalam kumpulan enam."[23] Menteri Luar Negara Alexander Downer menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada Duta Korea Utara, Chon Jae Hong[24]. Australia membatalkan satu rancangan lawatan diplomatik ke Korea Utara oleh sebab berita ini[24].

Rusia[sunting | sunting sumber]

Mengikut kata wakil rasmi Kementerian Luar Negeri Rusia Mikhail Kaminin, lancaran ujian ini merupakan satu "kelakuan provokasi" yang akan menggugat perbicaraan enam dan akan "merumitkan lagi situasi program nuklear Korea Utara".[25]

Thailand[sunting | sunting sumber]

Menteri Luar Thailand Kantathi Suphamongkhon menyatakan rasa bimbang pada hari Rabu berkenaan ujian peluru jarak jauh Korea Utara, dan memberikan amaran bahawa tindakan ini akan menyebabkan ketidakpercayaan serantau dan mengancam keamanan dunia, dan dia bercadang akan mengungkitkan perkara ini dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat awal minggu depan. Encik Kantathi juga menyeru negara Komunis ini untuk menghadiri semula perbicaraan enam pihak di mana Thailand telah memainkan peranan tidak rasmi untuk menekankan kemajuan rundingan antara pemain-pemain serantau penting - Korea Utara, Korea Selatan, Jepun, China, Rusia dan Amerika Syarikat.[26]

United Kingdom[sunting | sunting sumber]

United Kingdom melabelkan tindakan Korea Utara ini sebagai "tidak bertanggungjawab". Setiausaha Luar Margaret Beckett berkata: "Ujian-ujian ini berprovokasi, dan hanya menaikkan lagi ketegangan serantau."[27]

Perancis[sunting | sunting sumber]

Perancis menuduh Korea Utara sebagai "pelakon utama kecambahan peluru berpandu di dunia" dan memanggilnya mengikuti persetujuan pada tahun 1999. Perancis kini duduk sebagai presiden Majlis Keselamatan PBB pada bulan Julai.

Kanada[sunting | sunting sumber]

Menteri Luar Peter MacKay menambahkan lagi kutukan terhadap Korea Utara pada bulan Rabu, dan memanggil lancaran itu sebagai "ancaman besar" kepada stabiliti serantau dan menggugat cubaan untuk menghentikan kecambahan senjata nuklear. MacKay juga menegur Pyongyang untuk penggunaan "amalan menempuh bahaya" dalam urusannya dengan masyarakat antarabangsa. "Kanada percaya yang taktik sebegini tidak produktif dan akan gagal pada akhirnya," katanya dalam satu laporan berita yang diposkan di Jabatan Hal Ehwal Luar Negara Kanada. "Tindakan ini hanya boleh menggugat sekuriti Korea Utara, bukan menjaminnya.[28]

Korea Utara[sunting | sunting sumber]

Korea Utara telah melarang orang daripada berlayar di sesetengah kawasan persisiran pantainya sehingga 11 Julai 2006. Sesetengah pihak percaya ini merupakan persediaan tambahan lancaran.[29].

Majlis Keselamatan PBB[sunting | sunting sumber]

Majlis Keselamatan PBB menjadualkan satu perjumpaan kecemasan untuk hari Rabu, 5 Julai, 2006[30]. Ahli majlis bersetuju bahawa mereka harus melakukan sesuatu berkenaan ujian peluru itu dan bahawa mereka seharusnya berjumpa kemudian untuk membincangkan satu kemungkinan mengeluarkan satu resolusi Majlis[31].

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Sumber dan nota[sunting | sunting sumber]

  1. "U.S. Northern Command confirms 7th missile launch by DPRK". United States Department of Defense. 2006-07-05. 
  2. "North Korea sparks crisis by launching seven missiles". The Daily Telegraph. 2006-07-05. 
  3. "Calculate distance and bearing between two Latitude/Longitude points". News.com.au. 2006-07-04. Diarkibkan daripada asal pada 2006-08-27. 
  4. http://www.globalsecurity.org/wmd/library/news/dprk/2006/060705-nkir2623.htm
  5. 5.0 5.1 Where did the North Korea missiles land?
  6. "Security Council meets on North Korea missile test". Reuters UK. 2006-07-05. 
  7. Missiles for beginners - National - theage.com.au
  8. "Valiant Shield Provides Valuable Joint Training Among U.S. Military Forces". Navy Newstand. 2006-06-20. Diperoleh pada 2006.  Text "06-24" ignored (bantuan)
  9. "U.S. begins massive war games in Pacific" (HTML). CNN.com. Diperoleh pada 2006-06-20. 
  10. "Chinese Observers Watch U.S. Wargames". washingtonpost.com. Diperoleh pada 2006-06-27. 
  11. "Commander says Chinese military more open". WTOPnews.com. 2006-06-13. Diperoleh pada 2006-06-20. 
  12. "China pleased after watching U.S. wargames". USAToday.com. 2006-06-22. Diperoleh pada 2006-06-24. 
  13. "Valiant Shield: a display of strength and numbers". Marine Corps Times. 2006-06-21. Diperoleh pada 2006-06-21. 
  14. "U.N. Security Council Meets After North Korea Launches 7th Missile". Fox News. 2006-07-05.  Check date values in: |date= (bantuan)
  15. "U.S. officials: North Korea tests long-range missile". CNN. 2006-07-05.  Check date values in: |date= (bantuan)
  16. Asian Stocks, Currencies Fall as North Korean Missiles Launched Bloomberg
  17. U.S. officials: North Korea tests long-range missile CNN
  18. http://english.yna.co.kr/Engnews/20060705/630000000020060705085315E6.html
  19. http://www.cnn.com/2006/WORLD/asiapcf/07/04/nkorea.reax/index.html
  20. "Seventh missile launched: report". Sydney Morning Herald. 2006-07-04.  Check date values in: |date= (bantuan)
  21. "外交部发言人就朝鲜试射导弹事发表谈话(图)". China View (in Chinese). 2006-07-05.  Check date values in: |date= (bantuan)
  22. "Bush Urges North Korea to Drop Missile Program". NYT. 2006-07-05.  Check date values in: |date= (bantuan)
  23. http://www.cnn.com/2006/WORLD/asiapcf/07/04/australia.missile.ap/index.html
  24. 24.0 24.1 http://www.news.com.au/perthnow/story/0,21498,19691907-5005361,00.html
  25. http://www.interfax.ru/r/B/themearchive/317.html?menu=1&id_issue=11547144
  26. "Thailand concerned at North Korea missile tests". Bangkok Post. 2006-07-05.  Check date values in: |date= (bantuan)
  27. "UK condemns North Korea missiles". BBC News. 2006-07-05. 
  28. "Canada condemns North Korea missiles". CBC News. 2006-07-05.  Check date values in: |date= (bantuan)
  29. http://news.yahoo.com/s/ap/20060706/ap_on_re_as/nkorea_missiles_ready
  30. "U.N. Security Council Meets After North Korea Launches 7th Missile". Fox News. 2006-07-05.  Check date values in: |date= (bantuan)
  31. "UN Council Members agree swift action needed after Korean missile launch". UN News Centre. 2006-07-05.  Check date values in: |date= (bantuan)

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]