Ular Laju Ekor Merah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ular Laju Ekor Merah
Gonyosoma oxycephalum from Barangay Binatug - ZooKeys-266-001-g085.jpg
Gonyosoma oxycephalum
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Squamata
Suborder: Serpentes
Genus: Gonyosoma
Spesies: G. oxycephalum
Nama binomial
Gonyosoma oxycephalum
Gonyosoma oxycephalum distribution.png

Ular Laju Ekor Merah (Gonyosoma oxycephalum) [1] ialah sejenis ular yang terdapat di Asia Tenggara.

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Ia merupakan ular yang lasak dengan sisik licin, lasak pada perutnya yang sesuai bagi memanjat pokok dan menjalar pada dahan. Ia memiliki sisik yang lebih kecil dan licin pada bahagian belakangnya yang biasanya hijau terang atau hijau pucat dan mungkin memiliki pola jaringan hitam. Perubahan warna kelabu dengan kepala kuning wujud di Panay, di Filipina.

Sebagaimana namanya tunjukkan, ular ini memiliki ekor merah tetapi biasanya perang dengan badan hijau. Ia turut memiliki belang hitam melintang pada matanya. Pada sisi lidah hitamnya mungkin terdapat warna biru. Atas bahagian kepala mungkin terdapat warna hijau gelap, kuning kehijauan atau kuning.

Ular betina mampu mencecah panjang sehingga 2.4 m (hampir 8 kaki), sementara ular jantan biasanya kecil sedikit tetapi bewarna lebih terang. Jangka hayat biasanya dalam kurungan adalah 20 tahun. Ia mencecah kematangan seksual pada usia 4 tahun, dan telornya akan menetas dalam tempoh 13 hingga 16 minggu. Ular betina bisanya bertelur purata antara 3 dan 8 biji telor antara bulan September dan Januari dan anak ular sepanjang sekitar 45 cm (18 inci).

Tingkah laku[sunting | sunting sumber]

Ular Laju Ekor Merah hidup dan menghabiskan kebanyakan masanya di atas pokok dan dalam lubang pokok. Ia jarang turun ke tanah. Apabila ular Laju Ekor Merah terganggu, ia mungkin mengembangkan kantung udara pada lehernya, menjadikan ia kelihatan lebih besar.

Dalam tahanan, ia mempunyai 'atitude' dan mungkin menyerang atau menggigit penjaga yang leka. Amat tidak dapat dijangkakan dan mungkin berubah dri masa ke masa tetapi mampu menjadi jinak melalui pengendalian yang sempurna.

Ular Laju Ekor Merah.

Permakanan[sunting | sunting sumber]

Ia makan hampir sepenuhnya bagi burung, telor burung dan kelawar. Ia menangkap mangsanya yang sedang terbang ketika menjalar antara dahan pokok. Dalam tahanan, ia boleh dilatih bagi makan tikus.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Boie, F. 1827 Bemerkungen über Merrem's Versuch eines Systems der Amphibien, 1. Lieferung: Ophidier. Isis van Oken, Jena, 20: 508-566.
  • Boulenger,G.A. 1894 On the herpetological fauna of Palawan and Balabac. Ann. Mag. Nat. Hist. (6) 14: 81-90
  • Dowling, Herndon G. 1958 A taxonomic study of the ratsnakes VI. Validation of the genera Gonyosoma Wagler and Elaphe Fitzinger Copeia 1958 (1): 29-40
  • Gray, J. E. 1849 Description of three new genera and species of snakes. Ann. Mag. Nat. Hist. (2) 4: 246-248


Pautan luar[sunting | sunting sumber]