Pergi ke kandungan

Ular kapak bodoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ular kapak bodoh
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Calloselasma

(Cope, 1860)
Nama binomial
Calloselasma rhodostoma
(Kuhl, 1824)
Sinonim
  • [Trigonocephalus] rhodostoma Kuhl, 1824[1]
  • [Trigonocephalus] rhodostoma F. Boie, 1827
  • [Trigonocephalus] praetextatus Gravenhorst, 1832
  • Tisiphone rhodostoma Fitzinger, 1843
  • L[eiolepis]. rhodostoma AMC Duméril, 1853
  • [Calloselasma] rhodostomus Cope, 1860
  • T[isiphone]. rhodostoma Peters, 1862
  • T[rigonocephalus]. (Tisiphone) rhodostoma Jan, 1863
  • Calloselasma rhodostoma Günther, 1864
  • Calloselma rhodostoma Morice, 1875
  • Ancistrodon rhodostoma Boettger, 1892
  • Ancistrodon rhodostoma Boulenger, 1896
  • Agkistrodon rhodostoma Barbour, 1912
  • Ancistrodon (Calloselasma) rhodostoma Bourret, 1927
  • Ancistrodon annamensis Angel, 1933
  • [Agkistrodon] annamensis Pope, 1935
  • Calloselasma rhodostoma Campden-Main, 1970[2]

Ular kapak bodoh[3][4] atau ular tanah (nama saintifik: Calloselasma rhodostoma[3]) ialah sejenis ular kapak yang terdapat di Asia Tenggara. Nama bahasa Inggeris ular ini, iaitu "pit viper", digelarkan sempena organ peka haba yang ditempatkan di dalam pit kecil di antara lubang hidung dengan mata di kedua-dua belah kepala. Ular kapak adalah antara ular-ular terbisa yang diketahui.

Ular ini merupakan spesies yang menyebabkan lebih banyak kematian di tanah besar Asia Tenggara berbanding dengan kumpulan ular kapak hijau, walaupun ular ini tidaklah lebih ganas. Perbezaan ini terdiri daripada tempat perlindungan Ular Kapak Malaysia ini. Sedangkan ular-ular kapak hijau menghabiskan banyak masa di atas pokok, ular ini adalah ular daratan dan menghabiskan banyak masa di atas lantai hutan.

Serupa dengan ular-ular pemangsa lain yang menyerang hendap atau duduk-dan-tunggu, Ular Kapak Bodoh mempunyai warna-warna krip yang menyamarkan ular ini ketika menunggu mangsa. Bagaimanapun, berbeza dengan pemangsa-pemangsa yang lebih aktif seperti elapid, ular ini tidak mencuba melarikan diri ketika mendengar bunyi haiwan yang mendekati, baik besar mahupun kecil.

  1. ^ Kuhl, H. Sur les reptiles de Java: extrait d'une lettre addressée de Java en Hollande. Bulletin des Sciences Naturelles et de Géologie To. II (1824): 80. Paris.
  2. ^ McDiarmid, R.W., J.A. Campbell, T. Touré. 1999. Snake Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference, vol. 1. Herpetologists' League. 511 pp. ISBN 1-893777-00-6 (series). ISBN 1-893777-01-4 (volume).
  3. ^ a b Journal of Bioscience. Universiti Sains Malaysia. 15–16. 2004 http://books.google.com.my/books?ei=loEGUZ2HCsnsrAfOtYDoCQ&id=8rJKAAAAYAAJ&dq=Ular+Kapak+Malaysia&q=rhodostoma#search_anchor. Missing or empty |title= (bantuan)
  4. ^ Perintah Pemuliharaan hiduPan liar (Pindaan Jadual) 2012

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]