Ular Orok-Orok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ular orok-orok)
Jump to navigation Jump to search

Ular Orok-Orok
Crotalus cerastes mesquite springs CA.JPG
Crotalus cerastes
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Squamata
Suborder: Serpentes
Keluarga: Viperidae
Subkeluarga: Crotalinae
Genus: Crotalus
Linnaeus, 1758
Spesies

27 spesies.

Ular orok-orok merupakan sejenis ular yang berbisa yang boleh ditemui di Amerika Utara. Ular dari genus Crotalus dan Sistrurus ini tergolong dalam subfamili ular kapak.

Rupa[sunting | sunting sumber]

Ular ini mempunyai satu orok-orok (rattle dalam bahasa Inggeris). Ia membunyikan orok-orok apabila mengesan bahaya. Sperti ular lain, ular ini mengesan bau menggunakan lidahnya. Deria bau ini 1000 kali lebih luar biasa daripada manusia.

Bisa[sunting | sunting sumber]

Hampir semua spesies ular orok-orok mempunyai bisa hemotoksin yang menyerang tisu dan merosakkan organ, tetapi ada sesetengah yang ada bisa neurotoksin yang menyerang saraf. Gigitan daripada ular ini sangat sakit. Sekiranya gagal he hospital dalam masa 2 jam, gigitan ini berkemungkinan membawa maut.[perlu rujukan]

Makanan[sunting | sunting sumber]

Ular orok-orok memakan tikus, burung, tupai, arnab dan haiwan kecil lain.