Ulat Bulu Laut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ulat Bulu Laut
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Annelida
Subfilum: Polychaeta
Kelas: Errantia
Order: Amphinomida
Keluarga: Amphinomidae
Genus: Chloeia
Spesies: C. flava
Nama binomial
Chloeia flava
(Pallas, 1766)

Chloeia flava, juga dikenali sebagai ulat bulu laut, adalah sejenis cacing annelida polikaet yang dimiliki keluarga Amphinomidae.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Ulat bulu laut mempunyai badan yang memanjang, saiznya antara 7-10 cm panjang, dan 1.8-2.5 cm lebar, tidak termasuk bulu. Ia berwarna merah-coklat atau coklat muda dengan satu jalur warna terang di tengah-tengah badan. Tubuh terdiri daripada 37 segmen yang ketara, setiap satu mempunyai oselus yang tersendiri, yang berwarna ungu atau warna gelap dengan garis putih dan diletakkan di tengah-tengah bahagian atas.[1] Insang-insang kecil, antara warna putih dan coklat, berada pada kedua-dua bahagian luar di belakang bulu dan hampir semua segmen. Tubuh dilitupi dengan duri berkapur iaitu seta, dan mempunyai rambut putih yang halus, tajam dan berbisa.

Taburan dan habitat[sunting | sunting sumber]

Taburan Chloeia flava adalah secara meluas, di kawasan Indo-Pasifik dari pantai timur Afrika, termasuk Laut Merah, ke pulau-pulau Lautan Pasifik kecuali Hawaii dan Polinesia. Ia dijumpai di kawasan berpasir hingga ke kawasan gersik berlodak yang berdekatan dengan terumbu karang.[2]

Biologi[sunting | sunting sumber]

Cacing ini adalah sejenis karnivor aktif, terutamanya pada waktu subuh dan senja. Dietnya terdiri daripada polip karang, bunga karang, buran laut, hidroid dan tunicates.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Minoru Imajima, Polychaetous Annelids from Sagami Bay and Sagami Sea Collected by the Emperor Showa of Japan, National Science Museum, Tokyo, http://ci.nii.ac.jp/els/110004708004.pdf?id=ART0007449955&type=pdf&lang=en&host=cinii&order_no=&ppv_type=0&lang_sw=&no=1409987663&cp=
  2. ^ Neville Coleman, Marine life of the Maldives, Atoll Editions, Victoria, Australia,2000, ISBN 1876410361

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • WoRMS (2014). "Chloeia flava (Pallas, 1766)". World Register of Marine Species.