Huldrych Zwingli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ulrich Zwingli)
Huldrych Zwingli
Huldrych Zwingli dari Hans Asper pada 1531
Kelahiran(1484-01-01)1 Januari 1484
Meninggal dunia11 Oktober 1531(1531-10-11) (umur 47)
Kappel, Kanton Zurich, Gabungan Swiss
PekerjaanPaderi, ahli teologi

Huldrych (atau Ulrich/Ulricht Zwingli) (1 Januari 1484 – 11 Oktober 1531) merupakan seorang pemimpin Reformasi Protestan di Switzerland. Beliau dilahirkan ketika zaman patriotisme Swiss, iaitu ramai orang Swiss menjadi askar upahan dan menerima kritikan yang hebat. Beliau pernah ke Universiti Vienna dan Universiti Basel iaitu tempat pendidikan utama pada ketika itu.

Pada tahun 1518, Zwingli menjadi paderi di Grossmünster di Zurich di mana beliau mula mengajar idea-idea pembaharuan agama Gereja Roman Katolik. Dalam kontroversi pertama beliau pada tahun 1522, beliau menentang adat berpuasa ketka Lent. Dalam 1525, Zwingli memperkenalkan "Perjamuan Tuhan" liturgi yang baharu untuk menggantikan Mass.

Reformasi oleh Zwingli merebak ke beberapa kanton di Switzerland namun beberapa kanton yang lain kekal dengan ajaran Katolik. Zwingli membentuk satu pakatan kanton yang dibahagikan mengikut garisan agama. Pada tahun 1529, perang saudara antara kedua-dua pihak telah dielakkan ketika saat-saat akhir. Sementara itu, idea-idea Zwingli telah menarik perhatian Martin Luther dan pemimpin Reformasi yang lain.

Pada tahun 1531. perikatan Zwingli telah merancang untuk menyekat makanan di kanton Switzerland yang menganut Katolik. Namun, perancangan ini gagal. Kanton Katolik kemudiannya bertindak balas dengan melancarkan serangan ke atas Zurich. Zwingli terbunuh dalam pertempuran ketika beliau baru berusia 47 tahun. Legasi dan perjuangan beliau tetap diingati oleh rakyat Swiss sehingga hari ini.