Ultra (Malaysia)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dari segi politik Malaysia dan Singapura pada zaman 1960-an, "ultra" merujuk kepada beberapa orang pelampau perkauman. Nama ini sering digunakan oleh Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura yang pertama, serta ahli-ahli lain parti politiknya, Parti Tindakan Rakyat (PETIR), untuk merujuk kepada pelampau-pelampau Melayu. Walau bagaimanapun, beberapa ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) — pemimpin parti Perikatan yang memerintah Malaysia sewaktu itu — mengguna perkataan "ultra" untuk merujuk kepada Lee, kerana beliau dilihat sebagai cauvinis Cina.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Lee menggunakan perkataan "ultra" untuk kali pertama dalam tahun 1964, apabila beliau memberitahu pemimpin-pemimpin UMNO secara terbuka untuk "menghapuskan ultra mereka". Pada masa ini, belum setahun telah lalu semenjak Singapura bercantum dengan Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak untuk membentuk Malaysia. Ucapan Lee menimbulkan kerisauan dalam kalangan pemimpin-pemimpin UMNO. Walaupun ia tidak jelas dari mana Lee mendapat perkataan "ultra", tetapi kemungkinannya, beliau menjumpainya dalam satu thesis PhD. Pada tahun 1960, Lee seorang daripada tiga orang yang menilai thesis PhD Gordon Paul Means, yang bertajuk "Kerajaan dan Politik Tanah Melayu dalam Peralihan". Pada satu muka surat salinannya, Lee menggariskan perkataan "ultra" dengan pensel yang tebal dan menulis satu penanda seruan di atasnya. [1]

Chauvinis[sunting | sunting sumber]

Antara "ultra" Melayu termasuk Syed Jaafar Albar, yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung UMNO, Syed Nasi Ismail, seorang penyokong perkembangan kegunaan Bahasa Melayu dalam masyarakat Malaysia, Mahathir Mohamad, yang pada masa itu seorang Ahli Parlimen lalu berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia, dan Musa Hitam, seorang lagi Ahli Parlimen UMNO yang kemudian berkhidmat sebagai Timbalan Mahathir. [2]

Ahli-ahli politik ini semua dilihat sebagai penyokong ketuanan Melayu (walaupun frasa ini tidak diguna pada masa itu). Syed Jaafar Albar telah berkempen untuk cawangan UMNO Singpura di pilihanraya umum Singapura 1963, dan membuat ucapan di mana beliau memanggil ahli politik Melayu PETIR sebagai anti-Islam, anti-Melayu, dan pengkhianat kepada bangsa sendiri mereka. Othman Wok, seorang ahli politik Melayu PETIR, kemudian menuduh ucapan Syed Jaafar telah menyebabkan rusuhan kaum di Singapura pada 1964. [3] Syed Nasir Ismail pula telah cuba menutup semua sekolah Cina di Malaysia, dan menyokong sepenuh-penuhnya usaha untuk menjaga kedudukan Bahasa Melayu sebagi bahasa rasmi Malaysia. [4]

Mahathir pula seorang penyokong penolongan yang lebih agresif untuk kaum Melayu, dan pernah dituduh memimpin (bersama-sama dengan Syed Nasir Ismail dan Syed Jaafar Albar) seruan untuk menubuhkan kerajaan satu-parti Melayu-sahaja yang dimpimpin oleh UMNO selepas rusuhan kaum Mei 13. di Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia. [5] Beliau kemudian mengarang The Malay Dilemma, yang menuntut Melayu, sebagai rakyat "definitif" Malaysia, mempunyai hak dari lahir untuk hak-hak istimewa seperti yang dikandung dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Musa, seorang rakan rapat Mahathir, juga dilihat sebagai "ultra". [6] Mahathir dan Musa kemudian dipecat dari UMNO oleh Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO pada waktu itu, Tunku Abdul Rahman, selepas kejadian Mei 13. Ismail Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada masa itu, melepaskan penerangan tindakan Tunku, di mana beliau berkata, "Ultra ini percaya dalam teori penguasaan satu kaum pada semua kaum lain yang gila dan keterlaluan, dan tidak mempedulikan Perlembagaan." [7] Musa dan Mahathir menyertai kerajaan lagi apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri. [6]

Kadang-kala, Lee Kuan Yew memanggil pihak media sebagai "ultra"; beliau pernah mengkritik Utusan Melayu kerana ia "akhbar mereka [pihak 'ultra']". [8]

Apabila Lee berkata, "Biarlah kita benar dan tepat. Mengapakah kita haruslah balik kepada Singapura lama dan mengurangkan kedudukan rakyat bukan Melayu di Tanah Melayu kepada status minoriti?", beliau dilihat sebagai "ultra" oleh beberapa ahli politik Perikatan. [9] Kempen "Malaysian Malaysia" beliau juga tidak digemari oleh UMNO atau kebanyakan kaum Melayu, yang melihat Malaysia yang dimiliki rakyat Malaysia sebagai Malaysia milik kaum Cina. Beberapa akademik telah meneka bahawa ini terjadi kerana kosa kata Melayu yang agak terhad pada masa itu; perkataan "bangsa" diguna untuk bermakna "negara" dan "kaum". Oleh sebab tiada wujudnya "kaum Malaysia", ia telah dikatakan bahawa kebanyakan Melayu melihat apa-apa selain "bangsa/negara Melayu" sebagai ancaman kepada hak-jak mereka. [10] Perselisihan antara PETIR yang kebanyakan ahlinya Cina dan kerajaan Malaysia akhirnya memaksa Singapura untuk meninggalkan Malaysia pada tahun 1965.

Pengurangan dalam penggunaan[sunting | sunting sumber]

Penggunaan perkataan "ultra" dikurangkan pada 1970-an, tidak lama selepas kejadian Mei 13. Kemungkinannya had-had yang ditetapkan bagi penyataan yang berkontroversi (sehingga Parlimen juga dilarang daripada membincang pembatalan Artikel 153) antara faktor-faktor yang menyebabkan ini. [11] Oleh kerana ini, suasana politik telah menjadi lebih tenang, yang mungkin menyebabkan pengurangan dalam penggunaan perkataan "ultra".

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sopiee, Mohamed Noordin (1976). From Malayan Union to Singapore Separation: Political Unification in the Malaysia Region 1945 – 65, m/s 194. Penerbit Universiti Malaya. Tiada ISBN.
  2. ^ Customer Service, University Tunku Abdul Rahman Library (2005). "Universiti - Perlukah sebuah lagi?". Dimuat turun pada Feb. 14, 2006.
  3. ^ Goh, Jenny (July 23, 1997). Small spark can create big mess. Straits Times.
  4. ^ Lee, Hock Guan (2001). "Political Parties and the Politics of Citizenship and Ethnicity in Peninsular Malay(si)a, 1957-1968". Dimuat turun pada Feb. 22, 2006.
  5. ^ Alatas, Syed Farid (2002). "ISLAM, DEMOCRATIZATION AND CIVIL SOCIETY IN INDONESIA AND MALAYSIA". Dimuat turun pada Feb. 22, 2006.
  6. ^ a b Means, Gordon P. (1991). Malaysian Politics: The Second Generation, m/s 22. Oxford University Press. ISBN 0-19-588988-6.
  7. ^ Means, m/s 10.
  8. ^ Sopiee, m/s 201.
  9. ^ Sopiee, m/s 204.
  10. ^ Sopiee, m/s 203.
  11. ^ Means, m/s 14–15.