Ultra Magnus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ultra Magnus
Comic image missing.svg
Animasi Ultra Magnus dalam Transformers Generasi 1
Informasi Penerbit
PenerbitHasbro
Kemunculan pertamaTransformers The Movie
SpesisRobot

Ultra Magnus adalah nama beberapa watak fiksyen dalam francais animasi Transformers, terutamanya muncul sebagai pembantu kanan Optimus Prime. Walaupun kemahiran tempurnya luar biasa, keberanian dan bakat yang tidak dapat ditandingi untuk improvisasi di medan pertempuran, Ultra Magnus adalah yang paling selesa apabila menjalankan arahan, dan secara semulajadi tidak kaku jika Matrix Kepimpinan diletakkan pada dirinya.

Dalam minda Ultra Magnus, dia adalah komander trak tunda, dan keengganannya berubah hanya jika dia kehabisan pilihan sebelum menerima idea bahawa dia diperlukan untuk memimpin. Selaku pemimpin, Magnus akan tegas, adil dan berani, sentiasa bersedia untuk mengorbankan dirinya demi kebaikan para sahabat dan misinya, dan tidak goyah untuk melindungi robot bawahannya. Walaupun tidak berminat untuk perintah keseluruhan, Ultra Magnus merupakan Komander Bandaraya Autobot dalam Transformers The Movie, dan mainannya juga memaparkan Ultra Magnus dalam peranan Komander Bandaraya (gelaran ini juga disandang oleh musuh sejawatannya, pemimpin Decepticon Galvatron), yang menunjukkan bahawa dia sekurang-kurangnya bersedia menerima peranan kepimpinan dalam kapasiti yang lebih kecil dan bukannya sebagai komander tertinggi, iaitu peranan yang dipenuhi oleh Optimus Prime dan kemudian Rodimus Prime.

Ultra Magnus dilengkapi dengan pelancar misil yang mampu mengenai sasaran 30 batu jauh, dan bertukar menjadi lori pengangkut kereta yang dapat mengangkut rakan-rakan pasukan Autobot.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Furman, Simon (2004). Transformers: The Ultimate Guide. DK Publishing Inc. m/s. 111. ISBN 1-4053-0461-8. 
  • Furman, Simon (2004). Transformers: The Ultimate Guide. DK Publishing Inc. m/s. 38. ISBN 1-4053-0461-8. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Transformers