Ultra Seven

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ultraseven)
Ultra Seven
Fail:Ultraseven-title.jpg
FormatCereka sains, aksi, pengembaraan
PenciptaTsuburaya Productions
Dibintangi oleh
Koji Moritsugu, Shoji Nakayama, Yuriko Hishimi
Negara asal Jepun
Bilangan episod49[1]
Penerbitan
Tempoh siaran24 minit (per episod)
Penyiaran
Saluran asalTBS
Siaran asal1 Oktober 19678 September 1968

Ultra Seven (Jepun: ウルトラセブン, Hepburn: Urutora Sebun) ialah adiwira fiksyen yang ditampilkan dalam rancangan TV tokusatsu yang sama namanya. Dia julung kali muncul dalam Ultra Seven (Siri Ultra yang ketiga dan kedua yang menampilkan makhluk Ultra), iaitu siri TV SF tokusatsu terkenal yang pernah disiarkan di TV Jepun pada tahun 1967. Susulan kepada Ultraman oleh Eiji Tsuburaya ini menjadi antara siri TV fantasi yang terhebat di Jepun. Ultra Seven dianggap sesetengah pihak sebagai balasan Jepun kepada Star Trek: The Original Series, dan Siri Ultra terbaik sepanjang zaman, sehingga wira Ultra Seven (atau cuma 'Seven') sendiri telah muncul dalam hampir setiap Siri Ultra selepas siri sendirinya, sekaligus meraih lebih pendedahan berbanding Ultraman yang asli (itupun tidak boleh dinafikan bahawa Ultraman asli merupakan "wajah" segala Ultra).

Ultra Seven kadang-kala disalah sebut "Ultraman Seven" oleh banyak sumber di luar Jepun. Nama Ultra Seven boleh dieja Ultraseven (tanpa jarak).

Siri TV 1967[sunting | sunting sumber]

Ultra Seven terbitan Tsuburaya Productions ini disiarkan melalui rangkaian Tokyo Broadcasting System mulai 1 Oktober 1967 hingga8 September 1968, dengan sejumlah 49 episod (namun, Tsuburaya secara rasminya mengecualikan Episod 12 dari senarai, maka dikiranya 48 episod; lihat di bawah).

Plot[sunting | sunting sumber]

Apabila Bumi bakal diancam oleh makhluk asing dan raksasa jahat, Ejen 340 dari Nebula M-78 (iaitu juga planet asal Ultraman), yang asalnya ditugaskan melakar peta cakerawala memutuskan untuk menetap di Bumi dan terus melindunginya.

Ejen 340 menyamar sebagai manusia bernama Dan Moroboshi, lalu dijemput oleh Angkatan Pertahanan Bumi untuk menyertai cabang elitnya, iaitu Ultra Garrison, sebagai ahli yang keenam untuk memerangi ancaman dari angkasa lepas. Lima orang ahli yang lain tidak sedar bahawa apabila situasi makin terdesak, Dan secara rahsianya memakai cermin mata Ultranya, lalu menjadi bentuk asalnya sebagai Ejen 340, dan digelar ahli ketujuh kehormat pasukan Ultra Garrison, iaitu Ultra Seven.

Seven kemudiannya kembali dalam siri Ultraman Leo yang mana setelah terpatah kakinya apabila menentang Magma Seijin dan Giras, sebelum sempat diselamatkan oleh Leo, Seven menjadi kapten MAC. Meskipun bergantung pada tongkat dan tidak dapat bertukar menjadi Ultra Seven lagi, kerana cermin Mata Ultranya lebur akibat diserang Magma, namun dia mampu membantu Leo dari masa ke semasa.

Penampilan Kaiju / Seijin[sunting | sunting sumber]

Bernombor = Seijin
2 bulatan = Kaiju

  1. Alien Cool
  2. Alien Waiell
  3. Alien Pitt
    • Eleking
  1. Alien Godola
  2. Alien Vira
  3. Alien Pegassa
  4. Alien Metron
  5. Alien Chibull
    • Android Zero (robot)
  1. Alien Icarus
  2. Alien Wild
    • Nurse
  1. Alien Spell
  2. Alien Iyros
  3. Alien Pedan
    • King Joe
      • Annon
    • U-Tom
  1. Alien Bell
    • Gumonga
    • Suflan II
  1. Alien Bado
  2. Alien Shaplay
    • Giraderos
  1. Alien Mimy
    • Iron Rock
  1. Alien Shadow
  2. Alien Pole
    • Gandar
    • Star Bem Gyeron
    • Dinosaur Tank
  1. Alien Protes
    • Rigger
  1. Alien Zampa

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Episod 12 diharamkan di Jepun gara-gara makhluk yang ditampilkan dalam episod ini digambarkan sebagai makhluk yang cacat akibat kesakitan dan kecederaan sinaran radioaktif, yang dikhuatiri menyinggung perasaan mangsa bom atom di Jepun yang terselamat ketika Perang Dunia II. Secara rasmi, Tsuburaya Productions enggan mengakui kewujudan episod ini. Namun begitu, episod ini pernah disiarkan di negara lain.