Ultron

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

ULTRON adalah jenama sukan yang memenangi pelbagai anugerah, merupakan satu jenama sukan daripada Malaysia ke peringkat serantau di seluruh Asia Pasifik sejak dari tahun 2015 dengan merangkumi pelbagai produk pakaian sukan yang dikenali sebagai Mikro-kering atau “Micro-dry” yang direka untuk aktiviti larian, berbasikal, “yoga”, “Zumba”,bola sepak dan senaman kecergasan serta mampatan pakai untuk kegunaan para amatur dan professional.

Kini, ULTRON telah dikenali di merata tempat sebagai jenama sukan terkemuka yang berakar umbi di tanah Malaysia dengan tapak kaki merentas ASEAN dan Timur Tengah. Jenama ini telah tersebar di dua belas negara dalam masa tiga tahun yang lalu dengan melalui perkongsian dalam pelbagai acara dan pertandingan antarabangsa seperti IRONMAN Malaysia, IRONMAN Langkawi, Powerman Asia Pacific Tournament, Asia Trail Masters, Milo Breakfast Run, Men's Health and Women's Health Night Run, PJ Half Marathon dan lain-lain.

Terdapat juga lebih daripada 50 perkongsian acara di luar Malaysia merentas ASEAN & Timur Tengah termasuk juga Kuwait, UAE, Thailand, Indonesia, Singapura, Korea, Laos

dan Australia.

Ultron
Private limited company
IndustriSporting goods
Ditubuhkan2015
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
KeluaranSportswear
Laman sesawangwww.ultron.co

Cawangan-cawangan di Malaysia & Brunei[sunting | sunting sumber]

  • Lumut, Perak (akan datang 2019)
  • Kuala Terengganu, Terengganu (akan datang 2019)
  • Bandar Seri Begawan, Brunei (akan datang 2019)

Penajaan[sunting | sunting sumber]

Acara-acara peringkat Malaysia :

  • PJ Half Marathon: 2015, 2016, 2017, 2018
  • UEM Charity Run:2016
  • Perlis Marathon: 2016, 2017, 2018, 2019
  • Terengganu State Marathon: 2018
  • Borneo International Marathon: 2018, 2019
  • KL Tower International Towerthlon Challenge: 2019
  • HLA Fit Run: 2019
  • ULTRON New Year Run Series: 2019
  • Augustman Malaysia: 2019
  • Route68: 2019
  • Kuching Marathon: 2018, 2019
  • MBOR Langkawi Ride: 2019
  • AEON Charity Run: 2019
  • Sutera Habour 7K Fun Run: 2019
  • KL New Year Run: 2016
  • KL Labour Day Run: 2016
  • Malaysia Day Run: 2016
  • Viper Challenge: 2015
  • myMERCY Run: 2015, 2016
  • Electric Run: 2015
  • Avenue K Balloon Run: 2015, 2016
  • Men's Health Women's Health AIA Run: 2016
  • AXA Hearts in Action Run: 2016
  • Putrajaya Night Marathon: 2016
  • KK City International Marathon: 2016
  • TheStar Penang Fit For Life: 2016

Acara-acara peringkat antarabangsa :

  • Asia Trail Masters: 2017, 2018, 2019
  • Powerman Asia-Pacific Championship: 2017, 2018, 2019
  • XTERRA Asia-Pacific Championship throughout: 2017, 2018, 2019
  • IRONMAN Malaysia: 2017, 2018
  • IRONMAN Langkawi 70.2: 2017, 2018
  • Kuwait City Gulfbank 642 Marathon: 2017

Pencapaian dan Anugerah[sunting | sunting sumber]

Ultron terpilih sebagai salah satu finalis Anugerah SPIA Asia Sports Industry Awards 2016 untuk kategori "Jenama Sukan/Produk/Pelancaran Terbaik".

Pada tahun 2016, kami telah menjadi finalis yang pertama dari Malaysia yang disenarai pendek oleh Anugerah Industri Sukan SPIA 2016 untuk Pelancaran Runcit / Produk Terbaik bagi Kategori Tahunan. Pada 2017, ULTRON menaikkan bar ke peringkat seterusnya dengan menjadi Finalis untuk dua kategori yang berlainan, bukan sahaja untuk Penajaan Terbaik Acara Penyertaan Mass, tetapi juga terpilih sebagai salah satu Jenama Sepuluh Sukan Pakaian di Asia 2018.

Pada Oktober 2017, ULTRON pertama kali telah menerima anugerah untuk "Kecemerlangan Keusahawanan" bagi Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Malaysia) dan juga Anugerah Perniagaan Keusahawanan yang dianjurkan oleh Yayasan Usahawan Malaysia, yang disahkan oleh Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Sumber Manusia dan Majlis Antarabangsa PKS Malaysia. Selepas itu, pada tahun 2018, ULTRON dianugerahkan sebagai “Superbrand Malaysia” oleh SUPERBRANDS International yang merangkumi 93 negara yang mengenal pasti dan mengiktiraf jenama-jenama yang cemerlang. Bukan itu sahaja, Ketua Pegawai Eksekutif, Marc Chua juga telah dianugerah sebagai "Usahawan Muda Yang Paling Berpengaruh di Malaysia" oleh penerbit majalah Malaysia, Entrepreneur Insights.

Team Ultron Runners[sunting | sunting sumber]

Team Ultron Runners Running Movement merupakan salah satu inisiatif oleh Ultron Malaysia yang bermula pada tahun 2016. Initiatif ini adalah berkonsepkan “Klinik Larian” bermatlamat untuk memberikan pendedahan,  ilmu pengetahuan serta membangunkan sukan larian khususnya bagi generasi muda di Malaysia. Klinik ini dianjurkan satu kali seminggu pada setiap bulan, adalah percuma (dan terhad) serta terbuka kepada semua orang awam yang berminat untuk menyertai dan menimba ilmu pengetahuan serta mempelajari kaedah dan teknik berkenaan sukan larian yang betul tanpa mengira peringkat umur.


Klinik ini dijalankan selama dua jam bermula seawal jam 7.30 pagi dan dikendalikan oleh jurulatih yang diiktiraf serta dibantu oleh Kapten – kapten Team Ultron yang telah dipilih dikalangan peserta yang hadir.


Pada Mei 2019, Ultron Malaysia telah memperkenal pasukan Elit yang dikenali sebagai Team Ultron Runners Elite yang terdiri dari kalangan pelari – pelari berpotensi tinggi yang dipilih berdasarkan pencapaian cemerlang mereka di dalam dunia larian. Matlamat utama pasukan ini adalah untuk memberi inspirasi dan memupuk minat kepada pelari – pelari lain khususnya  generasi muda terhadap sukan ini melalui perkongsian ilmu dan pengalaman mereka.


Pelari – pelari ini juga akan mewakili Team Ultron untuk setiap acara larian yang disertai oleh mereka di samping menjadi “brand influencer” mempromosikan produk dan penjenamaan Ultron Malaysia. Setakat ini, pasukan elit ini mempunya 6 orang pelari, yang terdiri daripada 4 orang lelaki dan 2 orang wanita.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]