Ulu Kinta (kawasan persekutuan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ulu Kinta
Kawasan pilihan raya  Perak
Kawasan parlimen yang tidak berfungsi
Badan perundanganDewan Rakyat
Kawasan pilihan raya diwujudkan1958
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan1974
Kali pertama dipertandingkan1959
Kali terakhir dipertandingkan1969

Ulu Kinta ialah sebuah kawasan pilihan raya parlimen yang terletak di Perak Darul Ridzuan dalam negara Malaysia.[1] Ia telah diwakili oleh Dewan Rakyat pada tahun 1959 sehinggalah tahun 1974. Kawasan persekutuan ini mengandungi dua buah kawasan pilihan raya negeri iaitu Chemor dan Sungei Raia.[1]

Kawasan persekutuan ini pertama kali dipertandingkan pada tahun 1959 dan dimandatkan dengan mengembalikan seorang ahli parlimen kepada Dewan Rakyat Malaysia di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu. Sejak 1969, ahli parlimen untuk kawasan Ulu Kinta ialah Chan Yoon Onn dari parti Parti Progresif Rakyat (PPP).[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kawasan Ulu Kinta terletak di timur negeri Perak.[1] Ia diciptakan dari Kinta Utara. Walaubagaimanapun, kawasan Ulu Kinta telah dihapuskan pada tahun 1974 dan kini ia telah digantikan dengan Kinta. Kawasan parlimen ini juga telah wujud sejak negara Malaysia belum mencapai kemerdekaan iaitu pertama kali dipertandingkan pada 19 Ogos 1959.[2] Pada pilihan raya pertama Tanah Melayu 1959, sebanyak tiga calon telah bertanding di kerusi parlimen Ulu Kinta. Mereka ialah Chan Swee Ho dari Parti Progresif Rakyat (PPP), K. C. Chan dari Parti Perikatan dan Yau Hong Seh dari Parti Barisan Sosialis. Chan Swee Ho telah menang dan telah menewaskan dua calon lainnya, dengan mendapatkan undian sebanyak 6,996.[3]

Kawasan parlimen Ulu Kinta merangkumi Daerah Hulu Perak dan sebahagian mukim di Daerah Kuala Kangsar.[4]

Sejarah perwakilan[sunting | sunting sumber]

Ahli Parlimen untuk Ulu Kinta
Parlimen Tahun Ahli Parti Undian yang didapatkan Majoriti
Kawasan parlimen diciptakan dari Kinta Utara
Parlimen Persekutuan Tanah Melayu
ke-1 1959-1963 Chan Swee Ho (曾瑞豪) PPP 6,996 2,367
Parlimen Malaysia
ke-1 1963-1964 Chan Swee Ho (曾瑞豪) PPP 6,996 2,367
ke-2 1964-1969 Chin Foon (甄宽) Perikatan (MCA) 7,351 1,006
Parlimen digantung (1969-1971).[5][6]
ke-3 1971-1973 Chan Yoon Onn (陈源安) PPP 10,706 3,115
1973-1974 BN (PPP)
Kawasan parlimen dimansuhkan, digantikan dengan Kinta

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya umum Malaysia 1969
Parti Calon Undian % ∆%
PPP Chan Yoon Onn 10,706 58.51
Perikatan Chin Foon 7,591 41.49
Jumlah undian sah 18,297 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 841
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi 19,138 78.19
Pemilih berdaftar 24,475
Majoriti 3,115
PPP ambil alih dari Perikatan Unjuran ?
Pilihan raya umum Malaysia 1964
Parti Calon Undian % ∆%
Perikatan Chin Foon 7,351 46.33
PPP Chan Swee Ho 6,345 39.99
Barisan Sosialis Low Sin Yean 2,172 13.69
Jumlah undian sah 15,868 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 567
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi 16,435 83.30
Pemilih berdaftar 19,729
Majoriti 1,006
Perikatan ambil alih dari PPP Unjuran ?
Sumber
Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959
Parti Calon Undian % ∆%
PPP Chan Swee Ho 6,996 53.93
Perikatan K. C. Chan 4,629 35.68
Barisan Sosialis Yau Hong Seh 1,347 10.38
Jumlah undian sah 12,972 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 348
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi 13,320 73.40
Pemilih berdaftar 18,147
Majoriti 2,367
Kawasan pilihan raya ini baru diciptakan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Penyata Pilehanraya Umum Dewan Ra'ayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Neger12 Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak Tahun 1969" [Penyata Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bagi 12 Negeri Tanah Melayu (Malaysia), Sabah dan Sarawak Tahun 1969]. Surohanjaya Pilehanraya. Dicapai pada 19 November 2009.
  2. ^ Dieter Nohlen, Florian Grotz & Christof Hartmann (2001) Elections in Asia: A data handbook, Volume II, m/s 152. ISBN 0-19-924959-8
  3. ^ a b "Senarai chalun2 pilehan raya Dewan Parlemen Tanah Melayu" [Senarai calon-calon pilihan raya Dewan Parlimen Tanah Melayu]. Berita Harian. 16 Julai 1959. m/s. 3. Dicapai pada 15 Oktober 2010.
  4. ^ "The constituencies for general elections" [Kawasan pilihan raya untuk pilihan raya umum]. The Straits Times. 2 September 1958. m/s. 4. Dicapai pada 12 Januari 2021 – melalui eresources.nlb.gov.sg.
  5. ^ Ahmad Fauzi Mustafa (12 Mac 2012). "Hanya Yang di-Pertuan Agong ada kuasa panggil Parlimen bersidang". Utusan Online. Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-04. Dicapai pada 13 September 2020.
  6. ^ Penyata Rasmi Dewan Ra'ayat Parlimen Ketiga Penggal Parlimen Pertama (PDF) (Laporan). Parlimen Malaysia. Dicapai pada 2016-05-20.
  7. ^ "The line-up for Parliament: Perak" [Barisan Parlimen: Perak]. The Straits Times. 25 April 1965. m/s. 12. Dicapai pada 13 Oktober 2020.
  8. ^ "Malaysia General Election 1964 | Parliament - House of Representatives" [Pilihan Raya Umum Malaysia 1964 | Parlimen - Dewan Rakyat] (dalam bahasa Inggeris). Singapore Elections. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-25. Dicapai pada 12 Ogos 2021.
  9. ^ "Putusan2 penoh semua negeri" [Keputusan-keputusan penuh semua negeri]. Berita Harian. 21 Ogos 1959. m/s. 6. Dicapai pada 12 Januari 2021 – melalui eresources.nlb.gov.sg.
  10. ^ "All the Federal Election Results" [Semua Keputusan Pilihan Raya Persekutuan] (dalam bahasa Inggeris). Singapore Free Press. 20 Ogos 1959. m/s. 9. Dicapai pada 12 Januari 2021 – melalui eresources.nlb.gov.sg.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]