Ulu Perak (kawasan persekutuan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ulu Perak
Kawasan pilihan raya  Perak Darul Ridzuan
Kawasan parlimen yang tidak berfungsi
Badan perundanganDewan Rakyat
Kawasan pilihan raya diwujudkan1958
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan1974
Kali pertama dipertandingkan1959
Kali terakhir dipertandingkan1969

Ulu Perak ialah sebuah kawasan pilihan raya parlimen yang terletak di Perak Darul Ridzuan dalam negara Malaysia.[1] Ia telah diwakili oleh Dewan Rakyat pada tahun 1959 sehinggalah tahun 1974. Kawasan persekutuan Ulu Perak mengandungi dua buah kawasan pilihan raya negeri iaitu Grik dan Lenggong.[1]

Kawasan persekutuan ini pertama kali dipertandingkan pada tahun 1959 dan dimandatkan dengan mengembalikan seorang ahli parlimen kepada Dewan Rakyat Malaysia di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu. Sejak 1969, ahli parlimen untuk kawasan Ulu Perak ialah Mohamed Nor Mohd Dahan dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), yang juga merupakan sebahagian parti gabungan Parti Perikatan.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kawasan Ulu Perak terletak di timur laut negeri Perak yang juga bersempadan dengan negeri Kelantan Darul Naim. Pada 1969, kawasan Ulu Perak merupakan kawasan pilihan raya persekutuan terbesar di negeri Perak pada ketika itu. Walaubagaimanapun, kawasan Ulu Perak telah dihapuskan pada tahun 1974 dan kini ia telah digantikan dengan Gerik. Ulu Perak juga merupakan sebuah daerah di Perak, diberi nama sebagai Daerah Hulu Perak. Ia memiliki kod Parlimen iaitu P039. Kawasan parlimen ini juga telah wujud sejak negara Malaysia belum mencapai kemerdekaan iaitu pertama kali dipertandingkan pada 19 Ogos 1959.[2] Pada pilihan raya pertama Tanah Melayu 1959, sebanyak tiga calon telah bertanding di kerusi parlimen Ulu Perak. Mereka ialah Mohamed Nor Mohd Dahan dari Parti Perikatan, Tam Kim Seng dari parti Bebas dan Abdul Samad Md Noh dari Persatuan Islam Se-Malaya (kini Parti Islam Se-Malaysia). Mohamed Nor Mohd Dahan telah menang dan telah menewaskan dua calon lainnya dengan mendapatkan undian sebanyak 7,869.[3]

Kawasan parlimen Ulu Perak merangkumi Daerah Hulu Perak dan sebahagian mukim di Daerah Kuala Kangsar.[4]

Sejarah perwakilan[sunting | sunting sumber]

Ahli Parlimen untuk Ulu Perak
Parliamen Tahun Ahli Parti Undian yang didapatkan Majoriti
Kawasan parlimen diciptakan dari Sungei Perak Ulu
Parlimen Persekutuan Tanah Melayu
ke-1 1959-1963 Mohamed Nor Mohd Dahan Perikatan (UMNO) 7,869 4,089
Parlimen Malaysia
ke-1 1963-1964 Mohamed Nor Mohd Dahan Perikatan (UMNO) 7,869 4,089
ke-2 1964-1969 Mohamed Ghazali bin Jawi 12,846 9,831
Parlimen digantung (1969-1971).[5][6]
ke-3 1971-1973 Mohamed Nor Mohd Dahan Perikatan (UMNO) 13,013 7,889
1973-1974 Barisan Nasional (UMNO)
Kawasan parlimen dimansuhkan, digantikan dengan Gerik

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya umum Malaysia 1969
Parti Calon Undian % ∆%
Perikatan Mohamed Nor Mohd Dahan 13,013 65.63
PMIP Abdul Wahab Mohd Noor 5,124 25.84
Bebas Din Jusoh 1,691 8.53
Jumlah undian sah 19,828 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 1,044
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi 20,872 78.22
Pemilih berdaftar 26,684
Majoriti 7,889
Perikatan kekal Peralihan
Pilihan raya umum Malaysia 1964
Parti Calon Undian % ∆%
Perikatan Mohamed Ghazali Jawi 12,846 68.49
PMIP Aduan Alang Abdul Mutalib 3,015 16.07
UDP Tan Kim Seng 2,896 15.44
Jumlah undian sah 18,757 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 768
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi 19,525 84.26
Pemilih berdaftar 23,172
Majoriti 9,831
Perikatan kekal Peralihan
Sumber
Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959
Parti Calon Undian % ∆%
Perikatan Mohamed Nor Mohd Dahan 7,869 54.93
Bebas Tan Kim Seng 3,780 26.39
PMIP Abdul Samad Md Noh 2,677 18.69
Jumlah undian sah 14,326 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 183
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi 14,509 67.70
Pemilih berdaftar 21,430
Majoriti 4,089
Kawasan pilihan raya ini baru diciptakan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Penyata Pilehanraya Umum Dewan Ra'ayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Neger12 Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak Tahun 1969" [Penyata Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bagi 12 Negeri Tanah Melayu (Malaysia), Sabah dan Sarawak Tahun 1969]. Surohanjaya Pilehanraya. Dicapai pada 19 November 2009.
  2. ^ Dieter Nohlen, Florian Grotz & Christof Hartmann (2001) Elections in Asia: A data handbook, Volume II, m/s 152. ISBN 0-19-924959-8
  3. ^ a b "Senarai chalun2 pilehan raya Dewan Parlemen Tanah Melayu" [Senarai calon-calon pilihan raya Dewan Parlimen Tanah Melayu]. Berita Harian. 16 Julai 1959. m/s. 3. Dicapai pada 15 Oktober 2010.
  4. ^ "The constituencies for general elections" [Kawasan pilihan raya untuk pilihan raya umum]. The Straits Times. 2 September 1958. m/s. 4. Dicapai pada 12 Januari 2021 – melalui eresources.nlb.gov.sg.
  5. ^ Ahmad Fauzi Mustafa (12 Mac 2012). "Hanya Yang di-Pertuan Agong ada kuasa panggil Parlimen bersidang". Utusan Online. Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-04. Dicapai pada 13 September 2020.
  6. ^ Penyata Rasmi Dewan Ra'ayat Parlimen Ketiga Penggal Parlimen Pertama (PDF) (Laporan). Parlimen Malaysia. Dicapai pada 2016-05-20.
  7. ^ "The line-up for Parliament: Perak" [Barisan Parlimen: Perak]. The Straits Times. 25 April 1965. m/s. 12. Dicapai pada 13 Oktober 2020.
  8. ^ "Malaysia General Election 1964 | Parliament - House of Representatives" [Pilihan Raya Umum Malaysia 1964 | Parlimen - Dewan Rakyat] (dalam bahasa Inggeris). Singapore Elections. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-25. Dicapai pada 12 Ogos 2021.
  9. ^ "Putusan2 penoh semua negeri" [Keputusan-keputusan penuh semua negeri]. Berita Harian. 21 Ogos 1959. m/s. 6. Dicapai pada 12 Januari 2021 – melalui eresources.nlb.gov.sg.
  10. ^ "All the Federal Election Results" [Semua Keputusan Pilihan Raya Persekutuan] (dalam bahasa Inggeris). Singapore Free Press. 20 Ogos 1959. m/s. 9. Dicapai pada 12 Januari 2021 – melalui eresources.nlb.gov.sg.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]