Umairah (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Umairah
GenreDrama
Cinta
Ditulis olehEja Lorena
PengarahAlong Kamaludin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Demi Cinta" oleh Ezad Lazim
Lagu penutup"Demi Cinta" oleh Ezad Lazim
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutifAfzal Sarwar
Penerbit
  • Arni Idris
  • Shahrom Kamaludin
Penyunting
  • Khairul Anuar Che Zabri
  • Nani Johari
SinematografiJefri Rosli
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Layar Ceritera
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal25 Oktober 2016 – 29 November 2016
Kronologi
MengikutiPatahnya Sebelah Sayap
Diikuti olehLara Cinta Ameena

Umairah ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 dibintangi oleh Lufya Omar sebagai watak tajuk bersama-sama dengan barisan pelakon ensembel. Siri ini memulakan tayangan perdana di slot Samarinda TV3 daru 25 Oktober 2016 hingga 29 November 2016 menggantikan Patahnya Sebelah Sayap.[1]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang liku-liku perjalanan hidup yang dilalui oleh seorang wanita bernama Puteri Nur Umairah Dato Amir. Puteri sulung kepada seorang jutawan dan usahawan terkenal iaitu Dato’ Amir yang juga pemilik syarikat perkapalan terkemuka negara, Garuda Global. Ibunya Datin Sumaiyyah meninggal dunia ketika melahirkan adiknya, Puteri Nur Sabrina. Umairah dan Sabrina dibesarkan oleh papa mereka, Dato’ Amir dan pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Tokma. Perlakuan dan sifat Umairah dan Sabrina ketara berbeza. Umairah gadis yang lemah lembut dan bersopan santun serta penyabar. Manakala Sabrina pula kasar perlakuannya, suka memberontak dan lebih agresif. Namun dia sangat rapat dan sayangkan kakaknya.

Umairah sabar dan tabah dalam menghadapi pelbagai ujian. Bagaimana dia mencari kebenaran diatas apa yang terjadi pada adiknya Puteri Nur Sabrina. Bagaimana dia bangkit dari kekecewaan apabila melihat cinta hatinya Adam berkahwin dengan orang lain. Malah dirinya sendiri telah dijodohkan dengan orang kepercayaan ayahnya iaitu Shahrizal. Siapakah Shahrizal ni sebenarnya?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Umairah (TV3) My Infotaip (27 Oktober 2016). Dicapai pada 31 Mei 2017.
  2. ^ Umairah (2016): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 20 Mei 2018.
: Samarinda, Isnin - Rabu 10:00 Malam
Sebelumnya Umairah (drama) Berikutnya
Patahnya Sebelah Sayap Lara Cinta Ameena