Umaiyyah bin Khalaf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Umaiyyah bin Khalaf bin Safwan[1] merupakan seorang yang berbangsa Arab jahiliyah dan merupakan ketua kaum Bani Jumah. Beliau paling diingati kerana kekejamannya menyeksa Bilal bin Rabah, salah seorang daripada hamba sahayanya. Ini kerana Bilal telah memeluk agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau diriwayatkan mengadakan hubungan sulit dengan Layla binti Harmalah [2]

Anak lelakinya, Safwan bin Umayah, memeluk agama Islam selepas penaklukan Mekah oleh orang-orang Islam.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Sebelum datangnya Islam, dia merupakan seorang kawan kepada Sa'ad ibn Mua'dh. Dengan kedatangan Islam, dia mula menindas nabi Muhammad dan para Muslimin yang lain, misalnya Bilal, yang diseksa oleh Umayyah dengan penuh seksaan.

Pada suatu masa, sebelum berlakunya Perang Badar, Sa'ad ibn Mua'dh, ketua Bani Aus melawat Mekah untuk menunaikan umrah bersama dengan Umayah ibn Khalaf, rakan lamanya yang tidak memeluk Islam tidak seperti Sa'ad. Pada satu hari, Sa'ad dan Umayah kedua-duanya berada dalam perjalanan ke Kaabah untuk menunaikan tawaf, apabila mereka bertembung dengan Abu Jahl.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sahih Bukhari "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-28. Dicapai pada 2007-01-02.CS1 maint: archived copy as title (link)
  2. ^ http://www.holynajaf.net/eng/html/nahjulbalaga/179.htm