Umi Kalthum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Datin
Umi Kalthum
UmiKalthum.jpg
Umi Kalthum pada 2011
Kelahiran Patimah Bte Bahaudin
18 Oktober 1932(1932-10-18)
Kampung Tengah, Lenggeng, Negeri Sembilan Negeri Sembilan, Malaya British, (kini Malaysia Malaysia)
Meninggal dunia 24 Julai 2013 (umur 80)
Taman Melawati, Klang, Selangor Selangor, Malaysia Malaysia
Perkuburan Tanah Perkuburan Islam Klang Gate
Warganegara Malaysia
Nama lain Umi Kalthum
Etnik Melayu
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 1959-2001
Terkenal kerana Bawang Putih Bawang Merah
Agama Islam
Pasangan S. Roomai Noor (1953-1996)
Anak Noorkumalasari
Ibu bapa Rokiah Sutan Mohd Zain (ibu)
Bahaudin Baginda Mohd Aris (bapa)
Saudara Anita Sarawak (anak tiri)

Datin Hajjah Patimah Bte Bahaudin atau lebih dikenali sebagai Datin Hajjah Umi Kalthum (18 Oktober 1932 - 24 Julai 2013) merupakan seniwati filem Melayu klasik. Datin Umi Kalthum merupakan kelahiran Negeri Sembilan.

Pembabitannya dalam bidang perlakonan bermula ketika beliau melawat Singapura dengan seorang teman bernama Siti pada 1951. Ketika di sana, beliau telah ditawarkan peranan oleh pengusaha filem veteran, Ho Ah Loke. Sehubung dengan itu Umi Kalthum muncul dalam filem awalnya seperti Dahlia, Buluh Perindu dan Kampung Nelayan.

Sewaktu berada di Singapura, Umi dan ibunya diberi layanan baik oleh keluarga Ah Loke malah pernah tinggal di rumah mereka selama setahun. Kebetulan, Ah Loke berkawan rapat dengan suaminya, Allahyarham Datuk S Roomai Noor. Atas dasar persefahaman jugalah kedua-dua mereka menubuhkan Keris Film yang akhirnya berkembang menjadi Cathay-Keris.

Umi Kalthum pernah dipilih majalah antarabangsa terkemuka, Life sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di seluruh Singapura dan Malaya. Umi Kalthum juga merupakan ibu kepada pelakon Noor Kumalasari dan ibu tiri kepada Anita Sarawak.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau (81 tahun) meninggal dunia dalam keadaan tidur di rumah anak sulungnya, Noraini Jaafar di Taman Melawati, Hulu Klang, kira-kira jam 4 pagi pada 24 Julai 2013/15 Ramadhan 1434H.[1][2][3]

Filem[sunting | sunting sumber]

Umi Kalthum bersama P. Ramlee dalam filem Bukan Salah Ibu Mengandong

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. SENIWATI UMI KALTHUM KEMBALI KE RAHMATULLAH Sinar FM
  2. TAKZIAH... Seniwati Umi Kalthum kembali ke Rahmatullah manggaonline
  3. "Veteran actress Umi Kalthum dies". New Straits Times. 24 Julai 2013. Dicapai pada 29 Julai 2013.  Check date values in: |access-date= (bantuan)