Umpan klik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Umpan klik (bahasa Inggeris: clickbait) adalah suatu istilah pejoratif merujuk kepada kandungan dalam web yang ditujukan untuk mendapatkan penghasilan iklan dalam talian, terutamanya dengan mengabaikan mutu atau ketepatan kandungan melalui kebergantungan kepada tajuk sensasi atau gambar yang menarik mata guna mengundang klik-tayang (click-through) dan mendorong penerusan bahan tersebut melalui rangakaian sosial dalam talian.

Tajuk "umpan klik" umumnya bertujuan mengeksploitasi "jurang keingintahuan" (curiosity gap) dengan hanya memberi maklumat yang cukup membuat berasa ingin tahu, tetapi tidak cukup untuk memenuhi rasa ingin tahu tersebut tanpa mengklik pada pautan yang diberikan. [1][2][3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Derek Thompson (14 November 2013). "Upworthy: I Thought This Website Was Crazy, but What Happened Next Changed Everything". The Atlantic.
  2. ^ Katy Waldman (May 23, 2014). "Mind the 'curiosity gap': How can Upworthy be 'noble' and right when its clickbait headlines feel so wrong?". National Post.
  3. ^ Emily Shire (14 Julai 2014). "Saving Us From Ourselves: The Anti-Clickbait Movement". The Daily Beast.