Undan (buruj)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Buruj
Cygnus
Nama Latin Cygnus
Singkatan Cyg
Genitif Cygni
Sebutan /signus/, genitif /signi/
Simbolisme Undan, Angsa, atau Palang Utara
Pencerapan
(Epok J2000)
Jarak hamal 20.62
Keserongan +42.03
Sukuan NQ4
Keluarga Herkules
Keluasan 804 darjah persegi (ke-16)
Bintang
Bintang utama 9
Bintang Bayer/Flamsteed 84
Bintang dengan planet 97
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) 4
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
1
Bintang paling terang Deneb (α Cyg) (1.25m)
Bintang terhampir 61 Cyg
(11.36 tc, 3.48 pc)
Objek
Objek Messier 2
Pancuran meteor Pancuran Undan Oktober
Pancuran Undan Kapa
Buruj bersempadan Cepheus
Draco (Naga)
Lyra (Lira)
Vulpecula (Rubah)
Pegasus (Kuda Terbang)
Lacerta (Cicak)
Nota
Boleh dilihat pada garis lintang antara +90° dan −40°.
Penglihatan terbaik pada 21:00 (9:00 malam) ketika bulan September.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Undan, Angsa, Palang Utara, Salib Utara, atau Cygnus (Cyg) ialah sebuah buruj utara yang terletak pada satah Bimasakti, mendapat namanya daripada perkataan bahasa Yunani yang dilatinkan untuk swan. Buruj ini merupakan salah sebuah buruj yang paling boleh kecam pada musim panas dan musim luruh utara. Buruj ini menonjolkan asterisme prominen yang dikenali sebagai Palang Utara (berlawanan dengan Palang Selatan). Cygnus merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden.

Cygnus mengandungi Deneb, salah sebuah bintang paling cerah di langit malam dan salah satu sudut bagi Segi Tiga Musim Panas, serta sesetengah sumber sinar-X dan sekutuan bintang gergasi Cygnus OB2. Salah sebuah bintang daripada sekutuan ini, NML Cygni, ialah salah sebuah bintang paling besar yang diketahui setakat ini. Buruj ini juga merumahkan Cygnus X-1, sebuah bintang dedua sinar-X yang jauh yang mengandungi sebuah raksasa super dan pendamping masif yang tidak terlihat yang merupakan objek pertama yang banyak disangkakan sebagai lohong hitam. Banyak sistem bintang dalam Cygnus mempunyai planet yang diketahui kerana Misi Kepler mencerap satu tompok di langit, tompok yang merupakan kawasan di sekitar Cygnus. Sebagai tambahan, kebanyakan bahagian timur Cygnus didominasi oleh Tembok Besar Herkules–Mahkota Utara, sebuah filamen galaksi gergasi yang merupakan struktur terbesar yang diketahui di alam semesta boleh cerap; melitupi hampir keseluruhan langit utara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikisource-logo.svg
Wikisource mempunyai sumber asli 1911 Encyclopædia Britannica teks berkaitan kepada: Cygnus.

Templat:Bintang dalam Cygnus

Koordinat: Peta langit 20h 37m 12s, +42° 01′ 48″