Undang-undang Uthmaniyyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Terdapat tiga jenis sistem perundangan di dalam Empayar Uthmaniyyah: satu bagi orang Islam (qadi), satu bagi orang bukan Islam, dan satu bagi perdagangan. Undang-undang tertinggi empayar ini ialah Undang-Undang Kanun. Mahkamah utama dalam empayar ini ialah Mahkamah Syariah. Pentadbiran tempatan adalah salah satu cara untuk menyamaratakan kuasa pusat dan tempatan.[1]

Terdapat dua sistem kehakiman iaitu Undang-Undang Syariah dan Undang-Undang Kanun. Tidak berlaku percampuran kuasa bagi masalah agama yang lain. Undang-undang Syariah ialah berdasarkan al-Quran dan hadith. Undang-undang kanun (juga dikenali sebagai Undang-undang sivil) ialah undang-undang yang ditetapkan oleh sultan. Kedua-dua sistem ini diajar di sekolah undang-undang yang wujud di Bursa dan Istanbul. Mahkamah diuruskan oleh seorang kadi yang dilantik sultan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lauren A. Benton, Kebudayaan Kolonial dan Undang-Undang: Sejarah Dunia, 1400–1900", m/s 109–110