Undang Rembau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Undang Rembau perlantikan Undang Rembau adalah dipilih daripada calon-calon dalam suku Biduanda. Di Rembau ada dua suku Biduanda yang menjadi waris perlantikan Undang iaitu Waris Jakun dan Waris Jawa. Waris Jakun adalah keturunan daripada Dato' Lela Balang yang bergelar Dato' Lela Maharaja. Manakala Waris Jawa pula adalah keturunan daripada Dato' Laut Dalam yang bergelar Dato' Sedia Raja. Pemilihan Undang Rembau adalah mengikut giliran kepada dua suku waris ini.

Undang Rembau pada masa ini telah dilantik pada tahun 1999 daripada keturunan Waris Jakun. Dato' Mohamaad Sharif bin Othman yang lahir pada tahun 1941 adalah Undang Luak Rembau yang ke-21.