Unique Ingredient Identifier

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Unique Ingredient Identifier (UNII, Pengecam Ramuan Unik) ialah sistem pengecam nombor-abjad yang dikaitkan dengan struktur molekul suatu bahan atau maklumat deskriptif dan dihasilkan oleh Sistem Pendaftaran Bahan Global (GSRS) di bawah Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA). Pengecam ini mengelaskan suatu bahan sebagai bahan kimia, protein, asid nukleik, polimer, bahan pelbagai struktur atau campuran[1][2] berdasarkan piawaian yang digariskan oleh Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa dalam ISO 11238[3] dan ISO DTS 19844.[4] UNII tidak berhak milik, unik, tidak samar, dan bebas diterbitkan serta digunakan.[2] UNII dapat diterbitkan terhadap bahan-bahan pada sebarang tahap kerumitan, dan tertakluk kepada "sebarang bentuk bahan, dari atom ke organisma."[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Substance Registration System - Unique Ingredient Identifier (UNII)". fda.gov.
  2. ^ a b Peryea, Tyler; Southall, Noel; Miller, Mitch; Katzel, Daniel; Anderson, Niko; Neyra, Jorge; Stemann, Sarah; Nguyễn, Ðắc-Trung; Amugoda, Dammika; Newatia, Archana; Ghazzaoui, Ramez (2020-11-02). "Global Substance Registration System: consistent scientific descriptions for substances related to health". Nucleic Acids Research. doi:10.1093/nar/gkaa962. ISSN 1362-4962. PMID 33137173.
  3. ^ 14:00-17:00. "ISO 11238:2018". ISO (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-11-25.CS1 maint: numeric names: authors list (link)
  4. ^ 14:00-17:00. "ISO/TS 19844:2018". ISO (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-11-25.CS1 maint: numeric names: authors list (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]