Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
اونيت ڤمودنان تدبيران دان ڤرانچڠن ڤڠوروسن مليسيا
Coat of arms of Malaysia.png
Kerajaan Malaysia
Logo MAMPU.jpg
Jabatan Perdana Menteri.jpg
Gambaran keseluruhan
Dibentuk1966; 55 tahun yang lalu (1966)
JenisKerajaan
Ibu pejabatAras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya
Kakitangan970 (2018)
Belanjawan tahunanMYR 104,367,900 (2018)
Eksekutif Kerajaan
  • Mazlan Yusoff, Ketua Pengarah
Agensi induk
Jabatan Perdana Menteri Malaysia
Tapak webwww.mampu.gov.my

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Tulisan Jawi: اونيت ڤمودنان تدبيران دان ڤرانچڠن ڤڠوروسن مليسيا; singkatan: MAMPU) adalah agensi kerajaan Malaysia. dibawah Jabatan Perdana Menteri Ketua Pengarah terkini adalah Datuk Normah binti Md Yusof ( 1 Jun 2007 - Sekarang)

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

MAMPU ditubuhkan hasil daripada Laporan 'Development Administration in Malaysia' oleh Prof. John D. Montgomery dan Milton J. Esman yang memperakukan peningkatan profesionalisme melalui program-program pendidikan dan latihan bagi semua lapisan kakitangan dalam perkhidmatan awam.

Atas cadangan laporan yang sama, maka pada tahun 1966, Unit Pentadbiran Pembangunan (DAU) ditubuhkan yang bertanggungjawab dalam pengembangan usaha-usaha pembaikan pembaharuan pentadbiran Kerajaan. DAU kemudiannya dikembangkan menjadi ICDAU yang berfungsi untuk menyelaras projek-projek pembangunanserta pembangunan serta perncangan tenaga manusia.

Selaras dengan perkembangan pentadbiran awam yang pesat lagi dinamik, ICDAU kemudiannya telah disusun semula pada tahun 1977. Fungsi penyelarasan pelaksanaan projek-projek pusat diserahkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan fungsi Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia diambil oleh agensi baru yang dikenali sebagai Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Visi[sunting | sunting sumber]

  • Penggerak dan peneraju transformasi penawaran perkhidmatan awam menjelang tahun 2020

Misi[sunting | sunting sumber]

  • Memperkasakan transformasi penawaran perkhidmatan yang berpaksikan rakyat melalui pembangunan pengurusan organisasi dan pelaksanaan Kerajaan Digital ke arah penawaran perkhidmatan awam yang cekap dan berkesan

Moto[sunting | sunting sumber]

  • Bersama-sama Melaksanakan Transformasi

Peranan[sunting | sunting sumber]

  • MAMPU memainkan peranan penting dalam memacu, merintis dan mentransformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam. Sebagai agensi pusat bagi pemodenan pentadbiran dan transformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam, MAMPU melaksanakan enam (6) peranan utama iaitu sebagai:
    • Penggerak dan peneraju pemodenan pentadbiran dan pengurusan bagi perkhidmatan awam.
    • Perancang dan peneraju dalam pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi perkhidmatan awam.
    • Pakar runding dalam pengurusan organisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) perkhidmatan awam.
    • Pemudah cara bagi pelaksanaan pemodenan sistem penyampaian perkhidmatan awam.
    • Penyelidik pemodenan tadbiran dan perancangan pengurusan perkhidmatan awam.
    • Pelaksana promosi sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]