Unit Udara PDRM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Unit Udara PDRM

Unit Udara PDRM (UUP) merupakan unit khusus Polis Diraja Malaysia yang berperanan besar dalam tugas-tugasnya menjaga keselamatan negara dengan melalui pengawasan dan rondaan dari udara serta membantu agensi keselamatan negara yang lain.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan pada bulan Februari 1978, apabila kabinet telah memberi kelulusan kepada PDRM untuk menubuhkan unit tersebut dan menetapkan semua pesawat udara milik PDRM di daftarkan dibawah pendaftaran sivil. Unit Udara PDRM ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1979 dan gelaran Komander Unit Udara pada masa itu dikenali Allahyarham DSP Mohd Noor Bin Jamari sebagai Ketua Unit Udara dengan perolehan empat unit pesawat udara jenis Cessna 206 G. Pada 7 April 1980, UUP memulakan operasi penerbangannya di Semenanjung Malaysia.

Peranan[sunting | sunting sumber]

Peranan UUP adalah bertujuan untuk membuat pengawasan dari udara di kawasan pantai dan pendalaman terhadap kegiatan lanun, penyeludupan dan lain-lain kegiatan jenayah. Selain dari itu UUP juga bertanggung jawab membantu semua cawangan dalam PDRM secara pemerhatian melalui udara. Unit ini juga bertanggung jawab membuat penerbangan ehsan dan membawa orang-orang kenamaan. Kini UUP memiliki 6 buah helikopter, 6 buah pesawat jenis Caravan, 5 buah pesawat jenis Pilatus PC-6 dan 3 buah pesawat jenis Cessna U20G. Mempunyai sebuah pusat latihan di Ipoh, Perak dan tiga buah pangkalan operasi. Pangkalan pangkalan tersebut terletak di Unit Udara, Pangkalan Udara Kuala Lumpur, Pangkalan Unit Udara Sabah, Kota Kinabalu dan Pangkalan Unit Udara Sarawak di Kuching, Sarawak.

Senarai Pegawai Pemerintah UUP[sunting | sunting sumber]

Senarai Pegawai Memerintah Unit Udara PDRM
Nama Pegawai Tarikh Perkhidmatan Jawatan
Deputy Superintendant Polis Mohd Noor bin Jamari 1 Mei 1978 - 16 Jun 1988 Ketua Unit Udara pertama UUP
Deputy Superintendant Polis Larry Chung Yun Joo 17 Jun 1988 - 28 Mei 1990 menggantikan DSP. Mohd Noor bin Jamari
Assistant Commissioner of Police Ali Hanafiah bin Hashim 29 Mei 1990 - 15 Mac 1995 Ketua Unit Udara -3
Assistant Commissioner of Police Syed Hussein bin Syed Mohd 16 Mac 1995 - 5 Julai 2002 Komander Unit Udara
Senior Assistant Commissioner II of Police Dato' Abdul Rahman bin Hashim 6 Julai 2002 - 2006 Komander Unit Udara ke 5
Senior Assistant Commissioner of Police, Dato' Chua Ghee Lye 2006 - 2011 Komander Unit Udara ke 6
Senior Assistant Commissioner of Police, Kamarulzaman B. Md Jan 2011 - 2015 Komander Unit Udara ke 7

Jenis pesawat[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa jenis pesawat udara yang digunakan oleh UUP dan ia terdiri daripada:-

  1. Cessna 208 Caravan I
  2. Cessna 206 G (sudah ditarik balik penggunaan)
  3. Pilatus Porter PC-6 B2H4
  4. Ecureuill AS 355 F2
  5. Ecureuill AS 355 N
  6. Bell Long Ranger
  7. Beechcraft King Air 350
  8. Cessna 172 SP (Di gunakan dalam latihan asas kursus PPL)
  9. AgustaWestland AW139

(Ihsan:Polis Diraja Malaysia)


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.