United States v. Windsor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
United States v. Windsor
Dihujah 27 Mac, 2013
Berkeputusan 26 Jun, 2013
Nama penuh kesUnited States, Petitioner v. Edith Schlain Windsor, in Her Capacity as Executor of the Estate of Thea Clara Spyer, et al.
No. doket[[[:Templat:SCOTUS URL Docket]] 12-307]
Sejarah terdahuluDOMA dinyatakan tidak konstitusional sub. nom. Windsor v. United States, 833 F. Supp. 2d 394 (S.D.N.Y. 2012); Affirmed, 699 F.3d 169 (2d Cir. 2012)
PerdebatanHujah lisan
Pengumuman PendapatPengumuman pendapat
Induk
Bab 3 Akta Pembelaan Perkahwinan, yang menakrifkan perkahwinan hanya untuk seorang lelaki dan seorang wanita di peringkat persekutuan, dianggap tidak berperlembagaan berdasarkan jaminan perlindungan yang sama terhadap Pindaan Perlembagaan Adil Fasal Kelima Perlembagaan Amerika Syarikat. Kerajaan persekutuan mesti mengiktiraf perkahwinan sesama jenis yang telah disetujui oleh negeri itu.
Keahlian mahkamah
Pendapat kes
MajoritiKennedy, diikuti oleh Ginsburg, Breyer, Sotomayor, Kagan
Perbezaan pendapatRoberts
Perbezaan pendapatScalia, diikuti Thomas; Roberts (bahagian I)
Perbezaan pendapatAlito, diikuti Thomas (bahagian II, III)
Undang-undang digunakan
Perkara Tiga Perlembagaan Amerika Syarikat, Pindaan Kelima Perlembagaan Amerika Syarikat, Akta Pembelaan Perkahwinan § 3

United States v. Windsor, 570 U.S. ___ (2013) ialah kes di Mahkamah Agung Amerika Syarikat yang berkaitan dengan pengakuan perkahwinan sesama jantina di peringkat persekutuan.[1][2][3] Dalam kes ini, Mahkamah Agung Amerika Syarikat memutuskan bahwa Bab 3 Akta Pembelaan Perkahwinan (DOMA) tidak berperlembagaan kerana pembatasan definisi "perkahwinan" dan "pasangan" di peringkat persekutuan dianggap melanggar Klausa Proses Keadilan Pindaan Kelima Perlembagaan Amerika Syarikat.[4]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Edith Windsor dan Thea Spyer merupakan pasangan sejenis yang menetap di New York dan mereka secara sah berkahwin di Toronto, Ontario, Kanada, pada tahun 2007. Kemudian, pada tahun 2008, negara bahagian New York mengiktiraf perkahwinan mereka susulan keputusan hakim. Spyer meninggal pada usia 77 tahun pada tahun 2009 dan mewariskan hartanya kepada Windsor. Windsor ingin meminta pengecualian cukai untuk pewaris dari pasangan yang sudah meninggal. Namun, beliau tidak dapat memperoleh pengecualian cukai akibat Bab 3 DOMA yang mengatur bahawa istilah "pasangan" hanya berlaku untuk perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang wanita. Internal Revenue Service memutuskan bahwa pengecualian cukai tidak berlaku untuk perkahwinan sesama jenis dan mengharuskan Windsor untuk membayar pajak sebesar $363.053.

Pada 9 November 2010, Windsor menuntut pemerintah persekutuan di mahkamah daerah selatan New York dan meminta ganti rugi.[5] Pada 23 Februari 2011, Pada 23 Februari 2011, Peguam Negara Eric Holder mengumumkan bahawa Jabatan Keadilan Amerika Syarikat tidak akan berusaha mengekalkan ketetapan Bab 3 DOMA. Namun, pada 18 April 2011, Paul Clement yang mewakili Kumpulan Penasihat Undang-Undang Bipartisan (BLAG) campur tangan untuk mempertahankan undang-undang. Pada 6 Jun 2012, Hakim Barbara S. Jones memutuskan bahawa BAB 3 DOMA tidak berperlembagaan kerana melanggar jaminan proses adil Pindaan Kelima[6] dan memerintahkan agar kerajaan pusat mengembalikan cukai warisan yang telah dibayar bersama dengan faedah. Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat[7] kemudian mempertahankan keputusan mahkamah daerah pada 18 Oktober 2012.

BLAG lalu membawa kes ini ke Mahkamah Agung Amerika Syarikat. Pada 26 Jun 2013, Mahkamah Agung Amerika Syarikat dalam keputusan 5–4 menyatakan bahawa Bab 3 DOMA tidak berperlembagaan.[8] Pada hari yang sama, mahkamah juga mengeluarkan keputusan 5-4 dalam kes Hollingsworth v. Perry yang berkaitan dengan inisiatif pindaan perlembagaan California yang melarang perkahwinan sesama jenis. Keputusan tersebut secara berkesan membenarkan perkahwinan sesama jenis di negara itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pete Williams and Erin McClam (June 26, 2013). "Supreme Court strikes down Defense of Marriage Act, paves way for gay marriage to resume in California". NBC News. Dicapai pada June 29, 2013.
  2. ^ Liptak, Adam (June 26, 2013). "Supreme Court Bolsters Gay Marriage With Two Major Rulings". The New York Times. Dicapai pada June 29, 2013.
  3. ^ Mears, Bill (June 27, 2013). "Supreme Court strikes down federal provision on same-sex marriage benefits". CNN. Dicapai pada June 29, 2013.
  4. ^ How The Court Ruled on DOMA and Prop. 8, by Richard Socarides, The New Yorker, June 26, 2013
  5. ^ "Complaint: Windsor v. United States" (PDF). aclu.org. m/s. 21. Dicapai pada June 27, 2013.
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-13. Dicapai pada 2020-07-23.
  7. ^ "Archived copy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada January 8, 2013. Dicapai pada 2012-10-18.CS1 maint: archived copy as title (link)
  8. ^ United States v. Windsor, 570 U.S. ___ (June 26, 2013), (Docket No. 12-307). Diakses 26 Juni 2013.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]