Universiti Binghamton

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Universiti Binghamton
State University of New York at Binghamton
Binghamton University logo.svg
MotoFrom breadth through depth to perspective
JenisUniversiti penyelidikan awam
Ditubuhkan pada1946
CanselorHarvey G. Stenger
Pelajar17292
LokasiVestal, Amerika Syarikat
KampusLuar bandar, 3.59 km2
PenggabunganUniversiti Negeri New York
Laman webwww.binghamton.edu

Universiti Negeri New York di Binghamton, biasanya dikenali sebagai Universiti Binghamton ialah universiti penyelidikan awam dengan kampus di Binghamton, Vestal dan Bandar Johnson di New York, Amerika Syarikat.

Universiti Binghamton ditubuhkan pada tahun 1946 di Endicott, New York dengan nama Kolej Triple Cities untuk berkhidmat kepada askar tempatan yang pulang daripada Perang Dunia ke-2.[1] Binghamton merupakan salah 1 daripada 4 pusat universiti Sistem Universiti Negeri New York (SUY) dan ditadbir Lembaga Atasan. Binghamton berkembang sehingga ada 120 bangunan, termasuk penambahan terbaru melalui rancangan modal SUNY yang bernilai $2.2 bilion. Pada tahun 2018, terdapat 14021 orang pelajar prasiswazah dan 3747 orang pelajar pascasiswazah yang didaftar di Universiti Binghamton, dengan 768 ahli fakulti sepenuh masa dan nisbah pelajar kepada pengajar ialah 20:1. 84% daripada pelajar prasiswazah di Binghamton ialah penghuni negeri New York, dengan lebih daripada 60% daripada kawasan Bandar New York dan selebihnya dari seluruh negeri. Universiti ini dikhaskan sebagai pertubuhan penyelidikan maju dengan bahagian penyelidikan, yayasan penyelidikan berkecuali, beberapa pusat penyelidikan seperti Pusat Kecemerlangan Negeri New York dan kerjasama dengan pertubuhan lain. Persatuan-persatuan pelajar di Binghamton dikendalikan dan diurus melalui Persatuan Pelajar di Universiti Binghamton.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "History". Binghamton University, State University of New York. Dicapai October 6, 2014.