Universiti Global Handong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Universiti Global Handong 
한동대학교
Fail:HGUseal.png
Moto“Why Not Change the World?”
JenisSwasta
Ditubuhkan pada1995
PresidenJang Soon-Heung
Staf akademik
130
Staf pentadbiran
78
Siswazah5,599 (2015)
Ijazah/Sarjana420 (2015)
Lokasi,
Gyeongsang Utara
,
Korea Selatan
KampusLuar bandar
Nama samaranHGU
MaskotBurung camar
Laman sesawangwww.handong.edu

Universiti Global Handong (Hangul: 한동대학교, Hanja: 韓東大學校) adalah sebuah universiti Kristian swasta yang berprogram empat tahun dan terletak di Pohang, wilayah Gyeongsang Utara, Korea Selatan.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Universiti ini mempunyai sekitar 5,000 pelajar yang berasal daripada hampir 30 negara berlainan. Program antarabangsa ditawarkan pada tahap pascasiswazah atau ijazah sarjana dan siswazah.

Program siswazah dibahagikan kepada dua belas sekolah atau fakulti:

Walaupun universiti menawarkan kira-kira 40% kursus dalam Bahasa Inggeris pada setiap semester, pelajar asing yang berbahasa Inggeris boleh mengambil jurusan seperti berikut:

  • Teknologi Maklumat, 
  • Pengurusan dan Perniagaan Global, 
  • Undang-Undang AS dan Antarabangsa,
  • Psikologi dan Kaunseling, dan 
  • Pengajian Korea

Bagi menjadi graduan, pelajar haruslah melengkapkan 130 kredit, termasuk 66 kredit bagi jurusan utama, 27 kredit pengajian am asas, 20 kredit pengajian am global, 12 kredit Bahasa Korea, dan 17 kredit kursus pilihan. Kehadiran bagi kapel selama enam semester, kursus wajib bagi latihan kepimpinan, dan perkhidmatan sosial termasuk dalam kategori pengajian am asas.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Universiti ini diasaskan pada Disember 1994 oleh Song Tae-Hun, pemilik sebuah syarikat bersaiz sederhana yang telah menderma tanah dan dana bagi menubuhkan universiti Kristian ini. Beliau telah menjemput Dr. Kim Young-Gil untuk menjadi presiden pertama. Dr. Kim merupakan seorang pemimpin Kristian yang pernah bekerja sebagai saintis penyelidikan di NASA dan juga sebagai profesor di Institut Lanjutan Sains dan Teknologi Korea (KAIST).[1]

Universiti ini menghadapi pelbagai cabaran pada permulaannya apabila syarikat pengasas universiti muflis sementara Presiden Kim masih menjalankan proses merekrut beberapa profesor dan pelajar. Penduduk Pohang juga pada mulanya menentang universiti ini kerana inginkan universiti menumpukan perhatian kepada penduduk Pohang sahaja. Apabila mengetahui bahawa universiti ini merupakan institut pengajian Kristian yang merekrut pelajar dari seluruh negara Korea, penduduk Pohang menentang penubuhan universiti ini. Hal berikut telah membawa kepada beberapa tuntutan mahkamah, di mana Presiden Kim telah dituduh menggunakan subsidi kerajaan untuk tujuan yang tidak diluluskan secara rasmi. Beliau telah dibebaskan selepas menghabiskan 56 hari di penjara.

Oleh kerana masalah kekurangan kewangan, universiti menghadapi pelbagai krisis muflis. Presiden Kim dan naib presiden telah melawat beberapa gereja dan bertemu dengan orang Kristian di Korea dan luar negara untuk meminta derma. Pastor Gereja Komuniti Onnuri (Seoul) telah menjadi pengerusi lembaga Universiti Handong dan telah membantu menjalinkan hubungan rapi antara kedua institusi tersebut. Presiden Kim telah menderma gaji pemutusan beliau daripada KAIST bagi membantu universiti ini. Selain itu, ramai profesor juga terpaksa bekerja tanpa bayaran gaji selama beberapa bulan. Walaubagaimanapun, universiti ini berjaya memenangi projek pendidikan kerajaan dan berupaya beroperasi dalam aspek kewangan setelah dinilai sebagai reformatif dalam pendidikan oleh Kementerian Pendidikan.

Dengan pelabagai kursus komputer dan Inggeris, universiti ini menjadi terkenal di kalangan perekrut syarikat besar. Pada tahun 2007, Universiti Handong telah menyertai program University Twinning and Networking (UNITWIN) yang dilancarkan oleh UNESCO.[2] Universiti ini terpilih sebagai institut “Advanced College Education (ACE)” oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 2010 dan 2011. [3] Universiti juga dicalonkan sebagai salah satu daripada 10 hub universiti "United Nations Academic Impact (UNAI)" pada tahun 2010. [4][5] Sebagai sebuah hub global UNAI bagi pembinaan keupayaan dalam pendidikan tinggi, universiti ini telah mencipta sejarah pada 2017 bagi Institut Pendidikan Global Ban Ki-moon (GEI)[6][7]

Pada tahun 2014, Dr. Chang Soon-Heung telah dirasmikan sebagai presiden kedua Universiti Handong Global. Selepas Presiden Chang mengambil alih jawatannya, beliau mengumumkan objektif utama universiti yang dinamakan sebagai "Sepuluh Projek yang Mengubah Dunia,".[8]

Bantuan kewangan[sunting | sunting sumber]

Universiti Handong Global menghulurkan perakuan bantuan dan biasiswa akademik bagi pelajar yang berasal dari negara membangun atau mempunyai latar belakang sosial-ekonomi yang menjadi halangan untuk meneruskan pendidikan tinggi. Terdapat pelbagai penaja yang telah menubuhkan dana biasiswa bagi membantu pelajar-pelajar tersebut. Pelajar antarabangsa boleh memohon untuk biasiswa penuh atau separa.  

Universiti menyediakan biasiswa yang kebanyakkannya terhad atau dikaitkan dengan institusi dana berlainan bagi pelajar melalui Yayasan Pembangunan Handong. Selain itu, universiti ini menawarkan biasiswa berdasarkan merit akademik dan keperluan kewangan bagi pelajar Korea tempatan.

Fakulti[sunting | sunting sumber]

Kebanyakkan ahli fakulti mempunyai ijazah terminal dalam bidang pengajaran masing-masing. Universiti telah merekrut ahli fakulti antarabangsa yang merupakan penutur asli Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina untuk mengajar bahasa asing kepada pelajar. Ahli fakulti di Handong adalah semua penganut Kristian yang telah menandatangani dan mengakui kepatuhan kepada Pernyataan Iman Universiti, yang boleh didapati di laman web universiti.

Sekolah undang-undang antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sekolah undang-undang antarabangsa ini merupakan sekolah pascasiswazah yang menawarkan kursus untuk memperolehi lesen peguam AS. Ini adalah sebuah program yang istimewa di Korea dan menghasilkan graduan yang akif, seperti Chul-bo Choi yang merupakan seorang peguam yang mengkhusus dalam kes perceraian.[9]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Pemandangan Pohang pada waktu malam.

Handong terletak di Pohang, Korea Selatan dan meliputi sekitar 200 ekar tanah (0.81 km2). Pohang merupakan sebuah bandar yang pesat membangun dan mempunyai kira-kira 500,000 penduduk. Ia dikenali sebagai ibu pejabat bagi beberapa kilang keluli besar, termasuk POSCO dan Hyundai Steel. Pohang juga merupakan bandar pelabuhan yang menjadi tarikan pelancong kerana menawarkan pelbagai jenis ikan segar, dan juga kerana terletak berdekatan dengan Gyeongju (30 minit) yang merupakan ibu bandar zaman purba pada masa dinasti Shilla.

Handong terletak di atas bukit "Pantai Utara" wilayah Pohang di antara bandar raya dan bandar kecil Heunghae. Kampus ini melihat ke arah Laut Jepun dan sawah padi sekitaran. Sebuah tasik yang kecil terletak bahagian timur, manakala sebidang tanah yang belum dimajukan terletak di bahagian selatan kampus.

Syarat-syarat kemasukan[sunting | sunting sumber]

Kemasukan ke Universiti Global Handong memerlukan kebolehan akademik yang berdaya saing, dan pemohon akan dinilai berdasarkan tiga kriteria: prestasi akademik terdahulu, temuduga, dan penguasaan Bahasa Inggeris. Pelajar sekolah menengah di Korea haruslah mempunyai rekod akademik cemerlang dan keputusan tertinggi dalam Peperiksaan Kebangsaan Kemasukan Kolej. Pemohon dari luar negara Korea haruslah mencapai tahap yang seiras dengan sistem pendidikan Korea Selatan.

Sekolah pascasiswazah atau ijazah sarjana[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah Pascasiswazah Am 
  • Sekolah Pascasiswazah Pendidikan 
  • Sekolah Pascasiswazah Tafsiran dan Terjemahan 
  • Sekolah Pascasiswazah Pengurusan Global dan Kepimpinan 
  • Sekolah Pascasiswazah Kaunseling 
  • Sekolah Undang-undang Antarabangsa Handong (HILS)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kim, Phyllis Young-Ae. The Papyrus Basket: The School in the Wilderness. S.l.: Xulon, 2006. Print.
  2. ^ http://www.unesco.org/new/fileadmin/MULTIMEDIA/HQ/ED/pdf/listnetworks3112014.pdf
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-19. Dicapai pada 2018-02-10.
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-29. Dicapai pada 2018-02-10.
  5. ^ Sharma, Yojana (August 14, 2011). "GLOBAL: Leadership education gets boost through UN". University World News. Dicapai pada July 21, 2017. Handong Global University had already started global entrepreneurship training, initiated by UNESCO in April 2007 as part of its University Twinning and Networking (UNITWIN) programme. And the network it built helped provide advice and expertise to other Asian countries, especially the least developed nations in the region. In particular the network's aim is to help universities learn through their links with other universities around the world. It is still early days with UNAI, said [Handong Global University] Kim, a former NASA materials scientist. It is difficult to predict how it will evolve. "But UNAI provides a wider purpose, a much broader field" for activities already started.
  6. ^ Nastranis, J (July 11, 2017). "UN Chief Welcomes Ban Ki-moon Global Education Institute". IDN-InDepthNews. International Press Syndicate. Dicapai pada July 21, 2017.
  7. ^ 영문 관리자 (July 12, 2017). "Handong Global University held a ground-breaking ceremony for the 'Ban Ki-moon Global Education Institute in Support of UNAI'". Handong Global University. Dicapai pada July 21, 2017.
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-19. Dicapai pada 2018-02-10.
  9. ^ Link text, additional text.