Universiti Illinois Urbana-Champaign

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Universiti Illinois
Urbana-Champaign
Nama lama
Universiti Industri Illinois (1867–1885)
Universitas Illinois (1885–1982)
MotoLearning & Labor
(Belajar & Buruh)
JenisUniversiti negeri
Universiti geran tanah
Universiti penyelidikan
Ditubuhkan pada1867; 157 tahun yang lalu (1867)
Institusi induk
Sistem Universiti Illinois
Penggabungan akademik
Pembiayaan$2,40 bilion (2020)[1]
CanselorRobert J. Jones[2]
PresidenTimothy L. Killeen[3]
ProvosAndreas C. Cangellaris[4]
Staf akademik
2.548
Staf pentadbiran
7.801
Pelajar52.331 (musim gugur 2020)[5]
Siswazah33.492 (musim gugur 2019)[5]
Ijazah/Sarjana17.802 (musim gugur 2019)[5]
Lokasi, ,
Amerika Syarikat
KampusUrban, 6,370 ekar (2,578 he)[6]
AkhhbarThe Daily Illini
WarnaOranye and Biru[7]
Nama samaranFighting Illini
Penggabungan kesukanan
NCAA Divisi I FBSBig Ten
Laman sesawangwww.illinois.edu

Universiti Illinois Urbana-Champaign atau University of Illinois Urbana-Champaign (U of I, Illinois, atau dalam bahasa seharian disebut University of Illinois atau disingkat UIUC)[8][9] ialah universiti negeri, geran tanah dan penyelidikan di bandar berkembar Champaign dan Urbana, Illinois, Amerika Syarikat. UIUC diasaskan pada tahun 1867 dan menjadi universiti unggulan dalam Sistem Universiti Illinois.

UIUC ialah ahli Persatuan Universiti Amerika dan diklasifikasikan sebagai: "Universiti Kedoktoran – Aktiviti penyelidikan yang amat tinggi", serta masuk dalam senarai "The Public Ivies: America's Flagship Public Universities (2001)" versi Howard dan Matthew Greene.[10][11] Pada tahun fiskal 2019, pengeluaran untuk dana penyelidikan UIUC sebanyak $652 juta.[12][13] Sistem perpustakaan kampus UIUC merupakan yang terbesar kedua di Amerika Syarikat sel3pas Universiti Harvard.[14] UIUC juga menjadi tuan rumah National Center for Supercomputing Applications (NCSA) dan merupakan asas adikomputer terpantas untuk kampus universiti.[15]

UIUC memiliki 16 sekolah dan kolej[16] yang menawarkan lebih dari 150 program ijazah Sarjana Muda serta lebih dari 100 program pelajaran pascasarjana. Universiti ini memiliki 651 bangunan di atas tanah berkeluasan 6,370 ekar (2,578 he)[6] dan pada tahun 2016, anggaran operasional tahunannya lebih dari $2 miliar.[17] UIUC juga mengendalikan Taman Penyelidikan, rumah bagi pusat inovasi untuk lebih dari 90 syarikat rintisan dan syarikat multinasional, termasuk Abbott, AbbVie, Caterpillar, Capital One, Dow, State Farm, dan Yahoo.[13]

Setakat Ogos 2020, jumlah alumni, anggota fakulti, dan pennyelidik UIUC yang menerima pelbagai anugeraj: 30 pemenang Hadiah Nobel, 27 pemenang Hadiah Pulitzer, 2 pemenang Hadiah Turing dan 1 pemenang Pingat Fields. Pasukan atletik UIUC bersaing di Bahagian I NCAA dan secara kolektif dinamakan Fighting Illini, mereka ialah anggota Konferensi Sepuluh Besar dan menjadi tim kedua yang paling sering menang. Illinois Fighting Illini football memenangi Rose Bowl Game pada tahun 1947, 1952, 1964 dan total lima kejohanan kebangsaan. Atlet UIUC setakat ini telah mendapatkan 29 pingat pada acara Sukan Olimpik, menjadikan UIUC tersenarai dalam 40-besar Universiti Amerika yang menerima pingat Olimpik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ As of June 30, 2020. U.S. and Canadian Institutions Listed by Fiscal Year 2020 Endowment Market Value and Change in Endowment Market Value from FY19 to FY20 (Laporan). National Association of College and University Business Officers and TIAA. February 19, 2021. Dicapai pada February 19, 2021.
  2. ^ "Meet the Chancellor". illinois.edu. Diarkibkan daripada yang asal pada September 27, 2016. Dicapai pada September 26, 2016.
  3. ^ "Staff & Office Locations - University of Illinois System". Dicapai pada 14 December 2020.
  4. ^ "Cangellaris, Andreas – Office of the Provost". Diarkibkan daripada yang asal pada March 10, 2018. Dicapai pada March 9, 2018.
  5. ^ a b c "UIUC Student Enrollment by Curriculum and Student Level Fall 2020". University of Illinois Urbana-Champaign. Dicapai pada March 21, 2020.
  6. ^ a b "Campus Facts". University of Illinois Urbana-Champaign. Diarkibkan daripada yang asal pada August 28, 2017. Dicapai pada August 30, 2017.
  7. ^ "Logos and Colors | Illinois Brand Guidelines". August 14, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada September 4, 2017. Dicapai pada September 5, 2017.
  8. ^ "Illinois Identity Standards". University of Illinois – Office of Public Affairs. Diarkibkan daripada yang asal pada August 13, 2016. Dicapai pada August 14, 2016.
  9. ^ "Campus Administrative Manual – Urbana–Champaign Campus Designation". University of Illinois Office of the Chancellor. Diarkibkan daripada yang asal pada March 6, 2016. Dicapai pada August 14, 2016.
  10. ^ Greene, Howard R.; Greene, Matthew W. (2001). The public ivies: America's flagship public universities (ed. 1st). New York: Cliff Street Books. ISBN 978-0060934590.
  11. ^ "Carnegie Classifications Institution Lookup". carnegieclassifications.iu.edu. Center for Postsecondary Education. Diarkibkan daripada yang asal pada July 26, 2020. Dicapai pada 25 July 2020.
  12. ^ "Table 20. Higher education R&D expenditures, ranked by FY 2018 R&D expenditures: FYs 2009–18". ncsesdata.nsf.gov. National Science Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada September 30, 2020. Dicapai pada 25 July 2020.
  13. ^ a b "By the Numbers - Office of the Vice Chancellor for Research". research.illinois.edu. Diarkibkan daripada yang asal pada July 31, 2016. Dicapai pada August 6, 2016.
  14. ^ American Library Association, "ALA Library Fact Sheet 22 – The Nation's Largest Libraries: A Listing by Volumes Held Diarkibkan Jun 19, 2010, di Wayback Machine". July 2010.
  15. ^ "The National Center for Supercomputing Applications at the University of Illinois at Urbana-Champaign". www.ncsa.illinois.edu. Diarkibkan daripada yang asal pada December 24, 2012. Dicapai pada December 11, 2012.
  16. ^ "Academics | Academics | University of Illinois Urbana–Champaign". illinois.edu (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada March 25, 2018. Dicapai pada March 20, 2018.
  17. ^ "PROSPECTUS FOR THE POSITION OF CHANCELLOR, University of Illinois at Urbana-Champaign and VICE PRESIDENT, University of Illinois" (PDF). University of Illinois President's Office. Spring 2016. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada June 30, 2018. Dicapai pada May 16, 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]