Universiti Malaysia Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Universiti Malaysia Jepun (MAJU) ialah sebuah universiti swasta kerjasama kerajaan Malaysia dan Jepun yang menyerupai konsep GMI, MFI dan BMI. Ia berada di bawah pengurusan Majlis Amanah Rakyat (MARA).[1]

Pengajian bermula pada Julai 2009 di bangunan sementara di Kolej Kemahiran Tinggi MARA di Beranang, Selangor. Seramai 70 pelajar lepasan STPM diambil untuk pengambilan pertama. Penubuhannya dirancang sejak 2001 bagi mengeratkan hubungan Malaysia - Jepun.[2] . Walaupun Malaysia merupakan bekas koloni British, kepentingan ekonomi Jepun telah menyumbang kepada perubahan dasar luar negara dari Dasar Pro-Barat semasa zaman kolonial dan pasca-kolonial menjadi Dasar Pandang Ke Timur semasa pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ GMI Naik Taraf Kepada Universiti Tahun Depan Bernama
  2. ^ Kabinet lulus tubuh Universiti Malaysia Jepun[pautan mati kekal] Utusan Online
  3. ^ Uqbah Iqbal, Sejarah Pemikiran Pandang Ke Timur: Kepentingan Jepun Dalam Pembangunan Sosio-Ekonomi Malaysia (1906-1980), Bangi: UKM Press, 2017.