Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) merupakan sebuah kampus cawangan kepada Universiti Putra Malaysia (UPM). Kampus ini terletak di Bintulu, Sarawak, mempunyai keluasan 714 hektar dan boleh menampung lebih daripada 1,500 orang pelajar.[1] Sejak penstrukturan semula pada 2020, UPMKB telah menentukan 5 bidang tujahan utama iaitu Pertanian, Perhutanan, Tenaga boleh dibaharui, Kimia industri dan Ekonomi sosial.
UPMKB terdiri daripada dua fakulti, iaitu Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH) dan Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS). Selain itu, UPMKB juga mempunyai sebuah institut penyelidikan yang dinamakan Institut Ekosains Borneo bagi tujuan penyelidikan. Kolej Sri Rajang (KSR) merupakan kolej kediaman bagi pelajar UPMKB. Kampus ini ditadbir oleh seorang Pengarah Kampus.
UPMKB kini menawarkan program pengajian Master dan PhD secara penyelidikan dalam 51 bidang, 5 program Bacelor, 9 program Diploma dan 1 program Persediaan Diploma Sains. UPMKB mempunyai kebolehpasaran graduan yang tinggi dengan program pengajian yang relevan dengan keperluan industri. Pelajar akan mendapat pengalaman pembelajaran yang komprehensif dibantu oleh pensyarah dengan 85% daripada mereka mempunyai kelulusan PhD.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]UPMKB bukan nama baru di kalangan institusi pengajian tinggi negara. Malah, ia adalah salah satu institusi pengajian tinggi tertua di Sarawak. Sejarah UPMKB dapat dikesan semula pada 10 Ogos 1974, ketika ia merupakan kampus sementara di bawah Pusat Latihan Sumber Nasional di Semenggok, Kuching. Kampus itu berpindah ke kampus tetapnya di Bintulu, Sarawak pada bulan Jun, 1987. Pada 27 Ogos 1987, Universiti Pertanian Malaysia Sarawak secara rasminya ditubuhkan sebagai kampus cawangan melalui 3 pusat pengajian - Sains Gunaan, Sains Asas dan Sains Sosial dan Pengurusan. Tiga program peringkat diploma ditawarkan; Diploma Pertanian, Diploma Perhutanan dan Diploma dalam Program Perniagaan Agribisnis, serta program pendahuluan.[2]
Penutupan dan pembukaan semula
[sunting | sunting sumber]Pada bulan September, 1994, UPMKB ditutup dan dibawa di bawah sayap Kementerian Pendidikan Malaysia untuk ditukar menjadi tapak sementara untuk kolej latihan guru. Walau bagaimanapun, di bawah arahan oleh Kabinet, UPMKB dibuka semula pada 5 November 2001. Kumpulan pertama pelajar untuk semester November 2001/2002 berjumlah 242 pelajar yang mendaftar dalam Diploma Pertanian, Diploma Perhutanan dan Diploma Kejuruteraan Program (Kecemasan dan keselamatan).[perlu rujukan]
Garis masa
[sunting | sunting sumber]Tahun | Program yang ditawarkan |
---|---|
1976 | Institut Pertanian Semenggok, Kuching telah digunakan sebagai kampus UPM cawangan Sarawak. Terdapat tiga program iaitu, Diploma Sains Perhutanan (batch pertama utk UPM, Diploma Sains Pertanian dan Pra-diploma (Prelim) |
1987 | Kampus Cawangan Universiti Pertanian Malaysia di Bintulu, Sarawak (UPMKB) dibuka dengan 3 pusat pengajian:
Program akademik yang ditawarkan pada ketika itu ialah:
|
1992 | UPMKB ditutup (1500 pelajar) |
1994 | Digunakan oleh Maktab Perguruan Sains Bintulu |
1999 | Maktab Perguruan Sains Bintulu telah berpindah ke kampus Baru |
2001 | UPMKB dibuka semula. Program akademik yang ditawarkan ialah:
|
2018 | Program yang ditawarkan:
|
2021 | Program yang ditawarkan:
|
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Perpustakaan
-
Pandangan dalam perpustakaan
-
Dewan Sri Kenyalang
-
Institut Ekosains Borneo
-
Bangunan pentadbiran
-
Taman rekreasi air terjun
-
Sistem sangkar ikan
-
Padang sukan
-
Dewan Sidang
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu |