Universiti Tsinghua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Universiti Tsinghua
清华大学
Moto自强不息、厚德载物[1]
Moto dalam Bahasa Melayu
Self-Discipline and Social Commitment[2]
JenisAwam
Ditubuhkan pada1911
PembiayaanCNY 7.30B (2017)
PengerusiChen Xu[3]
PresidenQiu Yong[4]
Setiausaha PartiChen Xu[3] (Pengerusi)
Staf akademik
3,133
Staf pentadbiran
4,101
Pelajar36,300[5]
Siswazah15,570
Ijazah/Sarjana19,311
Lokasi,
40°00′00″N 116°19′36″E / 40.00000°N 116.32667°E / 40.00000; 116.32667Koordinat: 40°00′00″N 116°19′36″E / 40.00000°N 116.32667°E / 40.00000; 116.32667
KampusUrban, 395 hektar (980 ekar)
Bunga[6]Cercis and Syringa vulgaris
WarnaUngu, putih   [7][8]
PenggabunganAEARU, APRU, C9, Liga Universiti BRICS, McDonnell International Scholars Academy,[9] Transparency International[10]
Laman sesawangwww.tsinghua.edu.cn
Fail:Tsinghua University logo and wordmark in Chinese and English characters.svg

Universiti Tsinghua (Cina: 清华大学, singkatan THU) ialah sebuah universiti penyelidikan awam di Beijing, China. Universiti ini tergolong dalam Liga C9, kumpulan institut-institut pengajian tinggi elit di China. Universiti ini ditubuhkan pada 1911.

Universiti ini menggambarkan dirinya sebagai universiti yang dikhususkan demi keunggulan akademik, kemajuan kesejahteraan masyarakat China dan pembangunan antarabangsa. Universiti ini sering mendapat kedudukan baik dalam senarai-senarai universiti terbaik di China, Asia dan dunia.[11][12]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Universiti Tsinghua ditubuhkan di Beijing dalam kemelut antipenjajah yang menjurus kepada Pemberontakan Yihetuan yang berlaku di seluruh China. Setelah pemberontakan berjaya ditangani oleh kuasa asing, dinasti Qing disuruh membayar ganti rugi kepada pihak Amerika Syarikat, AS. Setelah perbincangan, pihak Qing bersetuju untuk membayar ganti rugi sebanyak AS$10.8 juta, dengan syarat bahawa ganti rugi itu digunakan sebagai biasiswa kepada pelajar China untuk melanjutkan pelajaran di AS.

Dengan ganti rugi ini, Kolej Tsinghua ditubuhkan pada 29 April 1911 sebagai sekolah persediaan kepada golongan pelajar yang dipilih untuk dihantar ke AS.[13] Pada 1928, institut ini bertukar nama menjadi Universiti Kebangsaan Tsing Hua, NTHU. Ketika Perang China-Jepun Kedua, kebanyakan institut pengajian tinggi China terpaksa menghentikan operasinya untuk mengelak serangan Jepun. Universiti ini hanya beroperasi semula selepas tamat Perang Dunia Kedua.

Akademik[sunting | sunting sumber]

Kemasukan[sunting | sunting sumber]

Kemasukan ke Universiti Tsinghua memiliki persaingan yang sangat ketara. Kemasukan para murid menjadi pelajar prasiswazah ditentukan oleh peperiksaan kemasukan kebangsaan, Gaokao, yang membenarkan para murid memilih untuk memasuki universiti ini. Secara keseluruhan, kadar kemasukan ke Universiti Tsinghua bagi golongan murid sekolah tinggi adalah kurang daripada 0.1%.[14]

Penyelidikan[sunting | sunting sumber]

Bidang penyelidikan di Universiti Tsinghua banyak disokong oleh dana kerajaan daripada program kebangsaan dan program khas. Dalam bidang sains dan teknologi, universiti ini menerima dana melebihi 20 bilion yuan yang digunakan untuk membiayai lebih 1,400 projek setiap tahun.[15]

Universiti Tsinghua
Cina Ringkas: 清华大学
Cina Tradisional: 清華大學

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 学校沿革 (dalam bahasa Cina). Tsinghua U. Dicapai pada 14 July 2014.
  2. ^ "General Information". Tsinghua U. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2014. Dicapai pada 14 Julai 2014.
  3. ^ a b 现任领导. Tsinghua University. Dicapai pada 2016-12-16.
  4. ^ 吴耀谦 (2015-03-26). 邱勇接替陈吉宁任清华大学校长,已在校工作学习30余年. 澎湃新闻. Dicapai pada 2016-10-20.
  5. ^ "Tsinghua University". topuniversities.com. 16 July 2015. Dicapai pada 29 October 2017.
  6. ^ Tsinghua University (2016-03-03). 清華大學章程 (dalam bahasa Cina). Beijing: Tsinghua University Alumni Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-29. Dicapai pada 2017-04-29. 校花为紫荆花(Cercis chinensis)及丁香花(紫丁香Syringa oblata、白丁香Syringa oblate Var.alba)。
  7. ^ 清华大学章程 [Tsinghua University Regulations] (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 2019-10-17.
  8. ^ 清华大学百年校庆组织委员会办公室 (2010). 校标、校徽、校色. 清华大学百年校庆网 (dalam bahasa Cina). Tsinghua University. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 November 2012. Dicapai pada 1 November 2010.
  9. ^ "McDonnell International Scholars Academy".
  10. ^ "Transparency International - China". www.transparency.org.
  11. ^ "QS World University Rankings 2020". Top Universities (dalam bahasa Inggeris). 2019-06-05. Dicapai pada 2020-01-03.
  12. ^ "QS World University Rankings". Top Universities (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-01-03.
  13. ^ Su-Yan Pan (2009). University autonomy, the state, and social change in China. Hong Kong University Press. m/s. 68. ISBN 978-962-209-936-4.
  14. ^ Fu, Yiqin (2013-06-19). "China's Unfair College Admissions System". The Atlantic (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-06-29.
  15. ^ "Tsinghua University". Tsinghua.edu.cn. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2014. Dicapai pada 22 April 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]