Pergi ke kandungan

Universiti al-Qarawiyyin

Koordinat: 34°3′52″U 4°58′24″B / 34.06444°U 4.97333°B / 34.06444; -4.97333
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Universiti al-Qarawiyyin
جامعة القرويين
ⵜⴰⵙⴷⴰⵡⵉⵜ ⵏ ⵍⵇⴰⵕⴰⵡⵉⵢⵉⵏbahasa-bahasa Barbar Kategori:Rencana dengan
Halaman masjid dan menaranya
JenisMadrasah dan pusat pengajian tinggi untuk sains bukan vokasional (sebelum 1963)
Universiti negeri sejak 1963
Ditubuhkan pada857–859 (sebagai masjid),
1963 (sebagai universiti negeri)[1]
Staf akademik
1,025 (2012)
Staf pentadbiran
708 (2012)
Pelajar8,120 (2012)
Lokasi,
KampusUrban
BahasaArab, Barbar, Perancis
PengasasFatimah al-Fihri
WarnaPutih
Laman sesawanguaq.ma

Universiti al-Qarawiyyin (Arab: جَامِعَةُ الْقَرَوِيِّين, rumi: Jāmiʻatul-Qarawīyīn; bahasa-bahasa Barbar: ⵜⴰⵙⴷⴰⵡⵉⵜ ⵏ ⵍⵇⴰⵕⴰⵡⵉⵢⵉⵏbahasa-bahasa Barbar Kategori:Rencana dengan; Perancis: Université Al Quaraouiyine, juga ditulis Al-Karaouine atau Al Quaraouiyine) ialah sebuah universiti yang terletak di Fes, Maghribi. Ia diasaskan sebagai masjid oleh Fatimah al-Fihri, anak seorang saudagar berasal dari Qayrawan pada 857–859 menggunakan harta peninggalan ayahnya sebagai wakaf;[2] ia menjadi salah satu pusat kerohanian dan pendidikan terkemuka Zaman Kegemilangan Islam. Ia dimasukkan dalam sistem universiti negeri moden Maghribi pada 1963 dan secara rasmi dinamakan semula sebagai "Universiti al-Qarawiyyin" dua tahun kemudian.

Bangunan masjid universiti ini merupakan kompleks penting seni bina Maghribi dan Islam yang bersejarah yang menampilkan unsur-unsur dari pelbagai tempoh sejarah kerajaan-kerajaan yang pernah memerintah Maghribi.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Petersen, Andrew: Dictionary of Islamic Architecture, Routledge, 1996, ISBN 978-0-415-06084-4, p. 87 (entry "Fez"):

    The Quaraouiyine Mosque, founded in 859, is the most famous mosque of Morocco and attracted continuous investment by Muslim rulers.

  2. ^ Muhammad Nazmul Hoque & Md. Faruk Abdullah 2021, m/s. 30–31.

Sumber-sumber

[sunting | sunting sumber]
  • Muhammad Nazmul Hoque; Md. Faruk Abdullah (Januari 2021). "The World's Oldest University and its Finance Experience: A study on Al-Qarawiyyin University (859-990)". Journal of Nusantara Studies. 6 (1): 24–41. doi:10.24200/jonus.vol6iss1pp24-41.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]