Unsur kala 5

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Unsur kala 5 merupakan kala unsur kimia yang terkandung dalam baris kelima (sistem IUPAC) jadual berkala unsur. Kala kelima ini mengandungi sebanyak 18 unsur iaitu rubidium (Rb), strontium (Sr), ytrium (Y), zirkonium (Zr), niobium (Nb), molibdenum (Mo), teknetium (Tc), rutenium (Ru), rodium (Rh), paladium (Pd), perak (Ag), kadmium (Cd), indium (In), timah (Sn), antimoni (Sb), telurium (Te), iodin (I) dan xenon (Xe). Dari segi penerangan berdasarkan mekanik kuantum bagi struktur atom, kala ini menyerupai pengisian orbital 4d, 5s dan 5p. Unsur kala 5 mematuhi hukum oktet di mana mereka memerlukan 8 elektron yang diisi dalam petala valensnya untuk mencapai kestabilan. Jumlah maksimum elektron yang boleh diterima dan diisi dalam semua petala bagi unsur kala ini ialah 54 (1s22s22p63s23p63d104s24p64d105s25p6). Situasi ini boleh diterangkan berdasarkan teori moden struktur atom. Semua unsur dalam kumpulan ini mempunyai 5 petala yang berisi elektron.

Unsur kimia dalam kala 5
Kumpulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18
Nombor atom
Nama
37
Rb
38
Sr
39
Y
40
Zr
41
Nb
42
Mo
43
Tc
44
Ru
45
Rh
46
Pd
47
Ag
48
Cd
49
In
50
Sn
51
Sb
52
Te
53
I
54
Xe
konf.-e-
semua bermula dengan [Kr]
5s1 5s2 4d15s2 4d25s2 4d45s1 4d55s1 4d55s2 4d75s1 4d85s1 4d10 4d105s1 4d105s2 4d105s25p1 4d105s25p2 4d105s25p3 4d105s25p4 4d105s25p5 4d105s25p6

Lihat juga[sunting | sunting sumber]