Pergi ke kandungan

Upih bakau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Upih bakau
Seekor individu meramban di celah-celah rumput banat di Singapura
CITES Appendix I (CITES)[1]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Ciconiiformes
Keluarga: Ciconiidae
Genus: Mycteria
Spesies:
M. cinerea
Nama binomial
Mycteria cinerea
(Raffles, 1822)
      Taburan tetap

Upih bakau atau botak upih (Mycteria cinerea)[2] ialah spesies burung upih yang biasa mendiami kawasan paya bakau di Asia Tenggara. Ia berasal dari Kemboja, Vietnam, Malaysia dan Indonesia. Burung ini tergolong dalam spesies terjejas akibat kehilangan habitat pantai, pemburuan, serta perdagangan.

Burung ini mencapai ketinggian antara 91–97 sm.[3] Sayapnya berukuran selebar antara 435–500 mm[4][5] dan ekor berukuran panjang antara 145–170 mm.[3]

Rupa kedua-dua jantina kelihatan serupa. Badannya berbulu putih keseluruhannya kecuali pada bulu-bulu sayap terbang dan ekor yang hitam kehijauan.[3][5] Bulu-bulu ini diperhatikan menguning semasa musim membiak sebelum menghilang ketika mengawan.[6][3][7] Rona warna bulu semakin memudar di setiap lapisan dalam.[6][3]

Kulit mukanya kekelabuan bertompok hitam tidak tentu tempat.[3] Mukanya bertukar warna merah gelap dengan lorek hitam pada batang paruh dan bergelang merah di sekeliling biji mata.[6][3][7] Paruh burung ini tidak bergigi.

Pemakanan

[sunting | sunting sumber]

Burung ini memakan beberapa jenis ikan termasuk ikan belacak dan bandang. Udang dan katak juga diburu dan dimakan.

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]

Telur yang dihasilkan oleh burung ini bercangkerang keras.

Perlindungan

[sunting | sunting sumber]

Burung ini merupakan spesies dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar Malaysia. [8]

  1. 1 2 BirdLife International (2023). "Mycteria cinerea". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2023. doi:10.2305/IUCN.UK.2023-1.RLTS.T22697651A183200130.en. Unknown parameter |article-number= ignored (bantuan)
  2. (Melayu) Senarai burung di Kuala Gula – format DOC Diarkibkan 2010-03-08 di Wayback Machine
  3. 1 2 3 4 5 6 7 Hancock JA, Kushlan JA, Kahl, MP. (1992). Storks, Ibises and Spoonbills of the World. Academic Press.
  4. Delacour J, Jabouille P. (1931).Les oiseaux de I’Indochine Francaise, 1–4. Paris: Exposition Coloniale Internationale.
  5. 1 2 Kuroda N. (1936). Birds of the Island of Java. Tokyo.
  6. 1 2 3 Kahl M. P. (2008). "Comparative ethology of the Ciconiidae. The wood-storks (Genera Mycteria and Ibis)". Ibis. 114: 15–29. doi:10.1111/j.1474-919X.1972.tb02586.x.
  7. 1 2 Elliot A. (1992). "Family Ciconiidae (storks)", pp. 436–465 in del Hoyo J, Elliot A, Sargatal J. (eds.) Handbook of the birds of the world. Vol. I. Lynx Edicions, Barcelona.
  8. "Protection of Wild Life Act 1972" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-02-21. Dicapai pada 2012-07-04.


    Pautan luar

    [sunting | sunting sumber]