Urubamba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pasar di Urubamba

Urubamba (Quechua: Urupampa) ialah sebuah bandar kecil di Peru, terletak berdekatan Sungai Urubamba di kaki Gunung Chicon. Berdekatan bandar ini terdapat runtuhan bangunan dari kebudayaan kerajaan Inca.

Urubamba adalah bandar terbesar di Lembah Suci Inca. Untuk ke sana, tempoh jarak perjalanan dapat ditempuhi hanya selama satu jam perjalanan dari Cusco. Bandar ini sering menjadi perhentian bagi pelancong yang akan melancong ke Machu Picchu.