Urusan Aizat Amdan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Urusan Aizat Amdan
Album studio oleh
Dilancarkan pada7 Julai 2010 (2010-07-07)
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
GenrePop, akustik
BahasaMelayu Malaysia Edit the value on Wikidata
SyarikatKasi Gegar Entertainment, Erama Records
PenerbitAizat Amdan, Anas Amdan
Kronologi Aizat Amdan
Percubaan Pertama
(2008)
Urusan Aizat Amdan
(2010)
Legasi
(2014)
Single daripada Urusan Aizat Amdan
  1. "Susun Silang Kata"
    Dikeluarkan: 2010
  2. "Sungai Lui"
    Dikeluarkan: 2010
  3. "Years From Now"
    Dikeluarkan: 2011
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Urusan Aizat Amdan ialah album kedua Aizat Amdan, selepas album Percubaan Pertama yang dikeluarkan pada tahun 2008. Ia diterbitkan sepenuhnya oleh Aizat dan abangnya, Anas Amdan melalui syarikat rakaman mereka, Kasi Gegar Entertainment.

Single[sunting | sunting sumber]

Single "Susun Silang Kata" merupakan single utama bagi mempromosikan album keduanya ini. Lagu "Susun Silang Kata" turut tersenarai dalam 30 lagu yang layak ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 25 (juga dikenali sebagai Separuh Akhir Juara Lagu ke-25) namun gagal mara ke peringkat akhir.

Single keduanya, "Sungai Lui" yang dikeluarkan lanjutan daripada single yang pertama kini masih lagi aktif di dalam beberapa carta muzik radio tempatan.

Selain itu, lagu "Years From Now" juga diedarkan kepada stesen-stesen radio bahasa Inggeris tempatan untuk mempromosikan album ini.

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Dalam ulasan retrospektif untuk Sensasi Selebriti, Budiey yang turut memuji konsep album ini, berkata: "Album ini lebih menekankan tentang aspek nilai diri dan mesejnya membina semangat diri. Mesej positif inilah yang mahu disampaikan oleh Aizat dalam konsep album berupa satu utusan dan urusan Aizat kepada pendengar."[1]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No.TajukPenulisPenciptaMasa
1."Years From Now"4:00
2."Mana Oh Mana"4:15
3."Senyum"3:07
4."Erti Hari Ini"
5."Susun Silang Kata"
6."Emotion"
7."Sungai Lui"


Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 7 Julai 2010 Muat turun digital[2]
Penstriman digital[3]
Kasi Gegar Entertainment

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (8 Julai 2010). Aizat Lancar Album Urusan Aizat Amdan Sensasi Selebriti. Dicapai pada 26 Mei 2011.
  2. ^ "Urusan Aizat Amdan - album by Aizat Amdan". iTunes. Dicapai pada 2017-03-15.
  3. ^ "Urusan Aizat Amdan - album by Aizat Amdan". Spotify. Dicapai pada 2017-03-15.