Pergi ke kandungan

Usman Nando

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Usman Nando
عثمان ناندو
Wali Bangsamoro
Dalam jawatan
29 Mac 2019 – 5 Februari 2023
Dilantik olehParlimen Penguasa Peralihan Bangsamoro
Ketua MenteriMurad Ebrahim
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehOmarkhalid Ampatuan (OIC)
Maklumat peribadi
Lahir1941/1942
Meninggal dunia5 Februari 2023 (aged 81)
Bandar Davao, Filipina
Tempat semadiPandag, Maguindanao Selatan, Filipina
PendidikanUniversiti Al-Azhar
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF)

Syeikh Khalifah[1] Usman Nando[2] (Arab: ا لشيخ خليفة عثمان ناندو,[3] 1941 atau 1942 – 5 Februari 2023) ialah WaliBangsamoro yang pertama, dan salah seorang pengasas bersama Barisan Pembebasan Islam Moro .

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Usman bersekolah di Madrasah Al-Rasheedah di kampung halamannya Pandag, yang ketika itu merupakan sebahagian daripada bandar Buluan di Wilayah Cotabato. Beliau kemudiannya memperoleh biasiswa diplomatik untuk belajar di Universiti Al-Azhar.[3] Usman belajar di institusi tersebut di Kaherah, Mesir pada awal 1960-an.[4]

Barisan Pembebasan Islam Moro

[sunting | sunting sumber]

Usman Nando ialah salah seorang pengasas bersama Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bersama-sama Salamat Hashim dan Abu Hurayra; yang pernah menjadi rakan sekolah dan sepengajian Usman di Al-Azhar. Sebagai sebahagian daripada MILF, Usman berperanan dalam pelbagai ruang termasuk pengerusi Jawatankuasa Pusat bagi Pendidikan MILF, pengerusi Majlis Syura dan sebagai ketua Mahkamah Agung Syariah MILF.[5]

Wali Bangsamoro

[sunting | sunting sumber]

Usman telah dilantik sebagai Wali pertama bagi rantau autonomi Bangsamoro yang baru ditubuhkan oleh Parlimen Bangsamoro sementara pada 29 Mac 2019, semasa sesi sulung mesyuarat sementara pertama.[6] Beliau juga merasmikan sesi sulung Parlimen sementara kedua pada 15 September 2022.[7]

Penampilan awam terakhir beliau sebelum kematiannya adalah pada 25 Januari 2023, sempena ulang tahun keempat penubuhan rantau autonomi Bangsamoro, serta majlis penyerahan kemudahan untuk anak-anak yatim dan sebuah masjid agung di Matanog.[8]

Usman meninggal dunia di sebuah hospital di Davao pada 5 Februari 2023, pada usia 81 tahun.[4] Jenazahnya dikebumikan di kediamannya di Pandag, Maguindanao Selatan.[9]

    1. ↑ Perhubungan dan dokumen rasmi dari Parlimen Bangsamoro menggunakan "Khalipha," namun nama tersebut ialah ejaan lain bagi "Khalifah" "Resolution No. 1" (PDF). Bangsamoro Parliament. Bangsamoro Transition Authority Parliament. 29 March 2019. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 December 2021. Dicapai pada 15 February 2022.
    2. ↑ Arguilas, Carolyn (March 30, 2019). "Bangsamoro Transition Authority elects officials; Balindong is Speaker". MindaNews. Dicapai pada July 11, 2020.
    3. 1 2 "Wali Profile" (dalam bahasa Inggeris dan Arab). Office of the Wālī of Bangsamoro. Dicapai pada 7 February 2023. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "profile" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
    4. 1 2 Maulana, Nash (6 February 2023). "Bangsamoro 'Wali' dies, 81". NDCB News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada February 6, 2023. Dicapai pada 6 February 2023. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "ndcb" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
    5. ↑ Lantong, Abdul (January 2015). "The Bangsamoro Armed Resistance in Southern Philippines: The Role of Shaykh Salamat Hashim and his Views on Peace and War in Islam". International Islamic University Malaysia. Dicapai pada July 7, 2020.
    6. ↑ Ropero, Gillan (March 29, 2019). "'My happiness is real': Duterte grateful for creation of Bangsamoro region". ABS-CBN News. Dicapai pada March 30, 2019.
    7. ↑ "Bangsamoro Parliament holds inaugural session". Bangsamoro Parliament. Dicapai pada 16 September 2022.
    8. ↑ Cabrera, Ferdinandh (6 February 2023). "Bangsamoro mourns death of first Wali". MindaNews. Dicapai pada 6 February 2023.
    9. ↑ "Sheikh Khalifa Nando, BARMM's first Wali, dies". Rappler. 6 February 2023. Dicapai pada 6 February 2023.