Usop Sontorian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Usop Sontorian
Usop Sontorian.jpg
Logo Usop Sontorian yang disiarkan dalam musim ketiga pada 1998
Genre Animasi
Komedi
Drama
Format Siri animasi
Pencipta Ujang
Dimajukan oleh Kamn Ismail
Ujang
Ditulis oleh Hood Yusof
Lutfi Ismail
Azizi Hj. Adnan
Pengarah Kamn Ismail
Pelakon suara
  • Farriz Izwan Khairulanuar
  • Faisal Hairie Khairulanuar
  • Faizal Haredz Mohd Johari
  • Kamn Ismail
  • Zaharah Jidin
  • Dielfitri Tajudin
  • Ruslan Ayob
  • Ahmad Nazri Mahmood
  • Marzuki Abdullah
  • Azhar Saad
  • Wan Ayumi Wan Yusof
  • Syed Rahiman
  • Norwati Ismail
  • Sharifuddin Abdul Rashid
  • Mohd Akib Junid
  • Adzlan Sulong
Komposer lagu tema Produksi Rakam Zalikamari
Lagu pembukaan Usop Sontorian
Lagu penutup Usop Sontorian
Komposer Zalikamari
Negara asal Malaysia Malaysia
Bilangan musim 3
Bilangan episod 49
Penerbitan
Penerbit eksekutif Michael Lum
Penerbit Othman Yusof
Penyunting Amisyahril Edwan Amran
Azlina Din
Khairudin Shabudin
Lokasi Kuala Lumpur
Lembah Klang
Tempoh siaran 30 minit
20 minit (tanpa iklan)
Syarikat penerbitan Kharisma Pictures Sdn. Bhd.
Syarikat pengedaran Eurofine (M) Sdn. Bhd.
Arief International, Inc.
Penyiaran
Saluran asal RTM
Format gambar 4:3 (576i)
Format audio Stereo
Siaran asal 1996 – 1998

Usop Sontorian ialah siri animasi Malaysia yang disiarkan di RTM dari tahun 1996 hingga 1998. Ia direka oleh Ujang bersama Kamn Ismail dan diterbitkan oleh Kharisma Pictures Sdn. Bhd..

Siri animasi ini diadaptasi daripada watak kartun yang dicipta oleh kartunis Ujang yang dimuatkan dalam majalah Ujang dan mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records sebagai “Siri Animasi Pertama di Malaysia”.

Ia juga telah disiarkan di beberapa negara di seluruh dunia. Pada tahun 2009, siri ini disiarkan semula di TV9.

Pengarah siri animasi ini, Kamn Ismail yang kini memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Quest Animation Sdn. Bhd. Pencipta watak-watak Usop Sontorian, Ujang tidak dibenarkan melukis atau mencipta watak kartun yang mempunyai persamaan dengan Usop Sontorian, ekoran isu perebutan hakcipta.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Usop Sontorian mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Usop yang tinggal di Kampung Parit Sonto yang terletak tidak jauh dari pekan Ayer Hitam, Johor. Dia tinggal bersama ibu bapanya dan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga. Kakaknya gemar menyuruhnya ke kedai runcit membeli asam boi manakala abangnya pula gemar berbasikal keliling kampung untuk mencari Usop. Usop mempunyai beberapa orang kawan sekampung sepeti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Dia juga memiliki seekor ayam yang selebet bernama Selebet.

Watak[sunting | sunting sumber]

  • Usop (Farriz Izwan Khairulanuar)
  • Abu (Faisal Hairie Khairulanuar}
  • Dol (Faizal Haredz Mohd Johari)
  • Singh (Ruslan Ayob)
  • Veloo (Marzuki Abdullah)
  • Ah Kim (Ahmad Nazri Mahmood)
  • Pak Mat (Kamn Ismail)
  • Mak Som (Zaharah Jidin)
  • Kiah (Norwati Ismail)
  • Budin (Dielfitri Tajudin)
  • Selebet (Azhar Saad)

Episod[sunting | sunting sumber]

Usop Sontorian telah dihasilkan sebanyak tiga musim dan 49 episod, berikut ialah senarai episod Usop Sontorian:

Musim pertama (1996)[sunting | sunting sumber]

Nombor episod Tajuk Siaran pertama
1 Lari Dari Rumah 1996
2 Kawan Baru 1996
3 Tetamu Istimewa 1996
4 Selebet 1996
5 Dol Pindah 1996
6 Basikal Tua 1996
7 Lampu Ajaib 1996
8 Melawat Kuala Lumpur 1996
9 Berkhemah 1996
10 Pendekar 1996
11 Meriam Buloh 1996
12 Bermain Rakit 1996
13 Olahragawan 1996
14 Anak Gajah 1996
15 Burung Kakak Tua 1996
16 Budin Masuk Lokap 1996
17 Budin Ke Kuala Lumpur 1996

Musim kedua (1997)[sunting | sunting sumber]

Nombor episod Tajuk Siaran pertama
1 Sayang Kak Kiah 1997
2 Usahawan Muda 1997
3 Perang Bintang 1997
4 Budak Jahat 1997
5 Hantu Parit Sonto 1997
6 Kartini Selamanya 1997
7 Pendekar II 1997
8 Sakit Gigi 1997
9 U.F.O. 1997
10 Lawan Bola 1997
11 Anugerah 1997
12 Abu Oh Abu! 1997
13 Superhero 1997
14 Temberang 1997
15 Tetamu 1997
16 Ketua Kelas 1997

Musim ketiga (1998)[sunting | sunting sumber]

Nombor episod Tajuk Siaran pertama
1 Dunia Air 1998
2 Dinasor 1998
3 Kisah Seorang Biduan 1998
4 Berkhatan 1998
5 Seipun 1998
6 Terkenang 1998
7 Pertandingan Layang-Layang 1998
8 Debab Kembali 1998
9 Harta Karun 1998
10 Misi Mustahil 1998
11 Berkhemah II 1998
12 Pantas Tangan 1998
13 Perang Bukit 1998
14 Jambatan Runtuh 1998
15 Sisa Toksid 1998
16 Merdeka 1998

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Siri ini telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan menjadi siri animasi pertama di tv Malaysia, melatih dan mengembangkan bakat-bakat pelukis yang dicungkil dari seluruh negara dalam beberapa siri jelajah temuduga. Karyawan animasi Usop Sontorian adalah seramai 94 orang pada penghujung 1996. Siri ini telah dirasmikan pelancarannya oleh Menteri Penerangan, Datuk Mohamed Rahmat pada 20 Januari 1996 di PWTC.

Usop Sontorian juga turut mencipta sejarah apabila mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Jepun ketika ditayangkan di Festival Animasi Asia ( Hiroshima )pada Jun 1996. Kini, Usop Sontorian berlegar di seluruh dunia dengan pelbagai tajuk antaranya, Usop Dan Kawan-Kawan, Adventures Of Usop dan Usop And Geng.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]