Pergi ke kandungan

Usop Wilcha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Usop Wilcha
أوسوب ويلشا
Memegang watak sebagai Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Kelahiran
Syed Mohamad Asri bin Syed Osman

(1965-09-27) 27 September 1965 (umur 60)
Nama lainSyed Mohamad Asri, Shy8, Usop Wilcha
PekerjaanPelakon, pelawak, penyanyi, penyampai radio
Tahun aktif1996–kini
MajikanMedia Prima Audio (2011–12)
Karya
Filemografi
PasanganNoorafizah Abdul Aziz
Anak-anakSyed Caliph Umar Syed Mohamad Asri Jamalullail
SaudaraScha Al-Yahya (anak saudara)

Syed Mohamad Asri bin Syed Osman Jamalullail atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha atau Shy8 (lahir 27 September 1965)[1] ialah seorang pelakon, pelawak, penyanyi dan penyampai radio lelaki Malaysia.[2] Dilahirkan di Ipoh, Perak, beliau telah membintangi beberapa drama dan filem dan sering kali membintangi drama dan filem arahan pengarah Mamat Khalid. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad, dan masih meneruskan kerjaya profesional beliau itu.

Beliau memulakan kerjaya muzik pada 1996 apabila beliau mengeluarkan satu-satunya album studio beliau, Terasing di Bumi Sendiri yang memuatkan single dengan judul sama yang digunakan sebagai lagu tema kempen anti AIDS. Beliau juga merupakan bapa saudara kepada pelakon, Scha Al-Yahya[3]

Beliau memulakan langkah seni dengan menjadi penyanyi dan sempat melahirkan sebuah album bertajuk Terasing Di Bumi Sendiri edaran syarikat Ambang Klasik pada 1996. Walau bagaimanapun, percubaan beliau tidak berjaya dan hanya bertahan kurang daripada setahun. Lagu "Terasing di Bumi Sendiri" nyanyian beliau menjadi lagu tema bagi kempen anti AIDS oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan muzik videonya juga disiarkan di RTM dan TV Pendidikan. Beliau juga menyanyikan lagu ini secara langsung dalam rancangan Muzik Muzik di TV3.

Selepas gagal dalam bidang nyanyian, beliau menumpukan kepada bidang lakonan dan akhirnya beliau berjaya mendapat tawaran berlakon sebagai pelakon tambahan dalam beberapa drama. Perkenalan beliau dengan pengarah Mamat Khalid membawa lembaran baru bagi beliau brjaya mendapat tawaran berlakon beberapa drama arahan beliau.

Dalam filem, beliau mendapat watak kecil dalam filem Man Laksa. Dari situ, karier lakonan beliau semakin cerah selepas melakonkan watak bekas penari kebudayaan bernama Usop dalam Zombi Kampung Pisang. Populariti beliau meningkat selepas filem pecah panggung arahan Mamat Khalid, Hantu Kak Limah Balik Rumah, denga memegang peranan yang sama tetapi berkerusi roda. Hasil lakonannya, beliau tercalon untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23.

Selain itu, beliau turut berlakon dalam drama siri, Cer Citer....

Pada Jun 2011, beliau mendapat tawaran sebagai penyampai radio untuk Hot FM apabila aksi beliau semasa ABPBH 2010 mendapat perhatian ramai. Beliau bersama Fara Fauzana, Faizal Ismail, dan AG mengisi slot Hot FM AM Krew dan keudara pada 6-10 pagi, Isnin hingga Jumaat.

Kini, beliau telah menamatkan khidmatnya sebagai penyampai radio. Beliau ingin menumpukan perhatian bersama keluarga dan masih meneruskan kerja-kerja beliau dan meneruskan pengambaran filem bersama Mamat Khalid.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Noorafiza Abdul Aziz dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Syed Caliph Umar.[4]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Radiografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Stesen
Jun 2011 – 30 November 2012 Hot FM AM Krew Hot FM

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
  • Terasing di Bumi Sendiri (1996)

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2010 Festival Filem Malaysia ke-23 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Tercalon
  1. ^ PM ucap selamat hari lahir kepada Usop Wilcha Berita Harian. 27 September 2019. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  2. ^ Populariti Usop Wilcha punca waktu Shy8 dengan keluarga terhalang mStar Online. 9 Ogos 2012. Dicapai pada 9 Julai 2013.
  3. ^ Mari berkenalan dengan Usop Wilcha Dicapai pada 1 April 2011.
  4. ^ Siti Mariam Elias (7 Jun 2012). Usop Wilcha teruja pertama kali bergelar bapa pada usia 45 Sinar Harian. Diperoleh pada 15 Jun 2015.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]