Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium
Pengarah Mamat Khalid
Penerbit Usop Wilcha
Burhanuddin Md Radzi (eksekutif)
Penulis Mamat Khalid
Lakon layar oleh Mamat Khalid
Dibintangi oleh
Muzik oleh Trabye
Sinematografi Tan Teck Zee
Disunting oleh Nik Johan
Syarikat
produksi
Mountingboard Prouctions
D Siney Prouctions
Pengedar Pencil Pictures
Mula ditayangkan
3 September 2015
Tempoh tayangan
90 minit
Negara Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu

Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium (juga disebut Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium) ialah sebuah filem komedi sejarah Malaysia 2014 arahan Mamat Khalid terbitan bersama Mountingboard Prouctions dan D Siney Prouctions dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris.[1] Ia dibintangi oleh Usop Wilcha yang turut bertindak sebagai penerbit, Elizabeth Tan, Nam Ron dan Nasir Bilal Khan, mengisahkan mengenai insiden yang berlaku ketika penganjuran pameran hantu dunia dalam usaha menarik orang ramai untuk datang ke muzium. Filem ini ditayangkan pada 3 September 2015.[2][3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Cerita ini mengisahkan keadaan yang berlaku dalam sebuah muzium yang menyimpan banyak khazanah dan pengetahuan yang semakin dilupai oleh masyarakat masa kini. Segala khazanah sejarah yang sepatutnya menjadi kebanggaan dan pedoman masyarakat dalam merencanakan masa depan, telah di biarkan begitu sahaja.

Apabila Institusi Muzium semakin kurang sambutannya maka, pihak pengurusan Muzium telah megadakan satu pameran “Hantu-Hantu Dunia” untuk kembali menarik minat pengunjung.

Tanpa di sedari oleh pengurusan Muzium, penganjuran pameran ini mempunyai matlamat tersendiri.Melalui perancangan licik kumpulan pengamal ilmu hitam yang berasal dari Romania, penganjur Pameran ini sebenarnya ingin menghidupkan kembali Raja Dracula iaitu Vlad The Impaler.Bagi memenuhi hasrat ini maka kumpulan ini telah menganjurkan pameran ini di setiap Benua. Mengikut kepercayaan kumpulan ini, Dracula akan dapat hidup kembali dengan mendapatkan darah segar manusia dari setiap Benua. Muzium UPSI adalah lokasi terakhir yang mewakilli benua Asia.

Namun tanpa di sedari oleh penganjur, ada sesetengah pihak di sini yang dapat menghidu perancangan mereka. Mereka tidak sedar bahawa keadaan Negara Malaysia ini mempunyai keunikannya sendiri kerana patung-patung tokoh yang terdapat dalam Muzium ini hidup ketika masyarakat alpa dan leka.

Ada tiga Era tokoh dan bahan sejarah yang hidup dalam Muzium ini. Era Perak Man, Era 15 Masehi iaitu Sultan Mahmud Syah bersama dengan Bendahara baginda yang ke 6 iaitu Tun Perpatih Puteh dan hulubalang, begitu juga Era 18 Masehi iaitu Datuk Maharaja Lela, SiPutum dan pengikutnya.

Ketiga-tiga Era ini yang sentiasa tidak bersependapat dan sering berbalah ini, menyedari perancangan Penganjuran hantu-hantu ini. Dengan membuang perasaan Ego Era masing-masing, mereka terpaksa bersatu demi menyelamatkan masa depan cucu cicit mereka. Namun mereka terpaksa mendedahkan rahsia kehidupan mereka ini demi untuk meminta pertolongan manusia zaman ini untuk turut serta. Siapakah yang mereka pilih dan apa kriteria yang mereka tetapkan untuk berkomunikasi dengan manusia zaman ini. Maka di sini kemunculan Usop Wilcha yang baru bekerja sebagai penyelengara eletrikal di Muzium itu menjadi harapan mereka.[4]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium ditulis dan diarahkan oleh Mamat Khalid untuk Mountingboard Prouctions dan D Siney Prouctions,[5] penerbitan filem ini turut mendapat kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Usop Wilcha yang merupakan pelakon utama filem ini berkhidmat sebagai penerbit, manakala Burhanuddin Md Radzi sebagai penerbit eksekutif. Filem ini merupakan cabang pertama Elizabeth Tan dalam bidang lakonan selepas menerima tawaran daripada Usop. Ketika filem ini dihasilkan, timbul salah faham antara Mamat dan Usop, namun ia berjaya disiapkan.[6]

Filem Hollywood Night at the Museum menjadi asas utama penghasilan fiem ini dan ia sarat dengan fakta sejarah yang mungkin tidak diketahui ramai. Tenaga kerja filem ini termasuk Tan Teck Zee sebagai pengarah fotografi, Wan Blues (pengarah seni) dan Mohd Nazrin Dato’ Rahim (pengurus penerbitan). Suntingan filem ini dilakukan oleh Nik Johan, manakala solekan dan kesan khas disediakan oleh Eds Arippin, dan busana disediakan oleh Natasha Sheikh Zamani. Proses pasca penerbitan dijalankan di Amaranda Worldwide. Nazaikmal merekabentuk poster filem ini. Pencil Pictures mengendalikan pengedaran dan promosi bagi filem ini.[7] Penggambaran filem ini mengambil masa kurang sebulan iaitu 25 hari.[3]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Filem ini dikeluarkan pada 3 September 2015 hingga kejayaan komersial.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "'Menghonjang Makhluk Muzium' Sarat Mesej Positif". Malaysian Access. 29 Ogos 2015. Dicapai 11 Disember 2015. 
  2. ^ Mohd Al Qayum Azizi (14 September 2015). "'Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium' Sarat Fakta Sejarah". mSTAR Online. Dicapai 11 Disember 2015. 
  3. ^ a b Akmaliah Razak (23 Mei 2015). "Usop Wilcha: Menghonjang Makhluk Muzium". Sinar Harian. Dicapai 11 Disember 2015. 
  4. ^ Budiey (6 Ogos 2015). "Sinopsis Filem USOP WILCHA MEGHONJANG MAKHLUK MUZIUM". Sensasi Selebriti. Dicapai 11 Disember 2015. 
  5. ^ Angelin Yeoh (30 Ogos 2015). "'Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium' Sejarah Dalam Komedi". Perak Today. Dicapai 11 Disember 2015. 
  6. ^ Angelin Yeoh (9 September 2015). "A fun film for history buffs … or maybe not". Star2. Dicapai 11 December 2015. 
  7. ^ Farhana Ab Rahman (9 September 2015). "Filem Menghonjang Makhluk Muzium dijangka tarik pengunjung". Berita Harian. Dicapai 11 Disember 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]