Usrah (rancangan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Usrah merupakan sebuah rancangan berbentuk keagamaan yang ditayangkan di TV9 setiap Jumaat jam 1.00 petang.

Usrah berasal daripada perkataan bahasa Arab yang membawa maksud ”keluarga”. Kamus Dewan menyatakan, usrah ialah perkumpulan yang melibatkan kegiatan agama seperti perbincangan tentang sesuatu tajuk agama dan sebagainya.

Rancangan usrah bersama Datuk Dr Fatma Az-Zahra dalam Usrah sebagai perantara, setiap minggu, beliau akan membaca, mentafsir serta menganalisa surah dari kitab suci al-Quran. Terdapat juga sesi soal jawab yang dikendalikan Dr Fatma bagi meningkatkan pemahaman penonton.

Di akhir rancangan, dia akan memberi bimbingan doa dan ayat suci al-Quran untuk amalan dalam kehidupan seharian. Setakat ini, rakaman dijalankan di kediaman To’ Puan Habibah Yusof, Masjid at–Taqwa Taman Tun Dr. Ismail, Kediaman Datin Maznah Rais dan kediaman Datin Seri Rosmah Mansor.