Zulkifly Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ustaz Zulkifly Ibrahim)

Zulkifly bin Haji Ibrahim atau Ustaz Zulkifly Ibrahim dilahirkan di Lambor Kanan, Bota, Negeri Perak pada 22 April 1962. Beliau kini menetap di Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Beliau mempunyai seorang isteri dan empat orang anak, iaitu dua orang lelaki dan dua orang perempuan.

Beliau adalah seorang aktivitis masyarakat dan penggiat utama di dalam Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak sejak tahun 1999. Selain menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Perak dan Ketua PKR Cabang Tambun, beliau juga adalah seorang Pengarah Eksekutif Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

Latarbelakang Peribadi[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Belajar di Sekolah Kebangsaan Telok Bakong. Kemudian di Sekolah Izzuddin Shah di Ipoh. Beliau melanjutkan pengajian di bidang Diploma Pengurusan Perbandingan pada tahun 1990-1992 di Kolej Darul Hikmah dan seterusnya pada tahun 2004 menyambung pengajian tingginya di Universiti Teknologi Malaysia dan pada tahun 2008 menjadi Graduan Sekolah Pendidikan Professional dan Pendidikan Berterusan bagi Kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ustaz Zulkifli Ibrahim pernah bekerja di Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sebelum berkhidmat sebagai Ketua Penerangan Negeri Perak di Setiausaha Kerajaan (SUK) Perak dan Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia(MAPIM).

Pada tahun 1981-1982, beliau memulakan kerjayannya sebagain Guru Sambilan di Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Chemor. Selepas itu pada tahun 1982-1997, beliau bertugas sebagai Pegawai Dakwah & Penyelidikan di Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Kemudian pada tahun 1997-1999, di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) Daerah Kinta beliau menjawat jawatan sebagai Pengurus Pusat Pembangunan Minda.

Pada tahun 2008-2009, Ustaz Zulkifly menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Perak, Pejabat Menteri Besar Perak dan sejak tahun 2010 sehingga ke suatu tarikh di mana Krisis politik Perak 2009 bermula. Kini beliau bertugas sebagai Pengarah Eksekutif, Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

Penglibatan di dalam Politik[sunting | sunting sumber]

Ustaz Zulkifly memulakan penglibatan di dalam politik sebagai Ahli Jawatankuasa dan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Tambun sejak tahun 1995 hinggalah bermulanya era Reformasi (Malaysia) pada tahun 1998.

Sejak tertubuhnya Parti Keadilan Nasional (kini, Parti Keadilan Rakyat)pada tahun 1999, beliau memimpin parti tersebut sebagai Ketua Keadilan Bahagian Tambun sehingga kini. Beliau juga adalah seorang Exco Pemuda Pusat Parti Keadilan Nasional sejak ditubuhkan sehinga tahun 2002. Sebagai pimpinan peringkat Bahagian, beliau juga diberikan amanah untuk memikul jawatan sebagai Setiausaha Negeri Perak dari mula penubuhannya hinggalah tahun 2003.

Penglibatan di dalam Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak[sunting | sunting sumber]

Sejak tahun 2003, Ustaz Zulkifly kemudiannya hanya memikul tugas kepartian di peringkat bahagian (kini, peringkat Cabang) sejak parti ini bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia dan dinamakan sebagai Parti Keadilan Rakyat. Bagaimanapun, pada sekitar tahun 2005, ramai pimpinan peringkat negeri mula meninggalkan parti ini dan akhirnya beliaulah antara pimpinan Bahagian yang terus setia bersama perjuangan parti dan diangkat sebagai Timbalan Pengerusi Negeri Perak sejak tahun 2006 hinggalah tahun 2007.

Pada tahun 2007 hingga 2008, Ustaz Zulkifly memimpin parti ini sebagai Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak. Pada masa ini Parti Keadilan Rakyat bersama-sama PAS dan DAP berjaya menubuhkan kerajaan Negeri Perak di atas solidari politik Pakatan Rakyat.

Sesungguhnya Ustaz Zulkifly bolehlah dianggap sebagai seorang adalah seorang pengemudi Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak sejak tahun 1999 dan sejak penghujung tahun 2008, beliau diamanahkan sebagai Ketua Penerangan PKR Negeri Perak.

Bertanding sebagai Calon Pilihanraya[sunting | sunting sumber]

Sebagai Ketua Parti Keadilan Nasional (KEADILAN) Bahagian Tambun, Ustaz Zulkifli Ibrahim dipilih pada tahun 1999 sebagai Calon parti KEADILAN bertanding dikerusi N20 DUN Manjoi menentang calon Barisan Nasional iaitu, Dato' Nadzri Ismail. Beliau mendapat undi sebanyak 10,803 manakala lawannya mendapat undi sebanyak 12,146. Beliau tewas dengan majoriti tipis sebanyak 1,343 undi.[1]

Sekali lagi pada tahun 2004, di dalam Pilihanraya Umum Ke-11, Ustaz Zulkifly Ibrahim bertanding merebut kerusi yang sama iaitu N23 DUN Manjoi menentang Calon Barisan Nasional yang sama dan tewas lagi dengan majoriti undi sebanyak 7,885 undi[2]. Beliau mendapat 9,210 undi manakala lawannya mendapat 17,095 undi.

Pada tahun 2008, iaitu pada Pilihanraya Umum yang ke 12, Ustaz Zulkifly bertanding di kawasan DUN yang lain iaitu N34 DUN Bukit Chandan dan masih lagi tewas kepada Calon Barisan Nasional, iaitu Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad sebanayak 1,794 undi. Ustaz Zulkifly mendapat 1,794 undi manakala lawannya mendapat 5,850 undi.[3] Bagaimanapun, di peringkat Negeri Perak Barisan Nasional gagal menubuhkan kerajaan Negeri kerana jumlah kerusi DUN yang dimenangi oleh BN kurang daripada jumlah majoriti.

Ustaz Zulkifly pada masa ini adalah Ketua Penerangan PKR Negeri Perak dan semasa Pakatan Rakyat menawan politik Perak beliau ialah Pengerusi PKR Negeri Perak[4].

Aktivisme[sunting | sunting sumber]

Kini, Ustaz Zulkifly Ibrahim meskipun bergiat aktif di dalam kancah politik tanahair khususnya di Negeri Perak, beliau juga sangat aktif di dalam kerja-kerka aktivisme di dalam dan di luar negara.

Sejak Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) ditubuhkan pada tahun 2009 dalam usaha membantu rakyat Palestine yang dizalimi oleh Rejim Zionis Israel, Ustaz Zulkifly Ibrahim diamanahkan sebagi Pengerusi Dewann Syura badan tersebut. Antaranya ialah penglibatan dalam misi kemanusiaan. [5]

Begitu juga di dalam pergerakan da'wah Islamiyah di Negeri Perak, beliau adalah pengasas bersama Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (JAMA'IY) dan memikul amanah sebagai Setiausaha sejak 2006 hinga 2009 dan selepas itu hingga kini sebagai Timbalan Pengerusi badan tersebut. Pada tahun 2006 hingga 2009, Ustaz Zulkifly Ibrahim juga adalah seorang Pengarah Sekretariat Kongres Umat Islam Malaysia (SKIMA).

Sepanjang tahun 1990 hinggalah 1999, di dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Negeri Perak menjawat jawatan sebagai Exco Negeri di samping menjawat jawatan sebagai Yang DiPertua ABIM Cawangan Daerah Kinta dan ABIM Cawangan Bandaraya Ipoh. sepanjang khidmat sebagai pimpinan belia, beliau juga di amanahkan sebagai Timbalan Pengerusi dan Exco Majlis Belia Daerah Kinta sejak tahun 1995 hinggalah tahun 2005.

Di dalam Persekutuan seruan Islam Negeri Perak, beliau pernah dilantik sebagai Penolong Setiausaha dan dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa sejak tahun 1996 hinga 2000. Dan sejak tahun 2012 dipilih sekali lagi sebagai Ahli Jawatankuasa untuk pengal 2012 hingga 2015.

Sebagai bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah, beliau juga aktif di dalam pertubuhan bekas pelajarnya iaitu Alumni SISTA dan memikul jawatan sebagai Setiausaha selama 10 tahun sejak 1995 hingalah tahun 2005. Di samping itu, sejak tahun 1993 hinga 1997, Ustaz Zulkifly adalah seorang penceramah Biro Tatanegara dan penceramah Motivasi Anak-anak di Radio Ipoh.

Di dalam bidang Pendidikan beliau juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengelola Sekolah Rendah Islam (SERI) Al-Ummah ABIM, Perak dan SABK Ma'had Al Ummah, Chepor yang diasaskan oleh Dato' Haji Muhammad Rivai Batubara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA 1999 - DUN PERAK". Bernama. Dicapai pada 24 Disember 2012.
  2. ^ "LAPORAN PILIHAN RAYA UMUM 2004" (pdf). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
  3. ^ Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 - Perak
  4. ^ Keadilan Negeri Perak
  5. ^ Mapim cadang dana bantu anggota misi kemanusiaan