Uzayr

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lokasi yang secara tradisionalnya disebut sebagai kubur Al Uzayr berhampiran Basra.

Uzayr (Bahasa Arab: عزير‎, 'Uzair, Bahasa Turki: ' 'Üzeyir') adalah orang yang disebutkan dalam Al-Quran surah At-Taubah ayat 30 yang dipercayai oleh orang Yahudi sebagai "Putera Allah" (dalam Islam, Allah SWT telah menyangkal keras dakwaan yang mengatakan Uzayr adalah putera Allah.)[1] Meskipun Al-Quran tidak menyatakan Uzayr sebagai Nabi, namun ia dianggap sebagai nabi oleh sebahagian cendekiawan Islam yang berdasarkan tradisi Islam. Uzayr hidup di antara masa Raja Nabi Sulaiman a.s. dan masa Nabi Zakaria a.s., ayah Nabi Yahya a.s..[2][3] Di sisi lain, sarjana Islam seperti Mutahhar al-Maqdisi, Djuwayni, Ibnu Hasyim, dan al-Samaw'al menganggap Uzayr (atau salah satu muridnya) pembawa kitab yang dipalsukan, iaiatu Kitab Uzair.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Encyclopedia of Islam, Uzayr
  2. ^ Ashraf, Shahid (2005). "Prophets 'Uzair, Zakariya and Yahya (PBUT)". Encyclopaedia of Holy Prophet and Companions (Google Books). Daryaganj, New Delhi: Anmol Publications Pvt. Ltd. pp. 199–200. ISBN 8126119403. Dicapai pada 2007-11-20.  Pautan luar dalam |publisher= (bantuan)
  3. ^ Ibn Kathir; Ali As-Sayed Al- Halawani (trans.). "`Uzair (Ezra)". Stories Of The Quran. Islambasics.com. Dicapai pada 2007-11-21.  Petik menggunakan parameter |coauthors= dikecam (bantuan); Pautan luar dalam |publisher= (bantuan)