Uzumaki Boruto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Uzumaki Boruto
Watak Naruto
Uzumaki Baruto.jpg
Kemunculan pertama

Naruto manga bab 700
Disuarakan oleh

Kokoro Kikuchi
Yuuko Sanpei
Tahap Shinobi

Genin
Tinggi

145 cm
Profil
JantinaLelaki Lelaki
SaudaraUzumaki Naruto (ayah)
Hyuga Hinata (ibu)
Uzumaki Himawari (adik)
Namikage Minato (datuk, mati)
Uzumaki Kushina (nenek, mati)
Hyuga Neji (pakcik saudara, mati)
Hyuga Hiashi (datuk)
Hyuga Hanabi (makcik)
Hyuga Hizashi (datuk saudara, mati)

Uzumaki Boruto (うずまきボルト) ialah watak dalam anime dan manga Naruto. Dia merupakan anak kepada Hokage Konoha yang ke-7 iaitu Uzumaki Naruto dan Hyuga Hinata serta mempunyai adik perempuan bernama Uzumaki Himawari.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Boruto merupakan anak pertama dari pasangan Uzumaki Naruto dan Hyuga Hinata. Merupakan cucu kepada Hokage Keempat iaitu Namikaze Minato dan Uzumaki Kushina. Merupakan pewaris keturunan klan Uzumaki dan juga klan Hyuuga yang terkenal dengan mata Byakugan. Memiliki seorang adik perempuan bernama Uzumaki Himawari. Mempunyai memiliki dua kuasa misteri yang kekal menghantuinya iaitu mata Tenseigan dan teknik Karma selepas menewaskan Otsutsuki Momoshiki.

Peribadi[sunting | sunting sumber]

Menyerupai ayahnya ketika usia muda, Boruto adalah anak yang nakal, aktif dan berani. Meskipun ayahnya, Uzumaki Naruto bergelar Hokage, Boruto sangat membenci kedudukan Hokage kerana baginya, Hokage telah menghalang ayahnya untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta seperti orang lain. Baginya, bergelar anak dan cucu kepada Hokage dianggap sebagai satu tekanan buat Boruto dimana dia perlu menghadapi kehidupan yang penuh protokol. Bukan sahaja membenci ayahnya bahkan Boruto sangat mengidolakan seteru utama Naruto sejak kecil iaitu Uchiha Sasuke hingga menjadikan Sasuke sebagai gurunya.

Dari segi kemahiran teknik yang dimiliki Boruto, dia mampu menghasilkan teknik berasaskan dua elemen iaitu angin dan petir. Boruto juga memiliki teknik Rasengan yang unik dimana Rasengan yang dihasilkannya akan menghilang dari pandangan musuh sebelum mengenai sasaran sekaligus membuatkan musuh dalam kesukaran untuk mengelak dari terkena Rasengan Boruto.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Boruto: Naruto Next Generations (dalam bahasa Inggeris)