Uzumaki Kushina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Uzumaki Kushina
Watak Naruto
Kemunculan pertama

Naruto manga bab 382
Naruto Shippuden anime episod 128
Disuarakan oleh

Bahasa Jepun
Shinohara Emi
Bahasa Inggeris
Cindy Robinson
Tarikh lahir

10 Julai
Jenis darah

B
Tinggi

165 cm
Profil
JantinaPerempuan Perempuan
SaudaraNamikaze Minato (suami, mati)
Uzumaki Naruto (anak)
Hyuuga Hinata (menantu)
Uzumaki Boruto (cucu)
Uzumaki Himawari (cucu)

Uzumaki Kushina (Bahasa Jepun : うずまきクシナ) adalah salah satu watak cereka dari sebuah siri anime dan manga yang bernama Naruto.

Kushina ialah seorang "Jinchuuriki" kepada Kurama (Kanji : 九喇嘛) yang berada di dalam badan beliau. Kurama ialah seekor Makhluk Berekor (Bijuu) yang mempuyai 9 ekor (Kyuubi).

Kushina merupakan seorang isteri kepada Namikaze Minato, ibu kepada Uzumaki Naruto, ibu mentua kepada Hyuuga Hinata, nenek kepada Uzumaki Boruto dan Uzumaki Himawari.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan dalam keturunan klan Uzumaki dari Uzushiogakure. Sebahagian masa mudanya terlibat dalam perang membuatkannya mencari-cari sebuah "kedamaian" setiap hari. Pada usianya yang muda, dia dibawa ke kampung Konoha dan diserapkan ke dalam akademi ninja di sana. Tujuan sebenar Kushina dibawa ke Konoha ialah Kushina merupakan calon yang layak untuk menjadi Jinchuuriki Kyuubi menggantikan isteri Hokage Pertama iaitu Uzumaki Mito. Hal ini kerana Kushina mewarisi kelebihan yang ada pada ahli klan Uzumaki iaitu sumber chakra yang cukup kuat bagi mengunci Kyuubi. Bagi ingin membuktikan kemampuannya, Kushina menyatakan kepada seluruh kelas bahawa dia akan menjadi Hokage wanita yang pertama. Murid-murid lain mentertawakannya dan memanggilnya dengan gelaran 'tomato' kerana wajahnya yang kelihatan bulat dan rambut merah berapi-api. Hal ini membuatkan dia bertindak menyerang dan memukul murid-murid yang mengganggunya. Selain warna rambutnya yang kemerah-merahan, rambutnya juga terbang disekelilingnya ketika dia belajar. Dia mendapat gelaran 'Habanero Berdarah Merah Panas'.

Menginjak usia dewasa, Kushina melangsungkan perkahwinan dengan Namikaze Minato. Kushina juga dianggap sebagai tulang belakang buat Minato sehingga Minato diangkat sebagai Hokage Keempat. Kehidupan Kushina di samping Minato cukup bahagia dan suatu hari Kushina disahkan hamil. Hal ini cukup menggembirakan buat mereka berdua. Menjelang kelahiran anak sulung mereka, Hokage Ketiga menyedari bahawa teknik pengunci Kyuubi yang ada pada tubuh Kushina mulai melemah. Hal ini demikian kerana apabila berlakunya proses kelahiran dalam kalangan jinchuriki, teknik pengunci yang ada pada badan mereka mulai lemah dan menyebabkan risiko tinggi akan berlakunya kebangkitan makhluk berekor yang ada dalam badan mereka. Sehubungan itu, Hokage Ketiga mengarahkan pasukan khas ANBU mengiringi Kushina ke lokasi rahsia bagi memastikan proses kelahiran dapat dilakukan dengan selamat. Minato turut menemani isterinya ketika itu. Malangnya, rahsia kelemahan teknik pengunci Kyuubi semasa proses kelahiran diketahui oleh seorang lelaki bertopeng. Lelaki tersebut berjaya melepasi kawalan ketat oleh pasukan ANBU yang dihantar oleh Hokage Ketiga. Berikutan lelaki bertopeng mengugut akan membunuh bayi mereka, Minato terpaksa bertindak menyelamatkan bayinya untuk dibawa ke tempat yang lebih selamat. Namun ketika itu, lelaki misteri tersebut berjaya mengeluarkan Kyuubi daripada tubuh Kushina.

Hal ini yang mendorong kebangkitan Kyuubi yang kemudiannya melakukan serangan di kampung Konoha. Berlaku banyak kerosakan harta benda serta kehilangan banyak nyawa. Minato ketika itu sedang bergelut untuk menewaskan lelaki bertopeng itu di satu lokasi rahsia. Sebaik sahaja berjaya menumpaskan lelaki bertopeng tersebut dan melepaskan kawalan Kyuubi, Minato bergegas menyelamatkan Kushina dan menuju ke Konoha bagi menghentikan amukan Kyuubi. Hokage Ketiga ketika itu berhempas pulas bersama pasukan ANBU bagi menghalang Kyuubi. Berikutan hampir kehabisan chakra akibat menghalang letupan dari serangan Kyuubi, Minato akhirnya memilih untuk menggunakan teknik terlarang iaitu Shiki Fuujin dengan memasukkan chakra Kyuubi kedalam dirinya dan anak lelakinya iaitu Uzumaki Naruto. Sewaktu itu Kushina berada di sampingnya berasa sangat sedih diatas pengorbanan yang telah dilakukan oleh suaminya itu. Ketika teknik Shiki Fuujin selesai dijalankan, Kyuubi yang ketika itu berjaya melepasi rantai chakra daripada tubuh Kushina lalu cuba untuk membunuh Uzumaki Naruto yang masih kecil. Minato dan Kushina akhirnya menggunakan kudrat terakhir mereka berdua untuk menghentikan serangan Kyuubi. Mereka berdua meninggal dunia akibat ditusuk kuku Kyuubi yang cuba untuk membunuh Naruto.