Vélodrome de Saint-Quentin-en-Yvelines

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Velodrom Nasional Saint-Quentin-en-Yvelines
LokasiMontigny-le-Bretonneux, Perancis
Koordinat48°47′16″N 02°02′05″E / 48.78778°N 2.03472°E / 48.78778; 2.03472Koordinat: 48°47′16″N 02°02′05″E / 48.78778°N 2.03472°E / 48.78778; 2.03472
Kapasiti5,000
Saiz Padang250 m (270 yd) balapan
PermukaanKayu
Pembinaan
Pecah tanah2011
Dibina2011–2014
Dibuka13 Januari 2014
ArkitekChabanne & Partners

Velodrom Nasional Saint-Quentin-en-Yvelines (Perancis: Vélodrome National de Saint-Quentin-en-Yvelines), juga dikenali sebagai Velodrom Nasional (Perancis: Vélodrome National), merupakan sebuah velodrom yang terletak di Montigny-le-Bretonneux di Yvelines. Velodrom ini dibuka pada 13 Januari 2014.[1] Velodrom ini juga menempatkan ibu pejabat Persekutuan Berbasikal Perancis serta merupakan pusat latihan pasukan berbasikal Perancis.[2] Selain velodrom utama, kompleks ini juga mempunyai sebuah arena BMX. Velodrom Nasional telah menganjurkan pelbagai pertandingan kebangsaan dan antarabangsa. Velodrom ini akan menganjurkan acara lumba basikal semasa Sukan Olimpik Musim Panas 2024.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Semasa Paris membida untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2012, bandar Montigny-le-Bretonneux telah dipilih sebagai lokasi velodrom besat yang akan dibina di kawasan Ile-de-France untuk menganjurkan temasya tersebut. Walaupun bidaan tersebut telah gagal dan hak penganjuran akhirnya diberikan kepada London, projek ini telah dikekalkan.

Majlis pelancaran projek ini telah berlangsung pada 19 Oktober 2009 di Dewan Bandaraya Saint-Quentin-en-Yvelines. Majlis ini telah dihadiri oleh Rama Yade, Setiausaha Negara Sukan Perancis, Michel Laugier, Datuk Bandar Montigny-le-Bretonneux, Robert Cadalbert, Presiden Saint-Quentin-en-Yvelines, David Lappartient, Presiden Persekutuan Berbasikal Perancis dan pegawai tempatan lain.[3]

Projek pembinaan Velodrom Nasional diuruskan oleh Chabanne & Partners, Synthèse Ingénierie dan agensi Ter Paysagistes-Urbanistes. Arkitek Jerman Ralph Schuermann, yang juga merupakan arkitek bagi Velodrom Laoshan yang menganjurkan acara berbasikal semasa Sukan Olimpik 2008, merupakan pereka bentuk balapan Velodrom Nasional.[4] Keluarga Schuermann terkenal sebagai salah satu pereka bentuk velodrom dan balapan olahraga yang terbaik di dunia.

Bajet asal bagi projek ini ialah €74 juta,[3] namun akhirnya bajetnya telah mencapai €101 juta.[4] Pembinaan Velodrom ini dikendalikan oleh Vélopolis di bawah sebuah kontrak perkongsian awam-persendirian.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Velodrom ini mempunyai pejabat, kedai, restoran, hotel, perumahan untuk pelajar, penyelidik dan pekerja dan sebagainya. Tapaknya berluas 15 hektar dan boleh dicapai melalui stesen Saint-Quentin-en-Yvelines - Montigny - le Bretonneux atau lebuh raya A12.[5]

Velodrom[sunting | sunting sumber]

Velodrom ini boleh menampung sebanyak 6,043 penonton dengan 5,000 tempat duduknya. Satu ruang di tengah-tengah balapan boleh menampung 2,700 orang. Balapannya, yang dihasilkan daripada kayu pain Siberia, berpanjang 250 m dan berlebar 8 m dengan jejarinya sebanyak 23 meter dan bercerun 43 °, merupakan balapan pertama di dunia yang mempunyai lebar tersebut.[4]

Arena BMX[sunting | sunting sumber]

Di sebelah velodrom, sebuah arena BMX tertutup telah dibina. Arena ini mempunyai dua tanjakan permulaan yang bersebelahan (masing-masing berketinggian 4m dan 8 m) dan tiga laluan lurus.

Trek ini tidak akan digunakan untuk Sukan Olimpik 2024 keranan bumbungnya telah menghalang kerja-kerja penyiaran. Sebuah balapan yang sementara akan dibina di sekitarnya bagi temasya tersebut.

Pertandingan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Brosur Vélodrome National de Saint-Quentin-en-Yvelines" (PDF) (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2 Februari 2014.
  2. ^ "Visitez le élodrome National". Vélodrome National. Dicapai pada 7 Jun 2022.
  3. ^ a b "Le vélodrome, un équipement forcément synonyme d'ambition". L'Ignymontain. No. 87. November 2009. m/s. 3.
  4. ^ a b c Deneits, Stephane (28 Februari 2013). "Culture Velodrome#6: Saint-Quentin". velochrono.fr. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Ogos 2015.
  5. ^ A. Thomas-Commin (20 Disember 2013). "Le vélodrome de St-Quentin, nouvel écrin pour les Bleus". lequipe.fr (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 7 Jun 2022.
  6. ^ "Paris to Host Championships". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Reuters. 21 Ogos 2014. Dicapai pada 7 Jun 2022.
  7. ^ Pavitt, Michael (28 September 2019). "France awarded two UCI World Championships in build-up to Paris 2024". Inside the Games. Dicapai pada 7 Jun 2022.
  8. ^ Langford, Eve (12 Oktober 2016). "Guide: Great Britain Cycling Team at the 2016 UEC European Track Championships". British Cycling. Dicapai pada 7 Jun 2022.
  9. ^ Palmer, Dan (19 Oktober 2018). "Six countries strike gold at UCI Track Cycling World Cup in France". Inside the Games. Dicapai pada 7 Jun 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]