Võ Văn Thưởng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tuan Yang Terutama

Võ Văn Thưởng
Thưởng pada 2023
Presiden Vietnam Ke-12
Dalam jawatan
2 Mac 2023 – 21 Mac 2024
Perdana MenteriPhạm Minh Chính
Naib PresidenVõ Thị Ánh Xuân
Didahului olehNguyễn Xuân Phúc
Digantikan olehVõ Thị Ánh Xuân
(memangku)
Setiausaha Utama Sekretariat Parti Komunis Vietnam
Memegang jawatan
5 Februari 2021
Setiausaha AgungNguyễn Phú Trọng
Didahului olehTrần Quốc Vượng
Ketua Jabatan Propaganda Parti
Dalam jawatan
4 Februari 2016 – 19 Februari 2021
Setiausaha AgungNguyễn Phú Trọng
Didahului olehĐinh Thế Huynh
Digantikan olehNguyễn Trọng Nghĩa
Ahli Politburo
Memegang jawatan
27 Januari 2016
Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam
Memegang jawatan
18 Januari 2011
Setiausaha Pertama Kesatuan Belia Komunis Hồ Chí Minh
Dalam jawatan
29 Julai 2006 – 11 Ogos 2011
Didahului olehĐào Ngọc Dung
Digantikan olehNguyễn Đắc Vinh
Presiden Persekutuan Belia Vietnam
Dalam jawatan
29 Februari 2008 – 26 April 2010
Didahului olehNông Quốc Tuấn
Butiran peribadi
Lahir (1970-12-13) 13 Disember 1970 (umur 53)
Hải Dương, Republik Demokratik Vietnam
(kini Vietnam)
Parti politikParti Komunis Vietnam (1993–kini)
KediamanIstana Presiden
Alma materUniversiti Hồ Chí Minh City
Universiti Sains Sosial dan Kemanusiaan Bandar Raya Ho Chi Minh
Akademi Politik Kebangsaan Hồ Chí Minh
Laman web rasmiLaman rasmi Presiden

Võ Văn Thưởng (lahir 13 Disember 1970) ialah ahli politik Vietnam yang berkhidmat sebagai Presiden negara tersebut dari Mac 2023 hingga Mac 2024, hanya kira-kira setahun sekaligus orang termuda berkhidmat dalam jawatan ini sejak penubuhan republik itu pada 1945.[a][1][2][3] Thưởng ialah pegawai tertinggi kedua di Vietnam selaku ketua negara selepas Setiausaha Agung Parti Komunis.[4][5]

Beliau kini merupakan ahli Politburo dan setiausaha tetap Sekretariat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam (PKV), dan ahli Perhimpunan Kebangsaan Vietnam ke-15. Beliau ialah ketua Jabatan Propaganda Pusat PKV dari 2016 hingga 2021, timbalan Setiausaha tetap Jawatankuasa Parti Bandar Raya Ho Chi Minh; Setiausaha Jawatankuasa Parti Quang Ngai; setiausaha tetap dan Setiausaha Pertama Jawatankuasa Pusat Kesatuan Belia Komunis Ho Chi Minh, dan pengerusi Persekutuan Belia Vietnam.[6] Beliau adalah ahli termuda dalam Sekretariat Jawatankuasa Pusat Parti dalam sejarah Parti Komunis Vietnam.

Thưởng memegang ijazah Sarjana dalam bidang falsafah dan ijazah lanjutan dalam teori politik. Beliau adalah ahli Perhimpunan Kebangsaan Vietnam ke-12 dan ke-14, dan ahli Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam sejak 2011.[7]

Awal hayat dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Võ Văn Thưởng dilahirkan pada 13 Disember 1970 di Hai Duong, Republik Demokratik Vietnam.[8] Keluarganya meninggalkan Vietnam Selatan semasa Perang Vietnam. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Utara. Pada 1988, beliau mengambil jurusan Falsafah Marxisme-Leninisme di Fakulti Falsafah, Universiti Ho Chi Minh City.[b] Pada 1992, beliau lulus dengan Ijazah Sarjana Muda Falsafah dalam Marxisme-Leninisme. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang falsafah di Universiti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Vietnam, Bandar Raya Ho Chi Minh, dan menerima sarjana falsafah pada tahun 1999.

Pada 18 November 1993, beliau telah diterima masuk ke Parti Komunis Vietnam dan menjadi ahli rasmi pada 18 November 1994. Beliau juga menghadiri kursus di Akademi Politik Kebangsaan Ho Chi Minh, menerima ijazah lanjutan dalam teori politik.[9]

Kerjaya universiti[sunting | sunting sumber]

Pada 1992, tahun beliau menamatkan pengajian dari universiti, beliau telah dipilih sebagai Timbalan Setiausaha Kesatuan Belia Universiti Am Bandar Raya Ho Chi Minh. Pada 1993, beliau menjadi Naib Ketua Jawatankuasa Universiti Profesional Kesatuan Belia Bandar Ho Chi Minh.[10] Pada Oktober 1996, beliau telah dipilih menjadi Jawatankuasa Tetap Kesatuan Belia Bandar Ho Chi Minh, dan memegang jawatan Ketua Jawatankuasa Universiti Profesional Kesatuan Belia Bandar Ho Chi Minh.[11]

Kerjaya persatuan[sunting | sunting sumber]

Kesatuan Belia Komunis[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 1995, beliau terus bekerja bagi Kesatuan Belia, sambil memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi dan Setiausaha Agung Persatuan Pelajar Bandar Raya Ho Chi Minh, sebuah badan yang baru ditubuhkan,[10] dan Setiausaha Jawatankuasa Pusat Persatuan Pelajar Vietnam. Pada 26 November 1997, di Kongres Kesatuan Belia Kebangsaan, beliau telah dipilih sebagai ahli Jawatankuasa Pusat Ke-7 Kesatuan Belia. Beliau telah ditugaskan untuk menjadi ahli Parti, Setiausaha Jawatankuasa Personel Kesatuan Universiti Kebangsaan Ho Chi Minh City. Pada Januari 2000, beliau menjadi Pengerusi Persatuan Pelajar Kota Ho Chi Minh untuk penggal kedua dan dipilih sebagai Naib Pengerusi Persatuan Pelajar Vietnam.[12][10] Pada Mei 2001, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Kesatuan Belia Bandar Ho Chi Minh. Pada November 2002, beliau dilantik sebagai Pengerusi Kesatuan Belia Bandar Ho Chi Minh.[10] Pada Mac 2003, beliau menjadi Setiausaha Persekutuan Belia Bandar Raya Ho Chi Minh, dan telah dipilih untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Parti Bandar Raya Ho Chi Minh dari Oktober 2003. Beliau memegang jawatan ini sehingga 2004 lalu digantikan oleh Tat Thanh Cang.[13]

Dari 8 hingga 11 Disember 2002, di Kongres Kesatuan Belia Kebangsaan di Hanoi, Võ Văn Thưởng telah dipilih sebagai ahli Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Pusat Kesatuan Belia Komunis Ho Chi Minh. Pada Disember 2004, Võ Văn Thưởng telah dilantik sebagai Setiausaha Jawatankuasa Parti Daerah 12, Ho Chi Minh.[10] Pada 24 April 2006, di Kongres Kebangsaan Parti Komunis Vietnam, beliau telah dipilih sebagai ahli ganti Jawatankuasa Pusat ke-10 Parti Komunis Vietnam.[14] Pada Oktober 2006, beliau telah dilantik oleh Politburo untuk menjadi Setiausaha Tetap Jawatankuasa Pusat Kesatuan Belia Komunis Ho Chi Minh.[10] Beliau juga dipilih sebagai Setiausaha Pertama Jawatankuasa Pusat Kesatuan Belia Komunis Ho Chi Minh, menggantikan Dao Ngoc Dung pada Januari 2007.[15] Pada Disember 2007, beliau telah dipilih sebagai Setiausaha Pertama Jawatankuasa Pusat Kesatuan Belia Komunis Ho Chi Minh dalam Kongres Ke-9 Kesatuan Belia, serta Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Belia Vietnam. Pada 29 Februari 2008, pada Persidangan ke-5 Jawatankuasa Pusat Persekutuan Belia Vietnam, Võ Văn Thưởng telah dipilih sebagai Presiden ke-5 Persekutuan Belia Vietnam.[16]

Kerjaya peringkat provinsi[sunting | sunting sumber]

Võ Văn Thưởng telah dipilih sebagai ahli Majlis Rakyat Bandaraya Ho Chi Minh ke-5 (penggal 1999 – 2004). Pada Julai 2007, beliau telah dipilih sebagai ahli Dewan Negara ke-12 (2007–2011) di provinsi Vinh Long.[17]

Pada 18 Januari 2011, dalam Kongres ke-11 Parti Komunis Vietnam, Võ Văn Thưởng telah dipilih sebagai ahli penuh Jawatankuasa Pusat ke-11 PKV (2011–2016).[18] Pada Ogos 2011, beliau telah ditugaskan oleh Politburo untuk memegang jawatan Setiausaha Jawatankuasa Parti Wilayah Quang Ngai.[19]

Pada 15 April 2014, beliau menjadi Naib Setiausaha Tetap Jawatankuasa Parti Bandar Raya Ho Chi Minh ke-9 (2010–2015), menggantikan Nguyen Van Dua, juga bekas Setiausaha Kesatuan Belia Ho Chi Minh. Pada 17 Oktober 2015, beliau telah dipilih semula sebagai Naib Setiausaha Tetap Jawatankuasa Parti di Ho Chi Minh.[20]

Pada 26 Januari 2016, di Kongres Parti Kebangsaan ke-12, Võ Văn Thưởng telah dipilih sebagai ahli Jawatankuasa Pusat ke-12 PKV.[21] Pada 27 Januari 2016, beliau telah dipilih ke Politburo oleh Jawatankuasa Pusat ke-12, ahli termuda Politbiro ke-12, pada usia 46 tahun.[22] Pada 4 Februari 2016, beliau meletak jawatan daripada jawatan Timbalan Setiausaha Tetap Jawatankuasa Parti Bandar Raya Ho Chi Minh serta Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Parti Banda Raya, dan sebaliknya ditugaskan oleh Biro Politik untuk menjadi ahli Sekretariat PKV,[23] dan memegang jawatan Ketua Jabatan Propaganda Pusat Parti.[24] Pada 22 Mei 2016, beliau telah dipilih sebagai ahli Dewan Negara ke-14 (2016–2021) di kawasan pilihan raya No. 01 wilayah Dong Nai, termasuk bandar dan daerah Bien Hoa: Long Thanh, Nhon Trach, dengan 676,517 undi, atau 68.41% daripada jumlah undi yang sah.

Kerjaya politik kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Januari 2021, di Kongres Parti Kebangsaan ke-13, beliau telah dipilih sebagai ahli penuh Jawatankuasa Pusat ke-13 Parti Komunis Vietnam. [25] Pada 31 Januari, pada sidang pleno pertama Jawatankuasa Pusat Parti ke-13, beliau telah dipilih menganggotai Politbiro Jawatankuasa Pusat ke-13 Parti Komunis Vietnam. [26] Pada 6 Februari, beliau dilantik sebagai setiausaha tetap Sekretariat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam. [27]

Kepresidenan[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Mac, Perhimpunan Kebangsaan meluluskan resolusi pada pagi Khamis untuk memilih Võ Văn Thưởng, Ahli Tetap Sekretariat Parti Komunis, sebagai presiden baharu Vietnam di bawah Setiausaha Agung Nguyễn Phú Trọng.[28]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ merujuk kepada penubuhan Republik Demokratik Vietnam pada 2 September 1945, yang dianggap sebagai pendahulu Republik Sosialis Vietnam semasa
  2. ^ Universiti Bandar Raya Ho Chi Minh telah diasaskan pada 1976. Pada 1996, universiti itu telah dibahagikan kepada Universiti Sains Semula Jadi dan Universiti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Mereka kini merupakan ahli Universiti Kebangsaan Vietnam, Bandar Raya Ho Chi Minh

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Vietnam elects Võ Văn Thưởng as new president". www.aa.com.tr. Dicapai pada 2023-03-02.
  2. ^ "Ông Võ Văn Thưởng- Chủ tịch nước trẻ nhất trong lịch sử tuyên thệ nhậm chức". Dân Việt (dalam bahasa Vietnam). Dicapai pada 2023-03-02.
  3. ^ "Infographic: Sơ lược tiểu sử Chủ tịch nước trẻ nhất lịch sử Võ Văn Thưởng". Báo giao thông (dalam bahasa vietnamese). 2023-03-02. Dicapai pada 2023-03-02.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Ông Võ Văn Thưởng làm Chủ tịch nước". VnExpress. Dicapai pada 2 Mac 2023.
  5. ^ "Vietnam parliament elects Võ Văn Thưởng as new state president". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 2023-03-02. Dicapai pada 2023-03-02.
  6. ^ "Tiểu sử Đồng chí Võ Văn Thưởng". Tư liệu Văn kiện Đảng Cộng sản Việt Nam. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2021. Dicapai pada 12 Januari 2021.
  7. ^ "Hồ sơ ấn tượng của tân Trưởng ban Tuyên giáo Trung ương Võ Văn Thưởng". Báo Dân sinh. 18 Februari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2021. Dicapai pada 12 Januari 2021.
  8. ^ "Anh Võ Văn Thưởng được bầu làm bí thư thứ nhất Trung ương Đoàn". Tuổi Trẻ. 14 Januari 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2021. Dicapai pada 9 Oktober 2020.
  9. ^ "Tiểu sử Ủy viên Bộ Chính trị khóa XII Võ Văn Thưởng". Báo Tiền phong. 5 Februari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2021. Dicapai pada 12 Januari 2021.
  10. ^ a b c d e f "Politburo member, Standing member of PCC's Secretariat Võ Văn Thưởng". VietNamPlus. Vietnam News Agency. 6 Februari 2021.
  11. ^ "Anh Võ Văn Thưởng được bầu làm Bí thư thứ nhất BCH T.Ư Đoàn khoá IX". Thành Đoàn Thành phố Hồ Chí Minh. Báo Tiền Phong. 21 Disember 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2021. Dicapai pada 10 September 2020.
  12. ^ "Anh Võ Văn Thưởng được bầu làm Bí thư thứ nhất BCH T.Ư Đoàn khoá IX". Thành Đoàn Thành phố Hồ Chí Minh. 21 Disember 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2021. Dicapai pada 12 Januari 2021.
  13. ^ "Điều động ông Võ Văn Thưởng về TƯ Đoàn". VnExpress. Dicapai pada 7 Julai 2008.
  14. ^ "Danh sách Ban Chấp hành Trung ương Đảng khóa X". Báo Tiền phong. 24 April 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2017. Dicapai pada 1 Disember 2017.
  15. ^ C.M (13 Januari 2007). "Bầu ông Võ Văn Thưởng làm Bí thư thứ nhất TƯ Đoàn". Vietnamnet. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2021. Dicapai pada 7 Julai 2008.
  16. ^ "Đồng chí Võ Văn Thưởng được bầu làm Chủ tịch Hội liên hiệp Thanh niên Việt Nam". Báo Quân đội Nhân Dân. 29 Februari 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2021. Dicapai pada 12 Januari 2021.
  17. ^ "Danh sách Đại biểu Quốc hội khóa XII". Quốc hội Việt Nam. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mac 2012. Dicapai pada 6 September 2012.
  18. ^ Nhóm phóng viên (18 Januari 2011). "Công bố 200 ủy viên trung ương khóa XI". VnExpress. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2017. Dicapai pada 1 Disember 2017.
  19. ^ "Ông Võ Văn Thưởng giữ chức Bí thư Tỉnh ủy Quảng Ngãi". Người đồng hành. 11 Ogos 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2021. Dicapai pada 12 Januari 2021.
  20. ^ "4 Phó Bí thư Thành ủy TPHCM khóa X". Báo Tiền phong. 17 Oktober 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2021. Dicapai pada 12 Januari 2021.
  21. ^ "LƯU TRỮ: BAN CHẤP HÀNH TRUNG ƯƠNG". Tư liệu văn kiện Đảng Cộng sản Việt Nam. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 November 2020. Dicapai pada 9 November 2020.
  22. ^ "Công bố danh sách Bộ Chính trị khóa 12: Nhiều gương mặt mới". VNeconomy. 28 Januari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Januari 2021. Dicapai pada 7 Januari 2021.
  23. ^ "Quyết định của Bộ Chính trị về việc phân công Ủy viên Bộ Chính trị, Ủy viên Ban Bí thư khóa XII". Nhân Dân. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2021. Dicapai pada 11 Januari 2021.
  24. ^ "Bộ Chính trị và Ban Bí thư Ban Chấp hành Trung ương khóa XII". Nhân Dân. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2021. Dicapai pada 11 Januari 2021.
  25. ^ "Danh sách 200 Ủy viên Ban Chấp hành Trung ương Đảng khoá XIII". Vietnam Television. 30 Januari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Januari 2021. Dicapai pada 30 Januari 2021.
  26. ^ "Công bố danh sách Bộ Chính trị và Ban Bí thư khóa XIII". Tuổi Trẻ. 31 Januari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Januari 2021. Dicapai pada 31 Januari 2021.
  27. ^ "Tổng Bí thư, Chủ tịch nước Nguyễn Phú Trọng trao quyết định phân công Ủy viên Bộ Chính trị". Báo điện tử Chính phủ. 6 Februari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2021. Dicapai pada 6 Februari 2021.
  28. ^ VnExpress. "Võ Văn Thưởng elected Vietnam's president - VnExpress International". VnExpress International – Latest news, business, travel and analysis from Vietnam (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-03-02.