V. T. Sambanthan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nama ini merupakan nama orang India di mana nama yang diberikan ialah Veerasamy Thirunyana dan nama bapanya ialah Sambanthan.
Tun V.T. Sambanthan

Tempoh jawatan
Mei 1955 – 30 Jun 1973
Didahului oleh K. L. Devaser
Diganti oleh Tan Sri V. Manickavasagam Pillai
Majoriti India

Ahli Parlimen
untuk Sungai Siput
Tempoh jawatan
27 Julai 1955 – 30 Jun 1973
Didahului oleh perlembagaan baru
Diganti oleh Datuk Seri S. Samy Vellu

Lahir (1919-06-16)16 Jun 1919
Sungai Siput, Perak, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, (kini Malaysia)
Meninggal dunia 18 Mei 1979(1979-05-18) (umur 59)
Parti politik Kongres India Malaysia (MIC)
Pasangan Toh Puan Umasundari Sambanthan
Anak Deva Kunjari
Alma mater Universiti Annamalai
Pekerjaan Pengerusi MIC
Menteri di dalam Kabinet Malaysia
Agama Hindu

Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan (16 Jun 1919 - 18 Mei 1979) ialah Presiden kelima Kongres India Malaya (MIC), sebuah parti politik Malaysia, serta menteri penuh dalam pelbagai kementerian dalam kerajaan Malaysia.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di kawasan pedalaman Sungai Siput, Negeri Perak, Sambanthan bersekolah di Sekolah Clifford di Kuala Kangsar, Perak. Beliau amat cemerlang dalam pelajarannya dan kemudian memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Annamalai di India Utara.

Sejak kecil lagi, Sambanthan sangat aktif dalam pelbagai kegiatan sekolah dan universiti.

Politik[sunting | sunting sumber]

Kepimpinannya terserlah apabila dilantik menjadi Presiden pertama Kongres India Malaya (MIC) ketika berusia 36 tahun.

Pada tahun 1955, Sambanthan membawa MIC masuk Parti Perikatan, satu parti campuran antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu. Beliau bertanding di kawasan pilihan raya Kinta, Negeri Perak. Sambanthan menang dan diberi kepercayaan untuk menjadi Menteri Buruh.

Cabaran gentir ketika itu pula adalah pemecahan kawasan perladangan yang merupakan punca pencarian sebahagian besar rakyat India Malaysia. MIC kemudiannya berusaha menubuhkan koperasi bagai mentakbir ladang tersebut dan dengan itu mendorong kepada penubuhan NLFCS (National Land Finance Cooperative Society).

Pada 31 Ogos 1957 apabila kemerdekaan dicapai, Tun V.T. Sambanthan merupakan salah seorang dari yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan. Lalu Sambanthan dilantik menjadi Menteri Kesihatan. Seterusnya pada tahun 1959, Sambanthan dilantik menjadi Menteri Tenaga, Telekom dan Pos. Jawatan yang terakhir dipegang oleh Sambanthan ialah Menteri Perpaduan Negara. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet, begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Sambanthan, terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum. Sambanthan juga turut berjasa dalam menyatukan masyarakat India di Fiji dengan masyarakat pribumi.

Pilihan raya 1959[sunting | sunting sumber]

Sebagai ahli politik Perikatan/ MIC di Malaysia, beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Sungai Siput, negeri Perak (1958-1964).

Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.


Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1973, Sambanthan meletakkan jawatan Presiden Kongres India serta Menteri Perpaduan Negara disebabkan usianya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1979, akibat penyakit jantung. Bagi mengenang jasanya kepada negara, jalan Brickfields di Brickfields, Kuala Lumpur ditukar kepada Jalan Tun Sambanthan sejak 1982 . Serta, Sistem Monorail Kuala Lumpur juga ada nama stesen sempena namanya Tun Sambathan, iaitu Stesen Monorel Tun Sambanthan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Presiden Kongres India Se-Malaysia
1955–1973
Penyandang Kemudian
Mr. K. L. Devaser Tan Sri Dato V. Manikavasagam