V3 Samseng Jalanan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
V3: Samseng Jalanan
Samsengv3.jpg
Poster keluaran tayangan
PengarahFarid Kamil[1]
PenerbitDavid Teo
PenulisFarid Kamil
Lakon layar olehFarid Kamil
Soffi Jikan
Dibintangi olehFarid Kamil
Bront Palarae
Aqasha
Lisa Surihani
Intan Ladyana
Muzik olehBrian Ng
Disunting olehBrian Ng
Syarikat
penerbitan
PengedarMIG Production
Mula ditayangkan
11 Mac 2010[2]
Tempoh tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
PerbelanjaanRM 1.72 Juta[3]
Pecah panggungRm 3.82 Juta[4]

V3 Samseng Jalanan (judul asal Remp-it V3) ialah sebuah filem aksi Malaysia 2010 arahan Farid Kamil di dalam pengarahan sulungnya dan diterbitkan oleh Metrowealth Movies Production. Ia dibintangi oleh Farid sendiri, Bront Palarae, Aqasha, Intan Ladyana dan Lisa Surihani. Filem ini merupakan sekuel kepada filem Remp-It yang ditayangkan pada 2006 dan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 11 Mac 2010.

Plot[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Rudy dan sahabatnya Brett yang terjerumus dalam satu masalah besar apabila dia dan kawan-kawannya berlumba sehingga Shah dan Liza yang juga pasangan kekasih maut dalam satu kemalangan. Lebih memburukkan keadaan di tangan Shah terdapat dadah yang baru diambil. Rudy, Brett dan kawan-kawannya menjadi buruan polis, sehingga Rudy dan Brett mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur.

Di Kuala Lumpur, Rudy berazam mengubah kehidupannya menjadi ‘manusia’. Brett yang ingin membantu telah menemukan Rudy dengan Lan Ribut lalu dibawa ke kedai Sam Seng Motor yang sebenarnya dikawal oleh Ah Long yang bernama Wan Blost, ‘taikoon’ pertaruhan lumba haram. Di dalam satu perlumbaan yang diaturkan, Rudy telah tewas kerana Garing, ‘main kotor’ dan membuatnya berhutang RM10,000 dengan Sam Seng dan tercedera. Rudy telah berkenalan dengan Lisa, seorang gadis manis yang merupakan akauntan di sebuah firma swasta. Rumah Lisa menjadi tempat mereka bersembunyi sementara Rudy sembuh. Sepanjang tempoh itu telah membibitkan perasaan sayang antara mereka.

Garing masih mencari Rudy untuk menagih hutang dan mengatur satu lagi perlumbaan maut kerana populariti yang diraih Rudy di laman web apabila semua rakaman perlumbaan yang disertai Rudy dipaparkan. Rudy berkeras untuk tidak berlumba lagi tetapi Garing sentiasa mencari jalan untuk membuatkan Rudy setuju. Sehingga Garing telah menculik Lisa dan mengugut untuk merogolnya jika Rudy masih enggan berlumba. Setelah didesak, Rudy bersetuju.

Berjayakah Rudy menumpaskan Garing dan menyelamatkan Lisa. Perlumbaan bukan sembarangan. Diberi gelaran Perlumbaan Maut. Tanpa undang-undang dan tanpa batasan. Nyawa jadi pertaruhan. Sewaktu perlumbaan sebenar ramai yang terkorban kerana taktik kotor Garing. Walaupun Garing berjaya menjatuhkan Rudy di garis penamat, Rudy masih berjaya memenangi perlumbaan. Tapi Garing tidak semudah itu menyerahkan takhta. Lisa masih dalam genggaman, maka nyawanya dijadikan pertaruhan.[5]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Farid Kamil (kiri) dan Bront Palarae (kanan) memegang watak utama dalam filem ini. Farid Kamil (kiri) dan Bront Palarae (kanan) memegang watak utama dalam filem ini.
Farid Kamil (kiri) dan Bront Palarae (kanan) memegang watak utama dalam filem ini.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Tajuk asal filem ini ialah Remp-it V3. Tetapi atas pengharaman penggunaan perkataan Mat Rempit, tajuk filem ini ditukar menjadi V3 Samseng Jalanan. Filem ini menjadi kontroversi kerana mempunyai banyak unsur tidak sihat dan tidak menjadi pengajaran kepada samseng jalanan yang semakin berleluasa di Malaysia. Hampir 20% filem ini dipotong.[6] Filem ini menelan kos sebanyak RM1.8 juta termasuk promosi. Lokasi penggambaran dibuat sekitar negeri Kedah dan Lembah Kelang, filem ini juga dilengkapi sistem bunyi Dolby Digital Surround EX.[7] Lisa Surihani yang memulakan kerjaya lakonan pada 1997, memegang watak Kamsah. Untuk menjayakan watak Kamsah, Lisa diminta oleh Farid untuk menghisap rokok bagi menyesuaikan imej Kamsah yang tidak banyak bercakap.[8]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Penonjolan budaya samseng jalanan[sunting | sunting sumber]

Filem ini hampir diharamkan oleh Kementerian Perpaduan, Kesenian dan Kebudayaan kerana menunjukkan budaya rempit atau samseng jalanan di layar perak. Perkara ini telah menyentap perasaan Farid Kamil selaku pengarah dan pelakon filem ini. Pihak Farid dan syarikat yang menerbitkan filem ini telah membuat beberapa kali rayuan. Akhirnya filem ini dapat ditayangkan.[9]

Poster promosi[sunting | sunting sumber]

Penggunaan poster promosi filem ini tidak mendapat kelulusan Finas untuk tujuan pameran. Ini kerana poster tersebut menunjukan imej yang kurang sesuai dipersembahkan dikhalayak ramai terutamanya kanak-kanak.[10]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Majlis Pratonton filem ini diadakan pada 25 Februari 2010 di Cathay Cineplex, Mutiara Damansara dan dihadiri oleh barisan pelakon dan pengarah filem ini, manakala tayangan perdana rasmi ialah pada 11 Mac 2010 di pawagam seluruh negara.[11]

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Nur Safina Othman bagi pihak Tupai.com.my memberi 3/5 bintang kepada filem V3 Samseng Jalanan, dengan menekankan "jalan cerita yang dilihat lebih berat dan serius … lebih sarat dengan aksi yang lebih berani dan mendebarkan", tambahan pula lakonan Farid Kamil yang disifatkannya seolah-olah 'mat rempit sejati', tambahan pula mutu lakonan Lisa Surihani 'di luar jangkaan' sebagai antagonis.[12]

Ulasan dalam sisipan B*Pop Berita Minggu pula menyatakan "Luahan gejolak jiwa remaja turut diterjemahkan menerusi dialog barisan pelakonnya yang jelas menggambarkan kehidupan anak muda yang terbabit dalam aktiviti lumba haram … suntingan sehingga 20% daripada salinan asal tidak menjejaskan keseluruhan perjalanan V3: Samseng Jalanan"; tidak lupa memuji keberkesanan lakonan barisan pelakon, khususnya Farid selaku pemegang watak utama dan Lisa Surihani yang turut dianggap 'luar biasa', tetapi mengeluh sedikit kekuarangan dari segi pembinaan watak serta struktur naratif filem yang 'tidak ketara'.[13]

Kutipan pecah panggung[sunting | sunting sumber]

Pada minggu tayangan pertamanya (11 hingga 14 Mac), filem V3: Samseng Jalanan telah mengumpul sebanyak RM 2 juta, termasuk RM589,000 pada hari pertama[14] yang mengatasi kutipan empat hari Adnan Sempit, juga terbitan Metrowealth, yang hanya mencapai RM 500,000 pada hari pertamanya; tetapi hanya mampu menduduki tempat kedua carta kutipan di belakang Alice in Wonderland.[15]

Selepas dua minggu di pawagam, filem ini dilaporkan telah mengumpul sejumlah RM3.8 juta,[14] satu pencapaian yang dikira membanggakan untuk filem arahan sulung Farid Kamil, apatah lagi berlabel 18-PL.

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Malaysia ke-23
Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Festival Filem Malaysia ke-23 Pengarah Terbaik Farid Kamil Dicalonkan
Pengarah Harapan Terbaik Dicalonkan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Bront Palarae Dicalonkan
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Lisa Surihani Dicalonkan
Penataan Bunyi Terbaik Brian Ng Menang
Skor Muzik Asal Terbaik Dicalonkan
Penyuntingan Terbaik Dicalonkan
Poster Terbaik David Teo Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.cinema.com.my/movies/movie_contents.aspx?search=2010.6307.v3samsengjalanan.11781
  2. ^ V3 Samseng Jalanan (2010) - Movie Yahoo! Malaysia Movies
  3. ^ http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka&p=Filem2010
  4. ^ http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka&p=Filem2010
  5. ^ Remp-It_V3 di Sinema Malaysia
  6. ^ Shazryn Mohd Faizal (17 Mac 2010). Farid tidak angkat mat rempit Utusan Malaysia. Diperoleh pada 20 April 2018.
  7. ^ Azharian Kamin (5 Mac 2010). Man and machine The Star (Malaysia). Dicapai pada 30 Mei 2010.
  8. ^ Faizal Saharuni (8 Mac 2010). "Lisa tidak janggal hisap rokok". Kosmo!. Dicapai 15 Mac 2014. 
  9. ^ http://ohartis.com/2009/07/remp-it-v3-diharamkan/
  10. ^ http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/Sunday/Teropong/20090809122942/Article/
  11. ^ Budiey (25 Februari 2010). Sekitar majlis prebiu filem V3 Samseng Jalanan Sensasi Selebriti. Dicapai pada 30 Mei 2010.
  12. ^ Ulasan V3: SAMSENG JALANAN, Tupai.com.my, 1 Mac 2010. Dicapai pada 30 Mac 2010
  13. ^ "V3: Samseng Jalanan papar aksi berani". B*Pop (Berita Minggu). 28 Februari 2010. Dicapai 30 Mac 2010. 
  14. ^ a b Nurulhisham Abdul Latiff (30 Mac 2010). "RM3.8 juta untuk filem V3". Berita Harian. Dicapai 30 Mac 2010. 
  15. ^ Lai Swee Wei (15 Mac 2010). "Alice dominates box office". Cinema Online. Dicapai 30 Mac 2010. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]