VANK

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
VANK
Hangul반크
Perumian SemakanBankeu
McCune–ReischauerPank'ŭ

VANK ialah singkatan bagi Voluntary Agency Network of Korea (Rangkaian Agensi Sukarelawan Korea), sebuah badan bukan kerajaan Korea Selatan yang terdiri dari 16,000 sukarelawan, termasuk 1,000 ahli muda dan 5,000 ahli asing.[1] Menurut laman sesawang mereka, VANK terdiri daripada pelajar sekolah rendah, menengah dan tinggi yang mahu "menyediakan maklumat yang tepat berkenan Korea kepada penerbit-penerbit dan syarikat yang menerbitkan buku teks antarabangsa.".[2] Ia bermula pada tahun 1998 oleh Park Ki-tae dan sekumpulan 300 pelajar muda yang perihatin terhadap imej serong bukan-Korea terhadap Korea. [3] Asalnya diasaskan sebagai organisasi pen pal antarabangsa.[4][5]

Kegiatan[sunting | sunting sumber]

VANK menghuraikan diri mereka sebagai diplomat siber yang ingin membina persahabatan bersama rakan luar dengan menukar surat ikhlas dan berkonsi impian dan visi sebelum mempromosikan Korea.[5] Mereka berkonsi persahabatan bersama warga luar.Pemuda-pemudi Korea secara sukarela berkongsi persahabatan ikhlas mereka melalui internet bersama sesiapa yang berminat dalam negara mereka.[6]Tambahan lagi, salah satu matlamat mereka ialah untuk menyediakan maklumat berkenaan Korea dan budaya,sejarah Korea. Contoh kempen-kempen yang telah mereka lakukan adalah termasuk menyebarkan maklumat berkenaan kerajaan purba Goguryeo,[7] dan tentang Jikji, buku bercokol tertua di dunia yang dicetak menggunakan taip logam mudah alih.[8]

VANK menegaskan laman web mereka memperbaiki "kesalahan" dalam penggunaan nama, seperti CIA World Factbook, yang menghantar "kesilapan atau ekspresi yang tidak berpatutan" tentang Korea, termasuk penggunaan nama geografi, Sejarah Korea.[9][10] Ketua kepada Rangkaian Agensi Sukarelawan Korea berkata organisasi tersebut telah membetulkan ratusan kenyataan yang salah dari kerajaan luar tentang Korea Selatan.[11]

Serangan dari pengguna internet Jepun[sunting | sunting sumber]

VANK merupakan sasaran yang kerap diserang oleh pengguna Internet dari Jepun.[12][13] Pada 2002, pengguna internet Jepun menghantar sejumlah bom e-mel kepada ahli VANK hampir setiap hari. Warga jepun juga menghantar beberapa e-mel ugutan kepada ahli VANK, seperti "Aku akan bunuh kau.", "Menegbom Korea selatan".[14]

Pada 2005,keputusan Google Earth untuk menggunakan nama "Laut Timur" menggantikan "Laut Jepun" pada peta atas talian mereka membawa kepada liputan berita yang meluas di Jepun, termasuk sebuah proil dalam Asahi Shimbun. Sebagai tindak balas, sebuah laman sesawang Jepun menghantar panduan tentang cara menulis surat dalam bahasa Inggeris sebagai bantahan terhadap Google, dan cara untuk menyerang laman sesawang VANK; mereka menyebut dengan pernyataan, "Kita mesti lawan menentang VANK ... Kita kehilangan laut kita, tapi ini tidak bermakna kekalahan.Ini hanyalah sebuah permulaan". Pengunjung Jepun membanjiri laman utama VANK, dan melumpuhkan laman tersebut. Walaupun ia menjalani pemeriksaan, sesetengah dokumen telahpun dimusnahkan.Chosun Ilbo juga melaporkan bahawa sebuah graik yang menghina diletakan pada laman hadapan mereka.[15]

Pada 2008, selepas Mao Asada dari Jepun memperoleh kemenangan datang dari belakang menentang Kim Yu-Na dalam gambar sebuah skating GP akhir, sebuah laman web Jepun bernama 2ch, komuniti atas talian terbesar Jepun di mana ahlinya kerap menyatakan pandangan nasionalis, nampaknya membantu beberapa ahli-ahlinya menyasarkan talian VANK. Ia telah meletakkan arahan dalam talian yang boleh digunakan untuk menggodam laman utama Vank ini. Mereka mengajar cara untuk menyelaraskan serangan siber dan menutup komputer pelayan kumpulan Korea.[16] VANK terpaksa memutuskan semua capaian pada laman mereka dari luar Korea akibat serangan tersebut.[12]

Pengguna Jepun kerap menyasarkan VANK dan ahli mereka dengan vandalisma,[17] godaman [18] dan denial-of-service attack by Japanese internet activists.

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

VANK merupakan badan bebas bukan-kerajaan dan swasta.Mereka menyatakan mereka tidak menerima wang dari sebarang organisasi atau syarikat, dan hanya dijalankan melalui seumbangan derma.[19][20] Walaubagaimanapun Kementerian Pendidikan,Sains dan Teknologi Korea Selatan juga memberikan sumbangan kepada VANK.[21] VANK telah menerima bantuan keewangan dari kerajaan Korea Selatan; akan tetapi, jumlahnya telah berkurangan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, daripada 80 juta won pada 2006 hingga 30 juta won pada 2008.[22][23] VANK tidak dikendalikan oleh kerajaan Korea. VANK pada asalnya adalahs sebuah organisasi pen pal antarabangsa tetapi misi VANK’s tidak lagi melibatkan petukaran persahabatan. Sebaliknya, ahlinya mencari laman web yang mempunyai “keslahan” tentang Korea, lalu menyerang mereka dengan e-mel bantahan. Seumpamanya, VANK menjalan kempen berterusan untuk menukar nama Laut Jepun kepada Laut Timur. “Kami sedar yang setengah orang mengkritik kami sebagai tiada apa-apa melainkan nasionalis yang memberikan fakta berat sebelah kepada orang luar.Tapi ia adalah salah anggapan,” kata Park Gi-Tae, Pengasas dan pengarah VANK. Keraja Korea menggalakan vigilan-siber ini.Perkhidmatan Maklumat Korea (KOIS), cabang urusan awam kerajaan, menaja peraduan untuk mencari laman web luar yang memiliki kandungan “tidak tepat” tentang Korea Selatan.[4][5]

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Seorang jurucakap About.com, mengaitkan keputusan syarikatnya yang menggunakan nama "Laut Timur" untuk merujuk badan air, menyatakan bahawa mereka memilih untuk menggunakan nama tersebut "bukan kerana ia disetujui oleh aktivis geografi Korea Selatan tetapi kerana lambakan e-mail yang menjengkelkan." [24]Asia Times Online melaporkan bahawa mereka menerima sebanyak 20 e-mail sehari berkaitan isu ini daripada VANK.[25]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gim, Yun-deok (2007-02-26), "글로벌 지식 쌓고 영어 실력도 쑥쑥", The Chosun Ilbo, dicapai pada 2007-10-06
  2. ^ Letter of VANK VANK
  3. ^ Shin, Dong-heun (2001-06-18), "VANK Acts as Nation's Internet PR Officer", The Chosun Ilbo, diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-08, dicapai pada 2007-10-06
  4. ^ a b Korea’s Cyber Vigilantes foreignpolicy
  5. ^ a b c About VANK VANK
  6. ^ Why don't you be a Friend of Korea? VANK
  7. ^ /town_trend_detail.htm?No=62 "高句麗の歴史を守ろう/We must protect Koguryo's history" Check |url= value (bantuan), KBS World, 2006-05-02, dicapai pada 2009-06-02
  8. ^ "반크(VANK), 직지세계화에 나선다", The Chosun Ilbo, 2006-09-25, dicapai pada 2006-09-25
  9. ^ "CIA gets its Korea facts wrong", The Inquirer, 2006-12-13, diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-18, dicapai pada 2007-10-06
  10. ^ Northeast Asia's intra-mural mural wars By David Scofield Diarkibkan 2007-10-23 di Wayback Machine Dec 23, 2003, Asiatimes
  11. ^ Organization corrects South Korea errors UPI, 15-DEC-06
  12. ^ a b Ha, Michael (2008-12-16), "VANK Web Site Attacked by Japanese Net Users", Korea Times
  13. ^ "Japanese Netizen Attacks VANK Web Site", Korean Broadcasting System, 2008-12-16, dicapai pada 2009-06-02
  14. ^ Japanese Internet users sent threaten mail to VANK members(Korea) Hankyoreh, 2002.11.20
  15. ^ "Korean Cyber Patriots Under Japanese Attack", Chosun Ilbo, 2005-08-21, diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-11, dicapai pada 2009-06-02
  16. ^ "日네티즌 반크 집중공격..해외서 접속불가", Naver News/Yonhap News, 2008-12-15, dicapai pada 2008-12-15
  17. ^ http://joongangdaily.joins.com/article/view.asp?aid=2898652
  18. ^ http://www.koreatimes.co.kr/www/news/nation/2008/12/116_36215.html
  19. ^ Interview of VANK(Korea) dcnews, 2008-12-01
  20. ^ History Distortion, Do not Move! hanyangian.com
  21. ^ "Official Support for 'Cyber Diplomats' to Continue", The Chosun Ilbo, 2008-10-22, dicapai pada 2008-10-28
  22. ^ "반크 정부 지원예산 삭감에 네티즌 반발 거세", Asia Today, 2008-10-21, dicapai pada 2008-10-21
  23. ^ "VANK支援問題:李大統領、予算配分を直接指示", The Chosun Ilbo, 2008-10-25, diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-26, dicapai pada 2008-10-25
  24. ^ Sea of Japan vs. East Sea, About.com: Geography, February 24, 2002
  25. ^ Scofield, David (2003-12-23), "Northeast Asia's intra-mural mural wars", Asia Times, diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-23, dicapai pada 2007-10-06

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]