V Put

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
"V Put"
Middle emblem of the Armed Forces of the Russian Federation (27.01.1997-present).svg
Lagu oleh Vasily Solovyov-Sedoi
Tajuk bahasa MelayuMari Pergi!
Diterbitkan1954
KomposerVasily Solovyov-Sedoi
PenulisVasily Solovyov-Sedoi

V Put (Bahasa Rusia: В путь, Bahasa Melayu: Seterusnya, Dalam perjalanan, Mari pergi) adalah lagu yang ditulis pada tahun 1954 oleh komposer Soviet, Vasily Solovyov-Sedoi dan penyair Mikhail Dudin. Ia asalnya ditulis untuk filem Maksim Perepelitsa yang dibintangi oleh Leonid Bykov. Filem itu sendiri dirilis pada tahun 1955, dan lagu tersebut telah mencapai kemasyhuran dan populariti secara bebas sejak itu. Hingga hari ini ia masih digunakan sebagai lagu latih tubi (agak serupa dengan panggilan irama di Tentera A.S.). Pada tahun 1959, Vasily Solovyov-Sedoi menerima Hadiah Lenin untuk lagu ini.

Lagu ini juga dipersembahkan pada Hari Kemenangan dan juga cuti ketenteraan lain di Rusia, Belarus dan bekas republik Soviet yang lain. Lagu ini juga telah diterjemahkan ke dalam versi Jerman (oleh Oktoberklub), China dan Korea Utara.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]